Anda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid normal.

Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di rumah dalam keadaan privasi.

Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.