Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Friday, September 21, 2012

Benarkah produk yang selamat untuk ibu menyusu juga selamat untuk bayi?

















Seorang ibu muda menelefon saya beberapa bulan yang lalu dan bertanya....
 " Kak, anak saya keluar ruam2 pada leher dan mukanya. Kesianlah penuh bintik2 merah dan 
mukanya juga jadi kemerah2an. Kenapa ya kak?" - sharing dr  http://www.anakkuwiraku.com/ 

Saya bertanya ada amalkan apa2 selain pengambilan vitamin? Beliau menjawab ada iaitu beberapa 
jamu yang disediakan ibunya memandangkan anaknya sudah 21 hari. Maka saya cuma menyarankan 
beliau stop segala jamu dan maajun selama 7 hari dan lihat kesannya kepada bayi beliau. Alhamdulillah  
baby beliau beransur sihat dan kini membesar dengan baik.


Maka ingin saya kongsikan dengan semua ibu2 diluar sana....terutama bagi yang baru bergelar ibu, jika 
kalian benar2 mahu memberikan yang terbaik iaitu exclusive breastfeeding kepada bayi anda selama 
6 bulan pertama maka pastikan anda kalian benar2 mengambil tahu makanan anda kerana ia memberi 
kesan kepada si manja.

Walaupun selepas bayi berusia 7 bulan dan telah mula mengambil makanan pejal namun 
si ibu perlu prihatin dengan makanan yang si ibu makan kerana ia tetap akan disalurkan melalui susuibu.

Telah menjadi trend hari ini dikatakan produk mereka selamat dan selamat untuk ibu dan anak.
Ramai penjual produk kecantikan dan barangan kesihatan memberikan jaminan produk yang 
mereka jual selamat untuk ibu menyusu serta tidak memberi kesan kepada bayi....
namun ada sesuatu yang perlu kita sebagai ibu yang menyusukan anak menyedari hakikat 
MENGAPA KITA SUSUKAN BAYI KITA?

Walaupun pengeluar mahupun penjual mengeluarkan kenyataan, ia selamat untuk ibu menyusu dan bayi....
maka soalan seterusnya adakah ia memberi manfaat pada pertumbuhan dan perkembangan otak 
bayi iaitu anak yang kita susukan?


Pengalaman saya sendiri , ini terjadi pada tahun 2008 yang mana saya mengamalkan satu produk 
kesihatan yang dikatakan selamat untuk bayi. Produk ini dikatakan dapat mengecilkan pinggang serta 
memberi bentuk badan yang menarik...memang ia selamat untuk diri saya dan anak. Cuma satu yang 
saya perasan, pertumbuhan anak saya tidak seperti sebelum ini. Si manja saya Nasa yang sebelum ini 
besar sihat menjadi kurus dan tidak berselera makan. Apa yang saya perasan, minuman yang memberikan 
rasa kenyang kepada saya juga memberi rasa kenyang kepada anak saya maka menyebabkan  selera 
makannya berkurang. Semakin hari dia menjadi semakin susut.

Maka saya sedar, produk itu selamat untuk ibu menyusu dan anak yang disusukan tetapi produk itu 
TIDAK SESUAI UNTUK PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN ANAK YANG DISUSUKAN.

Sedangkan niat utama ibu menyusukan anak ialah bukan hanya untuk merapatkan kasih sayang ibu dan 
anak semata-mata tetapi untuk perkembangan mental dan fizikal yang sihat dan sempurna.

Kini tidaklah saya hairan bila ada doktor yang mengeluarkan kenyataan susu puan tidak berkhasiat untuk 
bayi. Ini kerana kuantiti susu bukan menjadi ukuran kepada keperluan bayi tetapi khasiat susuibu adalah 
yang perlu diutamakan. Jika anak yang disusukan tidak membesar dengan baik dan pertumbuhannya 
terbantut, doktor sendiri akan menyarankan agar memberikan susu formula sebagai tambahan keperluan 
untuk pembesaran bayi. Bayi perlukan makanan yang berkhasiat untuk pertumbuhan dan pembesaran 
terutama otak.

Maka ibu2 dan bapa2 yang serius untuk memberikan susuibu yang terbaik buat si manja, pastikan makanan
 itu memberi khasiat kepada ibu dan anak. Kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Susuibu tidak 
menjimatkan cuma ia sangat kaya dengan antibodi berbanding kita berikan susu formula. Maka prihatinlah 
dengan makanan anda. Jangan abaikan khasiat dan nutrisi yang perlu disalurkan kepada bayi anda. 
Jangan pandang remeh pada makanan yang anda ambil. Pastikan ia memberikan zat dan segala keperluan 
yang diperlukan oleh anak yang menyusu tadi.

Sebelum anda membeli apa2 produk kesihatan di pasaran, sila bertanya terlebih dahulu...
APAKAH KHASIAT PRODUK INI UNTUK BAYI SAYA jika ia benar2 selamat. Bersusah dahulu bersenang 
kemudian. Anak yang membesar dengan baik insyaALLAH menyenangkan kita dikemudian hari.

Semoga dunia penyusuan anda menjadi satu pengalaman terindah sebagai ibu kepada si manja anda.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang 
penyakit.





Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784) 

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE