Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Saturday, September 29, 2012

Apa Kena-Mengena Suplemen Dengan Diet



















Perlukah kita mengambil suplemen jika ingin menurunkan berat badan? 
Jawapan saya ialah, ia adalah PILIHAN. Mengapa tiba-tiba jer saya terasa nak berdiet sedangkan azam diet ni saya dah laung-laungkan sejak zaman bujang lagi tapi tak berjaya juga sebab saya tiada ILMU. Apa-apa yang kita buat pun perlukan ILMU, kalau tidak kita akan buat kerja separuh jalan atau gagal. So, saya bertuah kerana dapat berjumpa 2 blog yang memberi saya sumber inspirasi iaitu blog sususejat.com dan juga blog kevin zahri. Di situ saya jumpa banyak artikel-artikel yang benar cara untuk berdiet. Tapi saya lebih suka melepak blog sususejat.com sebab dia buat kajian dan latarbelakang dia juga menyakinkan saya bahawa apa yang diberikan adalah fakta yang tepat.

Untuk program diet saya ini saya akan teruskan pengambilan suplemen yang memang saya makan sejak menyusu dan paling mengujakan multivitamin dan B Complex sebenarnya bagus untuk mempercepatkan penurunan berat badan di samping menjaga pemakanan serta beriadah. Saya kurang suka berdiet dengan cara tidak ambil nasi tanpa melakukan apa-apa aktiviti yang mengeluarkan peluh. Sebenarnya kita boleh meneruskan amalan ambil nasi seperti biasa tetapi di dalam jumlah yang terkawal, mungkin dahulu saya makan 5 pinggan sekali hadap laaa ni saya belajar untuk makan setengah pinggan sekali hadap. Memang susah tapi untuk berjaya tiada jalan pintas.


B Complex
Ramai orang tahu B Complex akan menyebabkan peningkatan berat badan kerana di dalamnya ada niasin di mana sebenarnya ia menambahkan selera makan kita, itu saya akui dan saya tidak akan bagi fakta tipu untuk melakukan produk Shaklee saya. Tetapi kerana kita kurang ilmu kita terus tinggalkan B Complex yang mana ia berfungsi untuk memetabolismakan protein, lemak dan karbohidrat atau dalam bahasa pasarnya ia meningkatkan pembakaran lemak kita. B Complex juga menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga dan tenaga kalau kita tidak guna tentulah kita jadi gemuk gedempol macam saya, betul tak? Satu lagi kebagusan B Complex ini ialah ia perbaiki sistem pencernaan kita (kurangkan sembelit), mengurangkanr rasa stress, lancarkan pengaliran oksigen, membetulkan hormon dan juga meningkatkan antibodi kita. Sebab itu saya katakan B Complex membantu kita di dalam menurunkan berat badan.

Vita-Lea Iron Formula (multivitamin)
Vitamin - merupakan sebatian organik yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil (surih), juga dikenali sebagai ‘micronutrien’. Micronutrien ini berbeza dengan ‘macronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein) yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Benar, Micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya ‘kosong kalori’. Vitamin terbahagi kepada 2 jenis, iaitu vitamin larut lemak, dan vitamin larut air.

Mineral (Diet) – merupakan elemen kimia selain karbon, hidrogen, nitrogen dan oksigen yang terdapat dalam jadual berkala (Periodic Table) dan diperlukan oleh organisma hidup seperti manusia untuk terus hidup. Mineral, sama juga seperti vitamin, adalah merupakan kelompok elemen surih atau ‘micronutrien’, dan diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil.

Micronutrien - Vitamin dan mineral (seperti yang disebutkan di atas)

Multivitamin - merupakan istilah yang merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin), dan mineral-mineral penting (calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).

1 – Vitamin Larut Lemak

Vitamin A (juga *perkusornya, iaitu Beta Carotene)
Diperlukan untuk: pertumbuhan normal, integriti kulit, penglihatan, dan perkembangan tulang.
Sumber: Lepa susu, kuning telur, buah-buahan tertentu (prunes, nanas, oranges, limau, and cantaloupe), tumbuhan berdaun hijau, dan lobak merah.
*bermaksud Beta Carotene akan ditukarkan kepada Vitamin A bila berada dalam badan manusia.

Vitamin D
Diperlukan untuk: Pertumbuhan tulang dan gigi, membantu penyerapan Calcium ke dalam tulang
Sumber: Cahaya matahari (kulit akan menghasilkan Vitamin D), susu, minyak ikan kod, salmon, kuning telur, mentega

Vitamin E
Diperlukan untuk: antioxidant, melindungi dinding sel, dan pembaikan luka
Sumber: Hampir dalam semua buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak sayuran

Vitamin K
Diperlukan untuk: Pembekuan darah
Sumber: Lemak, oat, gandum, rye, alfalfa, juga dihasilkan oleh bakteria di usus

2 – Vitamin Larut Air

Vitamin B1 (thiamine)
Diperlukan untuk: pertumbuhan, selera makan, dan metabolisma karbohidrat (pembebasan tenaga).
Sumber: Gandum penuh, kekacang, kuning telur, buah-buahan, kebanyakan sayur-sayuran

Vitamin B2 (riboflavin)
Diperlukan untuk: pertumbuhan dan metabolisma sel (pembebasan tenaga).
Sumber: Hati, daging, ayam, telur, susu, dan sayuran hijau

Vitamin B3 (niacin)
Diperlukan untuk: fungsi neurological (saraf), sistem pencernaan, kesihatan kulit
Sumber: Hati, daging, ayam, sayuran hijau

Vitamin B6 (pyridoxine)
Diperlukan untuk: metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber: Daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan

Vitamin B12 (cobalamin)
Diperlukan untuk: fungsi neurological (saraf), pembentukan DNA dan sel baru, serta pencegahan anemia
Sumber: Sayuran hijau, makanan organ binatang, daging, dan makanan laut. Tidak terdapat dalam tumbuhan.

Vitamin C (ascorbic acid)
Diperlukan untuk: pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak
Sumber: Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus

Folic Acid
Diperlukan untuk: pembentukan DNA dan sel baru, terutamanya sel darah merah
Sumber: Sayuran hijau, legum, biji (kuaci, labu), jus oren, hati.

Pantothenic Acid
Diperlukan untuk: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan

Biotin
Diperlukan untuk: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus

3 – Minerals

Chromium
Diperlukan untuk: mengekalkan paras normal gula dalam darah
Sumber: Daging, makanan belum proses, lemak, dan minyak sayuran

Copper
Diperlukan untuk: pembentukan sel darah merah dan tisu-tisu penghubung
Sumber: Daging, makanan laut, kekacang
Fluorine
Diperlukan untuk: Struktur gigi
Sumber: Air paip (dikawasan tertentu), makanan laut, buah pinggang, hati, dan daging

Manganese
Diperlukan untuk: Sintesis DNA, RNA dan protein
Sumber: Bijirin, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran

Selenium
Diperlukan untuk: melindungi lipid pada membran sel, protein, dan asid nukleik dalam mencegah proses oksidasi
Sumber: Brokoli, ayam, timun, kuning telur, bawang putih, hati, susu, cendawan, bawang besar, makanan laut, dan tuna

Zinc
Diperlukan untuk: Sintesis protein, DNA dan RNA
Sumber: Daging, tiram, makanan laut yang lain, susu, dan kuning telur

Mungkin senarai vitamin dan mineral di atas terlalu panjang, dan leceh untuk dihafal. Hakikatnya, tiada siapa yang sanggup untuk memantau setiap pengambilan micronutrien tersebut, maka oleh yang demikian, supplemen seperti Multivitamin amat membantu dalam memastikan kita mendapat setiap micronutrien penting yang diperlukan.

Jika diperhatikan betul-betul, kebanyakan micronutrien di atas berfungsi dalam meningkatkan lagi metabolisma tubuh badan. Dan seperti yang SS cerita sebelum ini, meningkatkan metabolisma tubuh badan bererti ‘mempercepatkan lagi hasil penurunan berat badan’.

Harap faham ler entri saya yang ini. Dia macam ni....pengambilan suplemen di dalam apa-apa juga perkara baik menyusu, berdiet, nak jadi sihat adalah USAHA sahaja tetapi kita tetap kena teruskan amalan-amalan yang lain juga, betul tak? Contohnya nak banyakkan susu, kena PAM juga untuk stimulate bukan makan suplemen jer keluar susu memancut-mancut, nak KURUS pong tetap kena pergi joging, cut calories bukan makan suplemen jer dan nak SIHAT pun tetap kena ambil pemakanan yang seimbang dan berzat dan bukan bergantung pada suplemen juga kan. Bila ilmu takde usaha pun separuh jalan ler juga ditambah pula dengar cakap orang yang tidak tahu apa-apa lagi bantutlah usaha kita. Sebab itu di zaman teknologi yang canggih ini tak kisahlah apa pekerjaan kita, kita kena rajin mencari dan menggali ilmu. Kalau boleh suplemen untuk kecantikan apa salahnya beli suplemen untuk kesihatan diri. Ada ibu sanggup keluar beratus ringgit beli untuk kecantikan kulit tapi untuk kesihatan nan adO....bila demam berlarut-larut kan dah susah nak mengepam, iyalah susu merundum badan tak sihat. Apa pun tepuk dada tanya iman.

kredit - MAMACEKAL


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)  

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE