SUNBURN..
Mesti biasa dengar perkataan ni kan? maksudnya mudah, kulit terbakar kalau terlalu lama berjemur bawah panahan sang mentari!... memang muka sunburn la jawab nya..
Penembusan cahaya-cahaya UV ke dalam lapisan dalam kulit akan meyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Keadaan ini dikenali sebagai suntan. Suntan bukanlah satu petanda bahawa anda sihat. Ini kerana suntan adalah respon kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit anda.
(gambo anak kecil comel sikit...ihsan gugel)





