Pagi ni saya nak berkongsi info ttg diabetes,dipetik dari blog Lyana ni..
______________________________________________________
Diabetes tidak boleh dipandang ringan..kerana bagi pengidap diabetes atau kencing manis, pada satu tahap tertentu sekiranya paras gula dalam badan mereka tidak terkawal, ia akan boleh menjejaskan semua organ dan sistem badan seperti kegagalan ginjal, mata, jantung, hati dan pelbagai lagi yang kadangkala boleh membawa maut. Sebab itulah diabetes digelar sebagai "Silent Killer" atau Pembunuh Senyap. Kebiasaannya diabetes lebih senang menyerang golongan yang berusia...namun kini golongan muda juga kanak-kanak ada yg mengidap diabetes disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat






