Kulit cantik, mulus, gebu & berseri -seri memang menjadi idaman semua orang terutama wanita. Siapa taknak kulit mulus macam kulit bayi kan, kalau yang ada suami..suami pun suka sentuh kulit lembut macam gitu. Tak gitu ke Encik Suami?? Yang belum kawen, jangan cuba-cuba nak sentuh kulit girlfrens ye.. Tak hairanlah pasaran untuk produk penjagaan kulit amat luas, dari penjagaan dalaman (makan) hinggalah kepada yang luaran (sapu).
Macam2 produk dan revolusi produk kecantikan dari dulu sampai sekarang. Termasuklah produk2 yang mendatangkan mudarat… banyak kali kita dengar wanita2 yang teruja nak cantik, tiba2 menjadi semakin ‘hodoh’ akibat pemakaian produk2 yang bukan je tak sesuai, tapi bahaya! Berhati-hati dengan setiap produk yang anda guna..
Hati2 bila pilih produk kecantikan, banyak yang menggunakan bahan kimia yang beri kesan cepat.. tapi kesan sampingan yang banyak…
Jom kita ketahui apa sebenarnya ‘makanan’ untuk kulit kita, dan apakah yang betul2 sihat untuk kulit?
Itulah gabungan adik-beradik A, B, E, D, E & K!
Vitamin A - for WRINKLE (kedut)
Vitamin A adalah vitamin yang penting untuk kulit yang sihat. Kekurangan yang serius atau pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering, kasar & masalah-masalah lain. Elemen vitamin A seperti retinoid, membantu menyelesaikan masalah jerawat dan kesan dari sinaran matahari.
Vitamin B - for redness ( Untuk mendapatkan kulit kemerahan)
Vitamin B yang paling penting untuk kulit adalah Biotin, iaitu nutrien yang membentuk asas sel-sel kulit, kuku, dan rambut. Kekurangan Biotin menyebabkan dermatitis (kulit yang gatal, bersisik) atau keguguran rambut.
Niasin pula membantu melembabkan kulit. Niacin juga mempunyai sifat anti-keradangan untuk melegakan kering terutama yang mengalami masalah gatal2 atau sunburn. Dalam kepekatan yang tinggi, ia juga boleh berfungsi sebagai agen pencerah bahkan meratakan warna kulit.
Vitamin C - for spot ( bagus untuk menghilangkan parut-parut jerawat sume tu)
Memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan luka pada kulit dan mencegah skurvi. Vitamin C juga membantu meremajakan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih muda.
Vitamin D
Vitamin D adalah antioksidan dan anticarcinogen, memainkan peranan dalam menyelesaikan kulit berjeragat.
Vitamin E - for moisture ( untuk kulit yang lembap & berseri- seri)
Vitamin E adalah antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas. Radikal bebas menjadi lebih banyak dalam keadaan dunia sekarang dengan pencemaran, stress dan sebagainya.
Vitamin K - for dark circle (sesuai utk ada masalah dark circle kat mata)
Vitamin K berperanan mengurangkan penggumpalan darah, berkesan untuk mengurangkan dark circle pada mata. Mata panda la orang kata.
Protein
Protein penting dalam pembinaan sel. Untuk sel-sel badan yang cantik, dapatkan protein yang cukup dan mudah diserap badan.
Apakah yang lebih berkesan, sapu atau makan? Bagi saya, yang makan lebih baik kerana ia melibatkan seluruh tubuh kita. Bila tubuh sihat, hati senang, wajah ceria, kulit pun cantik!
Kredit - http://vitaminsemulajadi.com/
http://www.prevention.com/
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu