Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Tips Senang Bangun Tahajud

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua. 

Pagi nak share tips senang bangun untuk mengerjakan amalan sunat seperti solat sunat tahhajjud cinta dan solat sunat taubat. Peringatan untuk diri sendiri gak. Masih untuk mencari keredhaan nya.. Semoga dipermudahkan. Yang penting niat dan usaha untuk bangun pagi. Tetapi jika kita tak sedar langsung pagi yang kita niat nak bertahajjud, insyaallah kita akan mendapat satu pahala.. (tapi jangan lak dah sedar tak sambung tidur balik ye)

Rasulullah SAW bersabda:  
“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”    
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)






1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor


Qailulah ini bukanlah sejenis makanan mahupun minuman, sebaliknya ia adalah sejenis perbuatan yg dinamakan tido sebentar (quick nap) sebelum Zohor. Contohnya waktu Zohor masuk pada pukul 1.15 pm, maka rehat untuk makan tengahari lebih kurang pukul 1.00 pm itu boleh digunakan untuk qailulah. Kalau nak makan, maka makan la lepas Zohor.. takyah berebut2 lelaki pompuan nak beli makan kat kafe. Kelebihan qailulah ini dapat memberi sedikit kerehatan kepada badan sbb dah beberapa jam duduk bekerja / belajar. Bila badan cukup rehat, maka mudah nak berjaga dan bukan asyik nak terlelap je mata. Bila cukup rehat, lepak kat katil pun tak terasa nak tido.. tapi kalau badan dah penat, tengah berdiri dalam bas pun boleh berdengkur.. kihkih

[ Hot!! Barley Peanut Candy dengan harga sangat MURAH ]

Friday, December 27, 2013

Kelebihan HARI JUMAAT

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat. Hari yang penuh keberkatan dan kerahmatan dariNYA. Semoga akan dipermudahkan urusan kita pada harini. Dan peluang untuk menambah pahala ye. Insyaallah




Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!

1. Berlakunya Hari Qiamat.

Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:


“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :

“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Sunday, December 8, 2013

Kelebihan Zikir Ya Wahhab

Besarnya rahmat dan kelebihan zikir YA Wahhab. Alhamdulillah, zikir Ya Wahhab diamalkan setiap kali pas solat. Paling x) ciput 100kali. Max 300kali lepas solat. Alhamdulillah amalan zikir berterusan kalau istiqamah melakukannya. Sama juga dhuha, kalau istiqamah solat.. tepat je kul 10 teringat untuk dhuha kecuali travel la.




AL-WAHHAB,Yang Sentiasa Memberi.Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

1->Menjadi terkaya dan terkenal

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2->Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3->Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

Kredit born2touchurheart.blogspot.com

Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir.

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::

http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot.com

Email - pokoksena85@yahoo.com SMS / Whatsapp - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

FanPage -

http://www.facebook.com/JomSinggah09

https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe

https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13

Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

Saturday, November 9, 2013

Tempuhi 7 Gunung Sebelum Amalan Di terima ALlah

MasyaAllah betapa kerdil diri ini dalam mengejar harta dunia dan akhirat. Walauoun bagaimanapun, kita doa semoga setiap amalan kita mendapat kerahmatan dan keberkatan dariNya..insyaallah.

*Sekadar peringat buat diri sendiri*

Tempuhi 7 Gunung Sebelum Amalan Diterima Allah – Imam Ghazali

Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh gunung ini sebelum amalan-amalannya diterima Allah S.W.T. Iaitu:-

1) Gunung Taubat

Dosa kepada Allah:

-meninggalkan yang wajib
-mengerjakan yang haram

Dosa pada makhluk

-menganiaya diri mereka
-menganiaya harta meeka
-menganiaya ahli keluarga mereka
-menganiaya agama mereka

2) Gunung Ilmu

Usuluddin – Ilmu untuk mengenal Allah dan Rasul

Feqah – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada diri dan harta

Tasauf – Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada batinnya yakni di dalam hati

3) Gunung Penghalang Ibadah

Dunia – hendaklah zuhud

Manusia – hendaklah diasingkan

Syaitan – hendaklah diperangi

Nafsu – hendaklah dikekang dengan takwa kepada Allah

4) Gunung Perintang Ibadah

Rezeki – hendaklah tawakal yakni tetap di atas janji Allah

Khatir – ertinya gerak hati kepada yang di takuti atau kepada yang diharap hendaklah berserah kepada Allah

Qada – hendaklah redha

Bala – hendaklah sabar

5) Gunung Peringkat Ibadah

Khauf – takut pada Allah dengan mengingatkan seksanya di dalam neraka

Roja'- harap kepada Allah dengan mengingkan nikmatNya di dalam syurga

6) Gunung Pencatat Ibadah

Riak – hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah

Ujub – hendaklah ingan petunjuk Allah dan pertolongan Nya

7) Gunung Syukur

Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan itu kepadam mentaati Allah yang mengkurniakannya.

>> Jika KITA telah melepasi 7 Gunung Ini, kejayaan demi kejayaan akan datang mengejar KITA..insyaallah

Kredit ani-ahmad.blogspot.com

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::

http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot .com

Email - pokoksena85@yahoo.com SMS / Whatsapp - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

FanPage -

http://www.facebook.com/JomSinggah09

https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe

https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13

Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

Sunday, November 3, 2013

Yakinlah dengan rezeki Allah

Tiada rezeki yang datang bergolek. Semuanya perlukan usaha yang berterusan dan doa kepada Allah Maha Esa. Insyaallah Allah pasti memakbulkan doa hamba2nya..


Yakinlah dengan rezeki Allah.


Amalan yang boleh dilakukan untuk menggapai rezeki Allah s.w.t.

1. Solat Dhuha -

Rajinkanlah diri kita untuk solat dhuha 2 rakaat. Ambil masa dalam 5 minit sahaja untuk menunaikan solat sunat ini.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang tercatat dalam kitab An-Nurain, yang maksudnya,

"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan". Wallahhua'lam.

2. Surah Al-Waqi'ah -

Ambillah masa sebentar setiap hari selepas solat maghrib untuk membaca surah Al-Waqi'ah, kerana Allah akan membuka pintu rezeki jika kita mengamalkan serta istiqomah.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.

(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

3. Yakin Akan Rezeki Allah -

Keyakinan kita terhadap rezeki Allah juga elemen penting. Apabila kita yakin akan rezeki yang Allah, insyaa-Allah kita tak akan pernah rasa gelisah dan gundah akan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

Kredit cintaislam19.blogspot.com

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

KESIHATAN ITU KEKAYAAN yang tak ternilai harganya..

Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk dan pelbagai tawaran HEBAT menanti anda::

Email - pokoksena85@yahoo.com

SMS / Wassap - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09

Your Shaklee Independent Distributor (ID -854784)

Atau msg direct kat FB ye :: https://www.facebook.com/messages/JomSinggah09

Saturday, November 2, 2013

Kelebihan Sunat dhuha

Jom dhuha semua. Sesungguhnya banyak kelebihan dhuha ini. Jadikan salah satu amalan setiap hari ye.

Ramai diantara kita yang tentang solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha merupakan antara solat sunat yang banyak disebut tentang kelebihan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita sama-sama ketahui antara kelebihan solat sunat dhuha ini.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.

Allahu Akbar! Hebatkan solat sunat dhuha ini. Dengan hanya 2 rakaat, banyak kelebihan yang boleh kita dapat. Bukankah Allah itu Maha Pemurah?

Jom bentang sejadah, solat dhuha.

Kredit teamhijrah.my


Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir.

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::

http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot .com

Email - pokoksena85@yahoo.com SMS / Whatsapp - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

FanPage -

http://www.facebook.com/JomSinggah09

https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe

https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13

Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

Thursday, June 13, 2013

Tips Kerohanian :: Syukur penambah NIKMAT..sentiasalah bersyukur


Syukur penambah nikmat

"..Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7).

Terima Kasih! Ucapan paling mudah dan kerap kita lafazkan setiap hari apabila menerima pemberian daripada orang lain berupa hadiah, sedekah, perkhidmatan, pertolongan atau sekadar budi bahasa dan senyuman. Bayangkan sekiranya pemberian yang sekecil ini daripada hamba yang lemah seperti kita pun kita hargai, bagaimana pemberian yang lebih besar?

Udara yang kita hirup, air yang kita minum, makanan yang kita makan, adalah sebahagian kecil nikmat anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kita mungkin tidak menyedari segala pemberian ini kerana menikmatinya terlalu lama sejak dilahirkan sehingga kini.

Namun kita hanya merasai besarnya nikmat ini selepas kehilangannya. Justeru itu sudah sewajarnya kita yang menerima segala kemudahan yang tidak terbatas ini mengucapkan terima kasih kepada Allah s.w.t.

Saturday, April 13, 2013

Doa untuk dapat zuriat


 DOA UNTUK ZURIAT

Baiklah, doa untuk dapat zuriat yang dimaksudkan ialah doa Nabi Zakaria yang maksudnya;


"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."

(Surah Maryam ayat 4-5)

Thursday, December 20, 2012

15 Kebaikan Sujud Dalam Solat



Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. 


Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.


2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


3. Melegakan sakit hernia.



Wednesday, December 19, 2012

22 Tips Mengajar Anak... Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi




1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

Monday, December 17, 2012

10 Kelebihan Berzikir.. Semoga Memberi ketenangan kepada KITA..amin



Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, kita akan mendapat 10 kebaikan kesan dari berzikir. Antaranya ialah:

1. Dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan.
2. Orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
3. Dimurahkan ruang rezekinya
4. Membangkitkan aura sahsiah peribadi murni
5. Menghidup dan menjernihkan hati.
6. Mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah
7. Mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Berupaya membina fikiran yang positif dan dinamik
9. Bersedia untuk hidup penuh berani
10. Dapat menenggelamkan sifat munafiq

Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita.

Friday, December 7, 2012

8 TIPS RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI



Sharing dari http://mirlme.com
Semoga bermanfaat untuk semua ye..
8 Tips Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Saturday, September 29, 2012

AMAL JARIAH : Peluang Utk Bagi Sesiapa nak Bersedekah..Insyallah, Ganjaran Lebih Banyak Menanti Anda


(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Sifat-Sifat Isteri Yang Dijanjikan Syurga


Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara
diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, 
antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang 
makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah
menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:
Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika 
suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan 
ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.
(Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau
bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada 
baginda SAW dengan firman yang bermaksud:Jika sampai Nabi menceraikan kalian, 
mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik 
daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 
‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. 
(at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga
solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada
suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam 
syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”
(riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah 
adalah sebagai 
berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa
menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan
banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah
yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir
kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan 
membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada
Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya
dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga
yang hendak mendengar. Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang 
menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali 
kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan 
tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”.
 (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

Friday, September 28, 2012

Kelebihan Zakat

poster credit to : Master Iffah Anuar

Firman Allah:

"Bandingan (derma/infak) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 261).


Firman Allah:
"... dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung". (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 38)


Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Al-Quran Surah As-Saba 34 : Ayat 39).

Kalau rasa rezeki berat nak masuk.. apa kata amalkan sedekah... wakaf... zakat tu of courselah wajib ye tak.. cer buat lebih dari biasa.... MIRACLE HAPPEN.. percayalah..

poster credit to : Master Iffah Anuar





Amalan untuk pasangan yang ingin mendapat zuriat



Untuk pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat, disamping ikhtiar kita mengambil supplement utk kesihatan dalaman, sedikit amalan yang boleh diamalkan.

Ya Musowwiru – membawa maksud Yang Menciptakan Segala bentuk dan Rupa. Asmaul Husna ini amat berkhasiat bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Berikut adalah amalan yang perlu anda lakukan – Isteri hendaklah berpuasa 7 hari, mulai hari Ahad sehinggalah hari Sabtu. Setiap kali berbuka puasa, ambil segelas air masak, bacakan Ya Musowwiru sebanyak 21 kali, tiupkan ke dalam gelas tersebut. Air itu kemudian dimunum untuk berbuka puasa. Suami pula harus berpuasa 3 hari, dan setiap kali ingin bersetubuh dengan isteri, bacalah Ya Musowirru sebanyak 10 kali.

Usaha, Ikhtiar, Doa dan bertawakkal kepada Allah SWT...InsyaAllah .. DIA mengetahui apa yang TERBAIK untuk kita..

Credit to Iffah Anuar

KELEBIHAN SOLAT DHUHA


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Khasiat dan Fadilat

























Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Tuesday, September 4, 2012

Dilarang tidur meniarap



*Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, 

“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam, 



Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Sakit Menghapus Dosa




Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)




Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Monday, September 3, 2012

Cara Mendidik Anak Menurut Islam


Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"


JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE