Assalamu'alaikum
wrt,
Selamat
menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ibadat puasa kita tahun ini lebih baik
dari tahun-tahun lepas.
Program tilawah
Al-Quran, bacaan Al-Ikhlas dan zikir tahlil untuk Ramadhan tahun ini akan
dilaksanakan di Pondok Aur China (Pasir Mas, Kelantan). Program akan di pimpin
oleh Tok Guru Hj Abdul Rahman @ Abdul Rahim Omar (Baba Rahim) bersama pelajar-pelajar
pondok, seperti detail berikut:-
Tempat: Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh: 2 - 27 Ramadhan 1433H (22 Julai – 27 Ogos 2011)
Masa: (1) 8:15
pagi - 11:15 pagi
(2) 2:15 ptg - 4:15
ptg
Untuk tujuan
ini, kepada muslimin dan muslimat yang ingin mengambil bahagian dan peluang untuk
berbakti kepada arwah ahli keluarga yang telah tiada (terutamanya ibu dan ayah
yang telah meninggal dunia) dengan menghadiahkan pahala tilawah al-Quran (20
kali khatam), surah al-Ikhlas (lebih 70,000 kali) dan zikir tahlil (lebih
70,000 kali), bolehlah membuat pendaftaran melalui borang yang dilampirkan.
Sumbangan boleh dimasukkan melalui:-
1. Akaun Pondok
Akaun Bank Rakyat:
22-088-107928-3
Nama Akaun: Pembinaan Masjid Pondok Aur China
Atau
2. Akaun Tok Guru Abdul
Rahim (Baba Rahim)
Akaun Bank Islam:
0302 7020 3961 03
Nama Akaun: Abdul Rahman Bin Omar
Nota:-
- RM20 bagi
setiap seorang arwah
- pendaftaran
seberapa ramai arwah diterima
- sumbangan tuan/puan akan disalurkan untuk majlis
berbuka puasa di pondok,
pengurusan
& kebajikan pondok, pembiayaan pelajar miskin & anak yatim dan
kos
pengurusan bagi menjayakan program ini.
Sebarang
pertayaan sila hubungi Ustaz Mohamed Khairudi Mohamed Alwi (013-6393219) atau
Yusoff Talib (013-3684294).