Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Thursday, September 27, 2012

AMAL JARIAH :: Mohon SUMBANGAN bagi pihak Pusat Pendidikan An-Nuur


Saya menyeru kepada dermawan-dermawan di seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya, untuk sama-sama menyumbang kepada Pusat Pendidikan islam An-Nuur. Bagi menampung kos penyelengaraan sekolah tersebut. Gaji tenaga pengajar mereka hampir dua bulan tidak dapat dibagi. Dan terbaru, pihak sekolah Cuma mampu menyediakan nasi goreng untuk pelajar-pelajar mereka.
Pihak sekolah menghadapi kesukaran dari sudut kewangan. Tonggakan yuran bulanan pelajar yang ditidak dijelaskan hampir mencecah RM40 ribu .
Dua hari lepas saya secara peribadi telah bertemu dengan Bendahari Pusat Pendidikan An-Nuur, dan bertanyakan hal ini. Menurut beliau,
Bendahari Ustaz Ramdhi : “Benar pihak sekolah terpaksa menghantar pulang lebih kurang 30 orang pelajar untuk mereka mengambil duit dari Penjaga mereka bagi menyelesaikan tonggakan yuran bulanan mereka. Dan apabila pulang semula kesekolah kebanyakan daripada mereka masih tidak dapat membayar yuran tersebut. Sebenarnya, situasi pelajar mempunyai tonggakan yuran ini biasa terjadi tetapi tidaklah segenting ini.”

Salah seorang pelajar sekolah tersebut yang ditemuramah mengenai masalah ini berkata.
Pelajar An-Nuur : “Kami pelajar-pelajar telah dimaklumkan oleh pihak guru akan masaalah yang ditanggung oleh sekolah. Dan start hari semalam, pihak sekolah Cuma mampu menyediakan nasi goreng sahaja untuk pelaja-pelajar dan juga guru-guru.”
Dan dibawah adalah butir-butir akaun bank kepada sesiapa yang mahu menyumbang kepada Pondok An-Nuur Penor Pekan Pahang. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Akaun Bank yang tertera dibawah ini.

AKAUN BANK ISLAM      : 0601 9010 0218 68

ATAS NAMA                     : BENDAHARI PONDOK AN-NUR

AKAUN MAYBANK          : 5560 1101 8085

ATAS NAMA                     : PONDOK AN-NUR

SILA SMS MAKLUMAT BANK IN KEPADA BENDAHARI : 019 9663629
Ustaz Mokhtar Senik (pengetua Pusat Pendidikan An-Nuur) : 019-9532456
Kepada yang berada berhampiran dengan Kuantan, sudilah meluangkan sedikit masa untuk meninjau dan melihat sendiri keadaan anak-anak kita di Pondok An-Nur di alamat:
Pondok An-Nur
Dj-144, Kampung Kuala Penor,
25150 Kuantan,
Pahang
[ Tel: 019-9532456 / 019-9663629]

MUNGKIN KITA TAK MAMPU MEMBERI SUMBANGAN BERBENTUK WANG RINGGIT, SEKURANG-KURANGNYA SHARE DAN SEBARKANLAH MAKLUMAT INI UNTUK MENARIK PENDERMA-PENDERMA DARI SELURUH DUNIA.





Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)  

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE