Untuk pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat, disamping ikhtiar kita mengambil supplement utk kesihatan dalaman, sedikit amalan yang boleh diamalkan.
Ya Musowwiru – membawa maksud Yang Menciptakan Segala bentuk dan Rupa. Asmaul Husna ini amat berkhasiat bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Berikut adalah amalan yang perlu anda lakukan – Isteri hendaklah berpuasa 7 hari, mulai hari Ahad sehinggalah hari Sabtu. Setiap kali berbuka puasa, ambil segelas air masak, bacakan Ya Musowwiru sebanyak 21 kali, tiupkan ke dalam gelas tersebut. Air itu kemudian dimunum untuk berbuka puasa. Suami pula harus berpuasa 3 hari, dan setiap kali ingin bersetubuh dengan isteri, bacalah Ya Musowirru sebanyak 10 kali.
Usaha, Ikhtiar, Doa dan bertawakkal kepada Allah SWT...InsyaAllah .. DIA mengetahui apa yang TERBAIK untuk kita..
Credit to Iffah Anuar
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu