“ Saya dah buat bermacam-macam jenis diet tapi masih tak berjaya turunkan berat badan”
“ Saya dah ambil product A tapi kenapa orang lain turun. Saya pulak tak turun juga”
Jujurnya saya sendiri sudah mengalami situasi di atas. Memang sangat pantang bila nampak promosi atau iklan berkaitan product diet, pasti saya tertarik-tarik untuk mencuba. Akhirnya saya sedari yang bukan product itu yang menjadi punca saya gagal dalam berjaya sebaliknya adalah diri saya sendiri.
Pernahkah rakan-rakan cuba kaji selidik mengapa anda gagal dalam berdiet. Saya yakin yang anda sudah ada jawapannya cuma tidak mahu mengakuinya sahaja.
Image google |
Berikut antara perkara yang perlu anda selidiki tentang diet anda :
(1) Adakah anda disiplin dan konsisten dengan diet?
Punca utama kegagalan anda adalah disiplin yang sangat rendah. Mudah tergoda dengan dugaan daripada rakan-rakan sekeliling. Jika anda perasan, semakin anda ingin berdiet, ketika itulah semakin kuat dugaan yang mengajak untuk mengadakan jamuan. Atau mungkin juadah makanan yang anda suka berada di depan mata.
Be strong dan kejam pada diri sendiri. “Kejam” di sini bukanlah menyakiti diri sendiri tapi belajar untuk menahan diri daripada godaan makanan di sekeliling anda.
(2) Rakan atau keluarga yang tidak menyokong
Anda harus memberitahu keluarga anda dan rakan yang anda sedang berdiet . Mungkin pada peringkat awalnya mereka seolah-olah memperlekehkan hasrat anda untuk berdiet.
Jangan mudah putus asa. Jadikan kata-kata sindiran itu sebagai kata-kata motivasi dalam diri anda. Perkara negative jika kita lihat daripada sudut positif, akan memberikan kebaikan. Anggap kata-kata itu sebagai perangsang untuk membukti kesungguhan untuk anda berdiet.
(3) Anda kerap menimbang berat badan
Sudah menjadi tabiat manusia untuk mengetahui perubahan dalam diri dengan kadar segera. Akibatnya, anda mula naik penimbang setiap hari untuk melihat hasil diet anda. Masakan anda sudah turun berat dalam masa 1 hari berdiet kan?? Ya, memang ada yang berjaya menjadikan alat timbang sebagai alat diet.TETAPI, hampir 95% akan menjadi tertekan dengan berat yang tidak turun sehingga anda akan menjadi putus asa.
Timbang hanya seminggu sekali sahaja dan jangan harapkan perubahan yang drastic dalam sekelip mata.
(4) Anda tidak mengambil ukuran badan
Ini juga antara kesalahan yang paling asas. Pemikiran yang diet bersamaan berat badan turun perlu diperbetulkan. Selain menimbang berat badan, anda juga perlu mengukur saiz badan anda untuk mengetahui perubahan fizikal badan sejak berdiet.
Tahukah anda yang pola penurunan berat badan adalah berbeza mengikut individu. Ada yang berat badan tidak turun langsung selama hampir 1-2 bulan namun begitu bentuk badannya sudah mula mengecil di bahagian tertentu. Di sinilah kunci utamanya kerana jika anda hanya menimbang berat badan, sudah tentu anda akan berhenti berdiet setengah jalan. Paling mudah dengan sediakan satu baju atau seluar yang saiz kecil daripada yang anda pakai sekarang. Gantung di tempat yang anda nampak.
(5) Pengambilan kalori yang terlampau rendah
Ramai yang apabila berdiet mula mengelak untuk mengambil nasi sedangkan sumber karbohidrat masih diperlukan walaupun sedang berdiet. Karbohidrat adalah sumber tenaga kepada badan anda.Ada juga yang tidak mengambil makan malam langsung.
Jika anda mengambil kalori yang terlampau rendah daripada yang diperlukan badan, badan anda akan mula masuk pada fasa “starvy mode”. Maknanya, badan akan menyimpan segala kalori daripada pemakanan anda dan tidak membakar kalori tersebut kepada tenaga kerana badan sudah menerima signal yang anda kekurangan kalori.=kebuluran Ini yang dikatakan adverse effect iaitu makan sedikit tapi berat badan naik.
(6) Anda skip salah satu pemakanan utama anda
Kebiasaannya ramai yang skip samada ambil sarapan pagi atau makan malam dengan tujuan untuk mengurangkan kuantiti kalori anda. Sedangkan sarapan pagi adalah kunci utama kejayaan diet anda. Sarapan pagi adalah wake up call kepada badan untuk bertenaga dan bekerja sepanjang hari membakar kalori(lemak) di dalam badan anda.
Jika risau terlebih makan, makanlah secara kerap tetapi jumlahnya sedikit.
Cuba anda lihat punca-punca yang saya senaraikan di atas. Itu baru sedikit sebenarnya. Mungkin anda sudah boleh nampak jalan untuk menjayakan diet anda. Harap perkongsian ini membuka minda anda tentang cara diet yang betul serta santai.
Jom tgk info mengenai pelangsingan dan testimoni --> KLIK SINI
kredit- http://www.mychibibox.com
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu