Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Kelebihan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan Susu Ibu. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Kaedah Penyusuan Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah sekarang kebanyakkan ibu2 bekerja memang mengepam susu ibu dan memberikan yang terbaik untuk si manja. Rindu zaman2 mengepam kat tempat keje dan simpan stok EBM. Tapi sekarang banyang bagi direct je walaupun anak dara dah masuk 3tahun. Semua cara dah buat untuk 'ceraikan susu' tapi tak berhasil jugak.

Tapi pepagi nak share pasal keadah penyusuan ibu iaitu contoh posisi. pelekapan yang betul dan cara nak sendawakan si manja anda. Sekarang anak dara pantang nampak ibunya nak landing dan bersila, cepat2 menyelit je. Ish2, taktau nak wat macamana lagi. Kalau ada tips ibu2 boleh komen, mana tau ada yang belum dibuat lagi.

Kaedah Penyusuan Ibu
Kaedah Penyusuan Ibu
 Kaedah Penyusuan Ibu


Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:

Sunday, June 23, 2013

First time guna vitamin shaklee untuk BF terus jatuh cinta

Alhamdulillah, bila wat bisnes nie. Ada share sket kat wal sendiri, ada juga kawan lama2 yang usha pasal vitamin shaklee nie..

Ada member sekolah rendah, bulab lepas baru start ambik ESP dan alfafa dan bulan ni terus join ahli, beli 3 Canister ESP untuk standby bulan puasa.



Susu makin bertambah dan makin pekat gara2 ESP dan alfalfa nie. Alhamdulillah, lebih ramai yang sukakan shaklee nie sebab keberkesanan.

Thursday, June 20, 2013

Tips Penyusuan : 10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memberi Bayi Anda Susu Ibu



Alhamdulillah, makin lama makin ramai ibu2 sedar tentang kepentingan menyusukan si manja mereka dengan susu ibu. Walaupun ada yang persoalkan, kenapa nak susu bagi susu ibu, susu formula bukan mahal pun.. Abaikan sahaja sindiran mcm tu, yang penting kita tahu kelebihan susu ibu.
Invest untuk beli keperluan penyusuan hanya sekali je, pastu si manja anda akan mendapatkan khasiat yang berpanjangan.

Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.

1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)

2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit perut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).

Friday, April 12, 2013

Tips untuk ibu menyusu:: Perbezaan menyusu tanpa shaklee dengan shaklee..





Perlukah ibu menyusu mengambil makanan tambahan, vitamin, milk booster atau mengamalkan pantang larang tertentu? 

Sebenarnya ibu menyusu bebas untuk makan apa sahaja yang kita suka janji makanan itu bersih dan halal. :) Senangkan. Tak ada apa yang berubah sejak sebelum bersalin atau semasa menyusu. Tiada makanan ibu menyusu khas untuk semua ibu. Ibu ibu baru tidak perlu risau dan takut jika tidak mengambil makanan ibu menyusu. Jangan risau susu mereka tidak ada dan tidak meriah seperti orang lain.. Ini kerana, susu ibu dihasilkan dari nutrien yang ibu makan terutama dari menu harian.. 

Jadi makanlah makanan dari pelbagai jenis zat tanpa meninggalkan makanan yang tinggi protein dan kalsium kerana ini komposisi utama susu ibu. Sama ada susu meriah, sedikit atau kering bergantung pada usaha ibu sendiri. Jika ibu kerap menyusu bayi secara terus atau mengepam secara teratur, insyaAllah, susu ibu sentiasa mencukupi untuk anak kita. 


Thursday, April 11, 2013

Tanggugjawab menyusukan anak dan hikmah susu ibu






Hikmah Menyusukan Anak

Rasullullah saw bersabda:

"Apabila seorang wanita menyusui anaknya, maka setiap teguk daripada susunya dia akan menerima pahala seakan-akan menghidupkan orang, dan apabila dia menyapih (memelihara) anaknya, maka para malaikat menepuk punggugnya dan berkata, 'Selamat semua dosamu yang lalu telah diampuni, sekarang mulailah lagi".

Wednesday, March 27, 2013

Tips Penyusuan Susu Ibu : Kebaikan susu ibu kepada bayi




Bagi ibu2 yang memang full bf anak, bila anak dah besar tentu selalu tengok anak anda nak menyusu anak patung kan?? Gelak bila anak selalu buat macam tu, kekadang suh kita lak bagi susu kat patung tu.. Anak kita pun terikut dengan cara kita untuk memberi susu ibu..

Tidak diragui susu ibu mmg susu terbaik di dunia. Tak boleh dipersoalkan lagi kerana Allah sendiri menyuruh kita untuk menyusukan anak dan tertulis di dalam Al-Quran. Jadi selagi termampu, kita patut berusaha untuk memberi manfaat dan khasiat susu ibu untuk anak kita.

Antara khasiat dan kebaikkan susu ibu untuk bayi kita adalah:

1. Susu ibu baik untuk pertumbuhan otak bayi
-susu ibu mengandungi AA dan DHA. AA dan DHA ni sememangnya dapat merangsang otak bayi
-protin, laktosa dan lemak secukupnya wujud dalam susu ibu dan penting pertumbuhan otak bayi
-IQ bayi yang diberikan susu ibu lebih tinggi disebabkan nutrisi dari susu ibu tetapi harus disertai dengan rangsangan yang berterusan

Monday, March 25, 2013

Teknik Mengepam untuk Hasil Maximun

TEKNIK MENGEPAM UNTUK HASIL YANG OPTIMUM



• Anda boleh menggunakan alat bantu seperti pam payu dara untuk memerah susu. Selain itu, anda juga boleh memerah menggunakan tangan menggunakan teknik marmet.

• Ibu perlu yakin dan mengurangkan punca kesakitan jika ada.

• Elakkan stress. Ramai antara ibu yang tertekan kerana kerja atau hasil pam yang semakin merudum. Lupakan seketika segala masalah dan berfikiran positif demi bayi anda.

Thursday, March 21, 2013

Susu ibu sebagai satu pendidikan awal kanak-kanak


Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu-ibu hebat .. yang berjaya menyusu baby selama 2 tahun memang anda seorang ibu hebat.:-) . Sekarang ramai ibu-ibu yang berkerjaya berjaya menyusukan baby malahan berjaya simpan sampai penuh freezer.. Teruja kan?? Seronok bila tengok ibu-ibu yang bersemangat dalam menjayakan perjalanan penyusuan.
Moga kalian sekeluarga dirahmati Allah dan dipermudahkan segalanya dalam menjayakan penyusuan selama 2 tahun dan seterusnya

Monday, March 18, 2013

Kenapa Ibu Menyusu Perlukan Vitamin?


Kenapa ibu menyusu perlukan vitamin?

Walaupun ramai ibu menyusu yang boleh menyusukan bayi dengan mudah dan dikurniakan susu melimpah luah, namun ramai lagi ibu yang tidak bernasib baik begitu. Perjalanan penyusuan susu ibu yang panjang, perlukan sokongan, ilmu dan kesihatan serta sokongan vitamin untuk melancar dan mempermudahkan perjalanan penyusuan susu ibu. Rajin menyusu atau mengepam adalah kunci utama untuk berjaya dalam penyusuan tetapi kesihatan yang terjejas akibat gaya hidup boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.

Bagaimana vitamin boleh membantu dalam penyusuan susu ibu?

Kesihatan ibu menyumbang besar pada kelancaran susu ibu. Susu ibu mungkin akan merudum atau terjejas ketika ibu demam, period, stress dan sebagainya. Sebagai ibu kita mesti berusaha sehabis baik memelihara kesihatan diri untuk memberi susu ibu sendiri, bukan cepat mengalah pada susu formula ketika mengalami situasi ini.

Vitamin dalam pemakanan harian membantu dalam mengatasi beberapa faktor susu ibu merudum. Makanan tambahan yang baik melengkapkan kekurangan dalam menu harian. Faktor seperti cepat marah, cepat letih, senang dapat sakit antara tanda tanda badan perlukan vitamin apa lagi untuk seorang ibu yang banyak kerja dan tanggungjawab. Fungsi vitamin amat luas dan banyak bonus lain yang akan diperolehi selain dari badan sihat dan susu melimpah luah.


Set Penyusuan


Thursday, February 7, 2013

Kelebihan Omega 3: Omega Guard Shaklee Terbaik!




Untuk bulan february, dapatkan Omega guard shaklee dengan harga runtuh ye.. beli 6 percuma 1..SMS / Whatsapp utk harga terbaeekkk..

Kelebihan anda perlu memilih Omega Guard shaklee berbanding Brand lain.


1. Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu
EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain 
lagi. Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
2. Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 
molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah 
suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid 
lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan 
jenis ikan.


Tuesday, January 22, 2013

Manfaat SUSU IBU :: Bayi lebih sihat dan cerdik

Susu ibu yang tiada nilainya terutama manfaatnya..


JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’.
Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.
Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.
Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.

Saturday, January 19, 2013

Set Bersalin : Tampil Sihat & Cergas dengan Set Bersalin Shaklee


Anda tengah hamil? Dah sampai tarikh jangka tapi masih tercari set bersalin yang sesuai untuk anda. Jika sebelum berpantang dengan set bersalin jamu, apa kata cuba Set Bersalin Shaklee  insyaallah.. ramai ibu-ibu yang berpuas hati dengan Set Bersalin Shaklee nie. Tampil sihat dan cergas selepas mengamalkan set bersalin shaklee. Insyaallah memang berbaloi untuk ibu-ibu mencuba Set Bersalin Shaklee nie plus boleh menambah susu badan jugak.



Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan.


Friday, January 18, 2013

Khas untuk ibu hamil: Omega 3 DHA supplement penting untuk ibu hamil

Bagi ibu hamil, tentu inginkan yang terbaik untuk kandungannya. Antara supplement yang terbaik untuk kandungan adalah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 seperti DHA dan EPA.

Kenapa penting Omega 3 untuk ibu hamil?
Jom kita baca kelebihan Omega 3 untuk kandungan dan juga kepada ibu hamil.
Minyak Ikan yang kaya dengan Omega 3



Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Si Ibu

Menurut sumber yang saya petik dari laman web www.americanpregnancy.org, pengambilan asid lemak Omega-3 sewaktu mengandung dapat membawa kesan yang positif terhadap kehamilan antaranya dalam mengurangkan kebarangkalian untuk bersalin awal, mengurangkan risiko pre-eclampsia, meningkatkan berat lahir bayi serta membantu menstabilkan emosi dan meningkatkan kesihatan mental bagi mengurangkan risiko si ibu daripada mengalami masalah kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety) mahupun meroyan khususnya dalam tempoh berpantang. Itu kelebihan buat si ibu. 

Kelebihan kepada si bayi yang dikandung pula bagaimana?
Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Si Bayi

Lazim mengetahui asid lemak Omega-3 seperti DHA amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan otak, sistem saraf dan retina bayi yang dikandung. Keperluan DHA meningkat khususnya pada 3 bulan terakhir kandungan bagi membantu perkembangan perkembangan otak janin ketika di dalam kandungan.

Susu Ibu : Murah hati mendermaka susu badan

Thursday, January 17, 2013

Susu Ibu adalah yang terbaik untuk si manja anda

Memang tak boleh disangkal lagi tentang kelebihan susu ibu kepada si manja anda. Untuk 6 bulan kelahiran, baby hanya kenyang dengan susu ibu sahaja.. tak perlu diberi makan atau air masak semua tu.. 
Ditekankan sekali lagi 6 bulan pertama hanya SUSU IBU.


KELEBIHAN SUSU IBU....

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 

(Surah Luqman: ayat 14)

Ingin tahu Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak dengan susu ibu, KLIK SINI


Penuh deep freezer dengan Set penyusuan shaklee

Disebabkan kelebihan susu ibu ni, maka lebih ramai yang sedar tentang perlunya menyusukan anak dengan susu ibu. Saya bekerja, macamana nak menyusukan anak dengan susu ibu?? Itu bukan alasan untuk ibu mengelak dari memberi susu ibu kepada anak anda dan khasiat susu ibu ni tiada tolok tandingannya, malahan susu ibu adalah sebatian ajaib

Friday, January 4, 2013

Susu Makin meriah, Keputihan berkurangan@ hilang, Keintiman antara suami isteri makin "intim" la..Kulit pun makin cantik.. Nak tahu RAHSIAnya???

Salam & selamat tengahari semua.. ramai ibu yang tertanya produk untuk masalah keputihan..tambah susu ibu.. Antara vitamin yang famous untuk atasi masalah susu merudum, keputihan, plus nak kulit cantik pun boleh. Ibu-ibu kat sana mesti suka kalau sebut bab- bab kulit cantik nie..huhu


Bukan sahaja boleh tambah susu ibu untuk rezeki anak malahan banyak kelebihan lain lagi la.. kulit makin cantik, keputihan makin berkurangan.. Kombinasi yang hebat untuk masalah ibu-ibu adalah ESP  dan Alfafa. ESP ni merupakan protein soya yang terbaik as MILK BOOSTER, nie plus dengan Alfafa..kesannya lagi la marvelous..tak percaya?? Nanti kita tengok testimoni ibu-ibu lain yang telah berjaya dengan vitamin nie.

Selain membantu penghasilan susu ibu dengan cepat, Alfafa juga membantu dalam mengurangkan masalah keputihan, sembelit dan bertindak untuk detoks. Hasilnya?? Kulit semakin cantik kerana alfafa membantu membersihkan segala kotoran dari dalam terutamanya yang mempunyai masalah jerawat atau resdung yang teruk. Dan yang paling penting susu ibu makin meriah la ye tapi IBU KENA APPLY SYARAT KONSEP PENYUSUAN SUPPLY & DEMAND --->> LEBIH KERAP MENYUSU BAYI @ PUM SETIAP 2-3 JAM SEKALI

Friday, December 28, 2012

Ostematrik .. bukan sekadar kalsium tetapi kalsium terbaik.. No more Cramp & Sakit Gigi..huhu




Perbezaan Shaklee

-   Kalsium yang isinya seimbang memastikan kadar penyerapan sehingga 99%.

-   Formulanya unik dibuat dari mineral semeulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, fosforus, dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

-   Nutrient- nutrient ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapam oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

-    Kajian membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang berumur secara berkesan.


‎3 sebab kenapa anda mesti menyusukan bayi:




1. Melahirkan anak-anak yang lebih gembira
- kajian menunjukkan anak-anak yang menyusu susu ibu kurang mengalami kemarahan dan bertindakbalas dengan baik terhadap stress. Ini kerana mereka mempunyai ikatan (bonding) yang kuat dengan ibu

Friday, December 21, 2012

Kenapa Soya Shaklee lain dari yang lain.. Bagi Peminat setia ESP, mesti tahu kelebihannya..



Perbezaan Shaklee Dengan yang lain :

-          - NON-GMO  diproses pada suhu yang rendah

-          - Setiap 850g ESp – dihasilkan daripada 30kg soya & memberi tenaga segera & tahan lama

-          - Menjamin penyediaan 9 asid amino yang mana tak boleh dihasilkan oleh manusia, turut dikaya dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral.

-         - Semua untuk peringkat umur – tua /muda

Thursday, December 20, 2012

Susu Merudum?? Ketahui Punca & Tips Asas Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu


Tips Asas Penyusuan Susu Ibu

Salam semua.. Apa Khabar anda harini terutama ibu2 yang menyusu baby tu.. rasa dah nak masuk 2tahun perjalanan dalam menjayakan proses penyusuan nie..alhamdulillah..terima kash ALLAH dengan rezeki Engkau berikan untuk anakku..



Antara tips yang wajib diamalkan ialah:

~Kejayaan penyusuan antaranya bergantung kpd kesihatan ibu.

~Konsep asas penyusuan perlu difahami iaitu "KERAP MENYUSU DAN KERAP PUMP MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN."



~Pengambilan vitamin akan mendatangkan hasil positif jika

1. Ibu kerap menyusu bayi atau yang bekerjaya kerap pump sekurang2nya 3jam sekali


2. Pengambilan air yang mencukupi (dalam 3 liter) dan tidak berdiet sepanjang penyusuan.


3. Berdoa sentiasa di murahkan rezeki susu badan untuk anak kerana hanya Dia mengetahui yang terbaik.


Kami di Shaklee mempunyai Set Penyusuan yang cukup hangat.Jika anda tidak dapat amalkan diet yang seimbang , sangat digalakkan mengambil supplement ini. Alhamdulillah ramai yang memberikan feedback yang positif setelah mengamalkan Set Penyusuan Shaklee.



kredit - http://healthouses.blogspot.com/







Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE