Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Terapi Islam. Show all posts
Showing posts with label Terapi Islam. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Tips Senang Bangun Tahajud

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua. 

Pagi nak share tips senang bangun untuk mengerjakan amalan sunat seperti solat sunat tahhajjud cinta dan solat sunat taubat. Peringatan untuk diri sendiri gak. Masih untuk mencari keredhaan nya.. Semoga dipermudahkan. Yang penting niat dan usaha untuk bangun pagi. Tetapi jika kita tak sedar langsung pagi yang kita niat nak bertahajjud, insyaallah kita akan mendapat satu pahala.. (tapi jangan lak dah sedar tak sambung tidur balik ye)

Rasulullah SAW bersabda:  
“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”    
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)






1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor


Qailulah ini bukanlah sejenis makanan mahupun minuman, sebaliknya ia adalah sejenis perbuatan yg dinamakan tido sebentar (quick nap) sebelum Zohor. Contohnya waktu Zohor masuk pada pukul 1.15 pm, maka rehat untuk makan tengahari lebih kurang pukul 1.00 pm itu boleh digunakan untuk qailulah. Kalau nak makan, maka makan la lepas Zohor.. takyah berebut2 lelaki pompuan nak beli makan kat kafe. Kelebihan qailulah ini dapat memberi sedikit kerehatan kepada badan sbb dah beberapa jam duduk bekerja / belajar. Bila badan cukup rehat, maka mudah nak berjaga dan bukan asyik nak terlelap je mata. Bila cukup rehat, lepak kat katil pun tak terasa nak tido.. tapi kalau badan dah penat, tengah berdiri dalam bas pun boleh berdengkur.. kihkih

[ Hot!! Barley Peanut Candy dengan harga sangat MURAH ]

Friday, January 3, 2014

Jom Tingkatkan Amalan Pada Hari Jumaat Indah Permai




Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari jumat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya."

Amalan-Amalan yang Disyari'atkan pada Hari Jumaat :

 
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh.
 

Dari Abu Hurairah -radhiallahu anhu- dia berkata:
 

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam shalat subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Al-Bukhari dan Muslim)


2. Memperbanyakkan selawat


Dari Abu Umamah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata,
 

"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari jumaat kerana selawatnya umatku akan dipersembahkan untukku pada hari jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Baihaqi dengan sanad shahih)

3. Membaca surat Al Kahfi
 

Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (HR. Al Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

4. Memperbanyak do'a (Abu Daud)

5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)

 
- Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian. - Berpagi-pagi menuju tempat shalat jumaat. - Diam mendengarkan khatib berkhutbah. - Memakai pakaian yang terbaik. - Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.

Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.


Allah s.w.t berfirman:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Imran:31)

Jom amalkan Sunnah-sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa


kredit facebook.com/arfah.zaki.9 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Mazlina Mohd Nazir
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS/Wassap/Viber/Wechat - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)


Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   


Friday, December 27, 2013

Kelebihan HARI JUMAAT

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat. Hari yang penuh keberkatan dan kerahmatan dariNYA. Semoga akan dipermudahkan urusan kita pada harini. Dan peluang untuk menambah pahala ye. Insyaallah




Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!

1. Berlakunya Hari Qiamat.

Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:


“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Sunday, December 8, 2013

Kelebihan Zikir Ya Wahhab

Besarnya rahmat dan kelebihan zikir YA Wahhab. Alhamdulillah, zikir Ya Wahhab diamalkan setiap kali pas solat. Paling x) ciput 100kali. Max 300kali lepas solat. Alhamdulillah amalan zikir berterusan kalau istiqamah melakukannya. Sama juga dhuha, kalau istiqamah solat.. tepat je kul 10 teringat untuk dhuha kecuali travel la.




AL-WAHHAB,Yang Sentiasa Memberi.Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

1->Menjadi terkaya dan terkenal

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2->Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3->Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

Kredit born2touchurheart.blogspot.com

Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir.

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::

http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot.com

Email - pokoksena85@yahoo.com SMS / Whatsapp - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

FanPage -

http://www.facebook.com/JomSinggah09

https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe

https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13

Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE