![]() |
| Antara risiko untuk anak mendapat Talasemia |
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia)
adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang
diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen
menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.
Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan
hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.
Hemoglobin adalah bahagian
sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh
tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan
sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat
kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).





