Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Tips Banyakkan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips Banyakkan Susu Ibu. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Kaedah Penyusuan Ibu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah sekarang kebanyakkan ibu2 bekerja memang mengepam susu ibu dan memberikan yang terbaik untuk si manja. Rindu zaman2 mengepam kat tempat keje dan simpan stok EBM. Tapi sekarang banyang bagi direct je walaupun anak dara dah masuk 3tahun. Semua cara dah buat untuk 'ceraikan susu' tapi tak berhasil jugak.

Tapi pepagi nak share pasal keadah penyusuan ibu iaitu contoh posisi. pelekapan yang betul dan cara nak sendawakan si manja anda. Sekarang anak dara pantang nampak ibunya nak landing dan bersila, cepat2 menyelit je. Ish2, taktau nak wat macamana lagi. Kalau ada tips ibu2 boleh komen, mana tau ada yang belum dibuat lagi.

Kaedah Penyusuan Ibu
Kaedah Penyusuan Ibu
 Kaedah Penyusuan Ibu


Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:

Monday, July 15, 2013

Tips Penyusuan :: 10 Tips Menjayakan Penyusuan.

Just sharing untuk semua ye. Saya dah dalam proses nak cerai susu sebab anak dah berumor 2tahun4bulan. Tapi masih dalam proses slow-slow.

Apa2 pun , tips penyusuan untuk sharing sebagai ilmu untuk semua ye. Tak salah tambah ilmu penyusuan ni, memang berguna untuk jangka masa panjang.

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam.

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh.


Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

  3. Minum Banyak Air


Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu.

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

5. Berdisiplin.

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.

6. Tendum Pumping.

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.

7. Teknik Marmet.


Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.

8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama.

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam.


Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan.

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

Semoga tips ini bermanfaat untuk ibu yang sedang menyusu kat luar sana ye.

Kredit - myaishah.blogspot.com
mamafaiz.com

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.









Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI 

Thursday, June 20, 2013

Tips Penyusuan : 10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memberi Bayi Anda Susu Ibu



Alhamdulillah, makin lama makin ramai ibu2 sedar tentang kepentingan menyusukan si manja mereka dengan susu ibu. Walaupun ada yang persoalkan, kenapa nak susu bagi susu ibu, susu formula bukan mahal pun.. Abaikan sahaja sindiran mcm tu, yang penting kita tahu kelebihan susu ibu.
Invest untuk beli keperluan penyusuan hanya sekali je, pastu si manja anda akan mendapatkan khasiat yang berpanjangan.

Susu ibu sangat baik untuk bayi dan ia juga memberikan faedah buat ibu serta keluarga. Susu ibu merupakan makanan terbaik dan terunggul dicipta khas untuk bayi.

1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)

2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit perut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).

Friday, April 12, 2013

Tips untuk ibu menyusu:: Perbezaan menyusu tanpa shaklee dengan shaklee..





Perlukah ibu menyusu mengambil makanan tambahan, vitamin, milk booster atau mengamalkan pantang larang tertentu? 

Sebenarnya ibu menyusu bebas untuk makan apa sahaja yang kita suka janji makanan itu bersih dan halal. :) Senangkan. Tak ada apa yang berubah sejak sebelum bersalin atau semasa menyusu. Tiada makanan ibu menyusu khas untuk semua ibu. Ibu ibu baru tidak perlu risau dan takut jika tidak mengambil makanan ibu menyusu. Jangan risau susu mereka tidak ada dan tidak meriah seperti orang lain.. Ini kerana, susu ibu dihasilkan dari nutrien yang ibu makan terutama dari menu harian.. 

Jadi makanlah makanan dari pelbagai jenis zat tanpa meninggalkan makanan yang tinggi protein dan kalsium kerana ini komposisi utama susu ibu. Sama ada susu meriah, sedikit atau kering bergantung pada usaha ibu sendiri. Jika ibu kerap menyusu bayi secara terus atau mengepam secara teratur, insyaAllah, susu ibu sentiasa mencukupi untuk anak kita. 


Thursday, April 11, 2013

Tanggugjawab menyusukan anak dan hikmah susu ibu






Hikmah Menyusukan Anak

Rasullullah saw bersabda:

"Apabila seorang wanita menyusui anaknya, maka setiap teguk daripada susunya dia akan menerima pahala seakan-akan menghidupkan orang, dan apabila dia menyapih (memelihara) anaknya, maka para malaikat menepuk punggugnya dan berkata, 'Selamat semua dosamu yang lalu telah diampuni, sekarang mulailah lagi".

Wednesday, March 27, 2013

ESP owh ESP.. Hot produk SHaklee.. jom baca apa kelebihan ESP Shaklee nie

Gabungan terbaik esp untuk kesan yang terbaik
Gabungan terbaik ESP dan vitamin lain utk masalah kesihatan

Esp ni antara supplemen wajib kena ada kat rumah.. the best milk booster la nie.. nak gempak lg ambik Set Tripple M untuk ibu-ibu menyusu, hasilnya memang gempak la.. tapi kena apply konsep penyusuan la ye " supply & demand".. baru la bertambah-tambah double and triple dari sebelum nie.. insyaallah..

Tapi ESP nie memang banyak kelebihan nya.. nak kelebihan ESP, jom baca kelebihan ESP dulu la ye ::

Tips Penyusuan Susu Ibu : Kebaikan susu ibu kepada bayi




Bagi ibu2 yang memang full bf anak, bila anak dah besar tentu selalu tengok anak anda nak menyusu anak patung kan?? Gelak bila anak selalu buat macam tu, kekadang suh kita lak bagi susu kat patung tu.. Anak kita pun terikut dengan cara kita untuk memberi susu ibu..

Tidak diragui susu ibu mmg susu terbaik di dunia. Tak boleh dipersoalkan lagi kerana Allah sendiri menyuruh kita untuk menyusukan anak dan tertulis di dalam Al-Quran. Jadi selagi termampu, kita patut berusaha untuk memberi manfaat dan khasiat susu ibu untuk anak kita.

Antara khasiat dan kebaikkan susu ibu untuk bayi kita adalah:

1. Susu ibu baik untuk pertumbuhan otak bayi
-susu ibu mengandungi AA dan DHA. AA dan DHA ni sememangnya dapat merangsang otak bayi
-protin, laktosa dan lemak secukupnya wujud dalam susu ibu dan penting pertumbuhan otak bayi
-IQ bayi yang diberikan susu ibu lebih tinggi disebabkan nutrisi dari susu ibu tetapi harus disertai dengan rangsangan yang berterusan

Monday, March 25, 2013

Berpantang dengan Vitamin Shaklee : Tampil Sihat dan cergas..

Masih tercari set pantang yang sesuai.. jom tengok apa kelebihan vitamin shaklee yang dicadangkan untuk shaklee.. ingat dulu masa pantang, zaman tak kenal lagi shaklee, memang mak mertua suh makan jamu tapi macam tak serasi je sebab macam gatal2 sket.. pastu terus tak makan jamu..huhu.. kenal shaklee pun time breastfeeding anak, dan sampai sekarang guna dah 2 tahun 1bulan.. alhamdulillah rezeki anak.

Berbalik semula pada vitamin yang dicadangkan untuk pantang.. melaluk tadi kan..Antara vitamin yang dicadangkan adalan - vitalea, b com, c, zinc. Kalu ada budget lebih baik ambil ESP dan ostematrik terus .. memang best. Ramai yang jatuh cinta vitamin pantang shaklee nie.. Jom pantang secara sihat dan cergas ye..

Kenapa set berpantang shaklee sangat laris dan popular? kerana ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat berpuas hati dengan hasilnya. Luka cepat sembuh, tenaga cepat pulih, emosi lebih ceria, penyusuan lancar,berat pon in sha ALLAH cepat turun :).. Tadaaa.. nie pic vitamin yang dicadangkan untuk pantang ye
SET PANTANG SHAKLEE
Set berpantang ini mampu bertahan selama 4 bulan. Set ini bukan sahaja boleh di gunakan ketika pantang sahaja, lepas habis pantang pon boleh makan untuk kesihatan badan yg optimum. haaaa, kan bagus tuh :)

Apakah kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?

Thursday, March 21, 2013

Tips Penyusuan : Tips untuk ibu yang mengalami Inverted Nipple @ Puting Tenggelam



Inverted Nipple: Tips Penyusuan



Inverted nipple atau puting tenggelam adalah keadaan di mana puting seorang wanita masuk ke dalam (tenggelam) & bukannya berada di luar seperti puting wanita yang normal. Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi, inverted nipple akan menjadi satu masalah. Malah ramai ibu yang mengalami masalah ini memilih untuk tidak menyusukan anak secara direct, tetapi mengepam susu & memberikan kepada anak melalui botol. Sebenarnya, ibu berkenaan masih mempunyai peluang untuk menyusukan anak secara direct. Bagi yang ada keinginan untuk pum susu, itu dah kira baik.. jang cepat putus asa ye ibu. Disebabkan puting tenggelam, terus tak bagi susu ibu untuk si manja..semoga tips kat bawah ni bermanfaat dan membantu ibu-ibu ye..

 Berikut adalah beberapa kaedah yang dapat membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah inverted nipple, harap membantu untuk teruskan penyusuan ibu-ibu :

Lekapan yang betul
Ibu perlu ingat bahawa lekapan yang betul amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun. Semasa menyusukan, pastikan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) juga masuk ke dalam mulut bayi. Bukan puting sahaja. Oleh itu, setiap kali menyusukan cuba masukkan sebanyak mungkin areola ke dalam mulut bayi. Ya, ianya sesuatu yang bukan mudah tetapi lama-kelamaan bayi akan pandai menyusu.



Susu ibu sebagai satu pendidikan awal kanak-kanak


Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu-ibu hebat .. yang berjaya menyusu baby selama 2 tahun memang anda seorang ibu hebat.:-) . Sekarang ramai ibu-ibu yang berkerjaya berjaya menyusukan baby malahan berjaya simpan sampai penuh freezer.. Teruja kan?? Seronok bila tengok ibu-ibu yang bersemangat dalam menjayakan perjalanan penyusuan.
Moga kalian sekeluarga dirahmati Allah dan dipermudahkan segalanya dalam menjayakan penyusuan selama 2 tahun dan seterusnya

Tuesday, March 19, 2013

Kehamilan : Vitamin yang dicadangkan untuk Ibu hamil...

Ramai yang ternanti nak dapat zuriat bila mendirikan rumah tangga kan?? itu la tujuan utama sebuah perkahwinan sebab nak tambah keturunan. Mengandung adalah antara detik-detik indah, bayi tendang-tendang.. kalu yang aktif kat dalam womb tu, sian mummy tak dapat nak tidur kan.. Tapi bila teringat saat mengandung, memang indah.

Apa yang penting semasa hamil..salah satu yang penting nak kena jaga pemakanan. Betul tak? Apa yang ibu makan, itu la yang akan dibekalkan bayi dalam kandungan. Kalau ibu sihat, bayi dalam kandungan pun sihat.

Ni antara vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil - Vitalea, b com, vitamin C, Omega, ESP & Ostematrik (Harga runtuh untuk bulan March)

Jom baca yang menarik tentang setiap vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil:


Fungsi Vitamin 


1 ) OsteMatrix(calcium magnesium) 


-Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. 


- Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. 

-Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. 

-Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 

-Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. 

-Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

-Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. 

-Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Monday, March 18, 2013

Kenapa Ibu Menyusu Perlukan Vitamin?


Kenapa ibu menyusu perlukan vitamin?

Walaupun ramai ibu menyusu yang boleh menyusukan bayi dengan mudah dan dikurniakan susu melimpah luah, namun ramai lagi ibu yang tidak bernasib baik begitu. Perjalanan penyusuan susu ibu yang panjang, perlukan sokongan, ilmu dan kesihatan serta sokongan vitamin untuk melancar dan mempermudahkan perjalanan penyusuan susu ibu. Rajin menyusu atau mengepam adalah kunci utama untuk berjaya dalam penyusuan tetapi kesihatan yang terjejas akibat gaya hidup boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.

Bagaimana vitamin boleh membantu dalam penyusuan susu ibu?

Kesihatan ibu menyumbang besar pada kelancaran susu ibu. Susu ibu mungkin akan merudum atau terjejas ketika ibu demam, period, stress dan sebagainya. Sebagai ibu kita mesti berusaha sehabis baik memelihara kesihatan diri untuk memberi susu ibu sendiri, bukan cepat mengalah pada susu formula ketika mengalami situasi ini.

Vitamin dalam pemakanan harian membantu dalam mengatasi beberapa faktor susu ibu merudum. Makanan tambahan yang baik melengkapkan kekurangan dalam menu harian. Faktor seperti cepat marah, cepat letih, senang dapat sakit antara tanda tanda badan perlukan vitamin apa lagi untuk seorang ibu yang banyak kerja dan tanggungjawab. Fungsi vitamin amat luas dan banyak bonus lain yang akan diperolehi selain dari badan sihat dan susu melimpah luah.


Set Penyusuan


Friday, February 22, 2013

Selamat tak minum air putih dalam kuantiti yang banyak dalam masa pantang??


Ramai ibu-ibu kat luar sana yang bertanya tentang isu minum air putih dalam dalam kuantiti yang banyak, boleh ker? Kan kerap pergi tandas, gerun la takut jahitan terbuka.. Kalau yang ada pengalaman berpantang cara kampung, tentu kena catu air putih kan?? Huhuhu..Orang tua pesan jangan minum air banyak-banyak nanti kembang rahim. Bagi yang dah biasa dengan set bersalin shaklee, kita akan suggest ambik air putih dalam kuantiti yang banyak utk kesan maximun..

Jom baca sharing dr http://www.mysupervitamins.com/ semoga bermanfaat ye untuk ibu yang sedang berpantang.. jangan risau la, air putih takkan memudaratkan rahim sume tu..

Soalan yang sering diajukan?

Selamatkah nak minum air kosong 3 L ni masa pantang? Orang tua kan pesan jangan minum banyak nanti rahim kembang. Kalau minum banyak, buang air kecil banyak..luka jahitan macam mana? Lambat baikkah?


Jawapan:

Minum air kosong banyak adalah yang amalan sihat dan selamat, pada waktu biasa, hamil atau berpantang. Apa lagi kita akan menyusu bayi selepas itu. Tiada bukti menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.

Memang benar ibu akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan. 



Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah :


1. Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.

2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!

3. Membantu dalam proses nyahtoksin.

4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa “lapar”. Kerap kali “kelaparan” itu disebabkan oleh kurang “air dalam badan” dan bukan “kurang makanan”!)

5. Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)

Tuesday, January 22, 2013

Manfaat SUSU IBU :: Bayi lebih sihat dan cerdik

Susu ibu yang tiada nilainya terutama manfaatnya..


JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’.
Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.
Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan kepada bayi. Soal malu ditolak tepi.
Jika dulu, ibu yang baru melahirkan bayi hanya memberikan susu badan dalam tempoh berpantang dan berhenti apabila mula bekerja, kini, pemberian susu badan diteruskan kerana mereka mengepam susu di pejabat bagi memastikan stok susu mencukupi.

Buntu Pilih Set Bersalin? Pilihan ditangan Anda untuk memilih Set Bersalin terbaik




Selain menguruskan keperluan si manja, bakal-bakal ibu juga akan sibuk membuat survey mengenai 

set bersalin yang terbaik yang akan menjadi pilihan dihati.  Ada yang akan mula memasang angan-angan 
untuk kembali ramping dan langsing selepas bersalin kan? Jangan risau ramai ibu-ibu kat luar sana berjaya
kurus semasa pantang..

Tapi perlu di ingatkan, dewasa ini cara melahirkan bukanlah hanya secara kelahiran normal. 

Mungkin ada ibu yang terpaksa di bedah. Jadi, keperluan set bersalin dan proses berpantang juga 
amatlah berbeza dengan ibu yang melahirkan bayi secara normal.

Saturday, January 19, 2013

Set Bersalin : Tampil Sihat & Cergas dengan Set Bersalin Shaklee


Anda tengah hamil? Dah sampai tarikh jangka tapi masih tercari set bersalin yang sesuai untuk anda. Jika sebelum berpantang dengan set bersalin jamu, apa kata cuba Set Bersalin Shaklee  insyaallah.. ramai ibu-ibu yang berpuas hati dengan Set Bersalin Shaklee nie. Tampil sihat dan cergas selepas mengamalkan set bersalin shaklee. Insyaallah memang berbaloi untuk ibu-ibu mencuba Set Bersalin Shaklee nie plus boleh menambah susu badan jugak.



Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari terasa sangat lama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat memenatkan.


Friday, January 18, 2013

Khas untuk ibu hamil: Omega 3 DHA supplement penting untuk ibu hamil

Bagi ibu hamil, tentu inginkan yang terbaik untuk kandungannya. Antara supplement yang terbaik untuk kandungan adalah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 seperti DHA dan EPA.

Kenapa penting Omega 3 untuk ibu hamil?
Jom kita baca kelebihan Omega 3 untuk kandungan dan juga kepada ibu hamil.
Minyak Ikan yang kaya dengan Omega 3



Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Si Ibu

Menurut sumber yang saya petik dari laman web www.americanpregnancy.org, pengambilan asid lemak Omega-3 sewaktu mengandung dapat membawa kesan yang positif terhadap kehamilan antaranya dalam mengurangkan kebarangkalian untuk bersalin awal, mengurangkan risiko pre-eclampsia, meningkatkan berat lahir bayi serta membantu menstabilkan emosi dan meningkatkan kesihatan mental bagi mengurangkan risiko si ibu daripada mengalami masalah kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety) mahupun meroyan khususnya dalam tempoh berpantang. Itu kelebihan buat si ibu. 

Kelebihan kepada si bayi yang dikandung pula bagaimana?
Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Si Bayi

Lazim mengetahui asid lemak Omega-3 seperti DHA amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan otak, sistem saraf dan retina bayi yang dikandung. Keperluan DHA meningkat khususnya pada 3 bulan terakhir kandungan bagi membantu perkembangan perkembangan otak janin ketika di dalam kandungan.

Susu Ibu : Murah hati mendermaka susu badan

Thursday, January 17, 2013

Susu Ibu adalah yang terbaik untuk si manja anda

Memang tak boleh disangkal lagi tentang kelebihan susu ibu kepada si manja anda. Untuk 6 bulan kelahiran, baby hanya kenyang dengan susu ibu sahaja.. tak perlu diberi makan atau air masak semua tu.. 
Ditekankan sekali lagi 6 bulan pertama hanya SUSU IBU.


KELEBIHAN SUSU IBU....

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 

(Surah Luqman: ayat 14)

Ingin tahu Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak dengan susu ibu, KLIK SINI


Penuh deep freezer dengan Set penyusuan shaklee

Disebabkan kelebihan susu ibu ni, maka lebih ramai yang sedar tentang perlunya menyusukan anak dengan susu ibu. Saya bekerja, macamana nak menyusukan anak dengan susu ibu?? Itu bukan alasan untuk ibu mengelak dari memberi susu ibu kepada anak anda dan khasiat susu ibu ni tiada tolok tandingannya, malahan susu ibu adalah sebatian ajaib

Friday, January 4, 2013

Susu Makin meriah, Keputihan berkurangan@ hilang, Keintiman antara suami isteri makin "intim" la..Kulit pun makin cantik.. Nak tahu RAHSIAnya???

Salam & selamat tengahari semua.. ramai ibu yang tertanya produk untuk masalah keputihan..tambah susu ibu.. Antara vitamin yang famous untuk atasi masalah susu merudum, keputihan, plus nak kulit cantik pun boleh. Ibu-ibu kat sana mesti suka kalau sebut bab- bab kulit cantik nie..huhu


Bukan sahaja boleh tambah susu ibu untuk rezeki anak malahan banyak kelebihan lain lagi la.. kulit makin cantik, keputihan makin berkurangan.. Kombinasi yang hebat untuk masalah ibu-ibu adalah ESP  dan Alfafa. ESP ni merupakan protein soya yang terbaik as MILK BOOSTER, nie plus dengan Alfafa..kesannya lagi la marvelous..tak percaya?? Nanti kita tengok testimoni ibu-ibu lain yang telah berjaya dengan vitamin nie.

Selain membantu penghasilan susu ibu dengan cepat, Alfafa juga membantu dalam mengurangkan masalah keputihan, sembelit dan bertindak untuk detoks. Hasilnya?? Kulit semakin cantik kerana alfafa membantu membersihkan segala kotoran dari dalam terutamanya yang mempunyai masalah jerawat atau resdung yang teruk. Dan yang paling penting susu ibu makin meriah la ye tapi IBU KENA APPLY SYARAT KONSEP PENYUSUAN SUPPLY & DEMAND --->> LEBIH KERAP MENYUSU BAYI @ PUM SETIAP 2-3 JAM SEKALI

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE