Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Thursday, November 1, 2012

9 Langkah Ke Arah Kehamilan Sihat




Setiap ibu hamil pasti mahukan proses kehamilan yang sihat tanpa sebarang komplikasi. Anda boleh meningkatkan peluang anda untuk menikmati kehamilan yang sihat dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini.


1. Dapatkan penjagaan prenatal.

  • Penjagaan prenatal membolehkan anda mengawasi kesihatan anda, mengawasi perkembangan dan tumbesaran bayi anda, serta membolehkan sebarang masalah/komplikasi dikesan lebih awal.
2. Amalkan diet seharian yang sihat dan seimbang lengkap dengan nutrisi yang diperlukan.
  • Diet seharian mestilah lengkap dengan protein, karbohidrat, lemak, air, vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh ibu dan perkembangan bayi. Pengambilan nutrisi yang tidak lengkap meningkatkan risiko komplikasi semasa hamil, semasa bersalin dan selepas bersalin. Ibu hamil yang kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan bayi mengalami pelbagai masalah kesihatan.



3. Ambil vitamin prenatal.
  • Kehamilan menyebabkan keperluan sesetengah vitamin dan mineral meningkat terutama zat besi, asid folik, vitamin D, kalsium, magnesium dan sebagainya. Kesibukan harian dan cara penyediaan makanan sering menyebabkan ibu hamil gagal mendapatkan kesemua nutrisi penting dalam kuantiti secukupnya. Jadi, ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin prenatal agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna.
4. Kerap lakukan senaman
  • Hamil tidak bermakna anda tidak boleh bersenam dengan syarat elakkan senaman lasak yang membahayakan anda dan kandungan. Senaman juga baik untuk mempersiapkan otot-otot anda untuk proses bersalin yang memenatkan.
5. Dapatkan rehat secukupnya
  • Ibu hamil sememangnya mudah penat. Akur pada kehendak badan anda. Rehat yang cukup juga boleh mengelakkan stress.
6. Kurangkan pengambilan kafein
  • Pengambilan kafein berlebihan meningkatkan risiko keguguran, menyebabkan sakit kepala dan sakit ulu hati serta menghalang badan anda dari menyerap vitamin dan mineral yang diperlukan.
7. Jumpa doktor gigi
  • Perubahan hormon semasa hamil meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan oral. Kajian menunjukkan sesetengah bakteria boleh memasuki salur darah bayi melalui darah ibu dan menyebabkan jangkitan pada bayi. Jadi, jaga kesihatan oral anda.
9. Jaga kesihatan emosi
  • Emosi yang sihat dan stabil boleh mengelakkan stress dan tekanan perasaan yang boleh menyebabkan komplikasi kehamilan. Jadi cerialah selalu.
kredit - http://www.lifefit.my


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)  

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE