Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

20 Info Menarik tentang Bayi

Tips menarik untul dikongsi dengan mak ayah kat luar sana. Semoga bermanfaat ye.



1. Bayi yang baru lahir mengenali ibunya melalui suara yang didengarnya saat dilahirkan, sekitar 14 hari kemudian baru belajar mengenali suara ayahnya.

2. Bayi yang baru lahir selalu dilahirkan dengan mata biru, tapi warna ini boleh berubah dalam beberapa minit setelah kelahiran.

3. Wajah bayi berubah sangat cepat, biasanya wajah bayi akan terlihat sangat berbeza dalam beberapa hari.

4. Bayi laki-laki mahupun perempuan lahir dengan sedikit payudara yang membengkak. Ini dikerana bayi menerima asupan hormon perempuan dari plasenta sebelum kelahiran.

5. Bayi hingga usia 6-7 bulan boleh bernafas dan menelan pada waktu yang bersamaan, sedangkan orang dewasa tidak boleh.

6. Bayi tidak memiliki tenaga kerana kelenjar tenaga belum berkembang secara sempurna.

7. Sidik jari baru akan terbentuk saat bayi berusia 3 bulan.

8. Bayi yang baru lahir hanya terfokus pada objek yang berjarak 25 cm dari hidungnya, diperkirakan itu adalah jarak dari payudara ibunya ke mata si bayi.

9. Bayi sering terlihat sedang tersenyum saat kelahiran, tapi proses kelahiran merosakkan suasana hatinya sehingga bayi jarang sekali tersenyum selama sekitar 1 bulan setelah kelahiran.

10. Tak peduli tanggal berapa bayi tersebut lahir, tapi di tanggal yang sama dia akan berbagi ulang tahun dengan sekitar 9 juta orang lain di seluruh dunia.

11. Saat kelahiran otak bayi terdiri lebih dari 10 juta sel saraf.

12. Rata-rata bayi tidak akan mengeluarkan air mata saat menangis hingga berusia 3-6 minggu.

13. Tangan kanan atau kiri yang akan dominan digunakan oleh bayi sudah ditentukan sejak usia kehamilan 10 minggu di dalam rahim.

14. Berat kepala bayi yang baru lahir sebesar seperempat dari total berat tubuhnya.

15. Bayi yang baru lahir tidak akan memiliki tempurung lutut, bayi akan mengembangkannya pada usia antara enam bulan sampai satu tahun.

16. Bayi memiliki indra penciuman yang sangat kuat, sehingga bayi mudah mengenali ibunya melalui penciuman sendiri.

17. Satu dari sepuluh bayi yang lahir memiliki setidaknya satu tanda lahir.

18. Bayi bernafas lebih cepat dari orang dewasa yaitu sekitar 30-50 kali dalam 1 minit, sedangkan orang dewasa sekitar 15-20 kali dalam satu menit.

19. Bayi sering merasa gugup atau takut pada jenis makanan baru. Untuk mengatasinya cubalah bermain-main sedikit dengan makanan tersebut atau meletakkan sedikit makanan pada jari telunjuknya.

20. Jantung janin mulai berdetak 3 minggu setelah pembentukan.

Kredit unik2you.blogspot.com

Tips kesihatan dan kecantikan www.jomsinggah.com

Hepi shopping www.kedaiserbanekakelantan.blogspot.com

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

KESIHATAN ITU KEKAYAAN yang tak ternilai harganya..

Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk dan pelbagai tawaran HEBAT menanti anda::

Email - pokoksena85@yahoo.com

SMS / Wassap - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09

Your Shaklee Independent Distributor (ID -854784)

Atau msg direct kat FB ye :: https://www.facebook.com/messages/JomSinggah09

Wednesday, July 10, 2013

Tips Menjadi Ibu Bapa Cemerlang




1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

Friday, June 14, 2013

6 Perkara yang membuatkan anak anda rasa disayangi



Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

Saturday, April 27, 2013

11 SIFAT IBU BAPA CEMERLANG


Tips utk ibu bapa cemerlang, semoga bermanfaat ye..



1-Membersihkan hati dan perasaan

2-Membina kebahagiaan secara proaktif

3-Mendidik diri sendiri


Saturday, March 30, 2013

Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda


Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda

    Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnyaperkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sememangnya memenuhi tuntutan agama itu pada usia muda memberi banyak manfaat terutama untuk menghalalkan hubungan daripada terjebak dengan budaya couple yang boleh mengundang maksiat.
Dengan restu dan sokongan ibu bapa, niat baik mereka dipermudahkan walaupun berdepan pelbagai cabaran. Pelajar terpaksa membuat persiapan saat akhir kerana perlu menduduki peperiksaan dan bersengkang mata membuat kerja sampingan bagi memastikan bajet mencukupi.
Tahun 2012, Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana yang hangat diperkatakan di facebook, twitter,youtube dan blog.
Perkahwinan Pasangan Muda Syafiq Dan Yana
Masyarakat ada yang sokong dan ada juga yang memberi komen negatif mengenai perkahwinan pasangan muda ini.
Tapi bagi penulis, tahniah kepada pasangan muda ini kerana telah ada hubungan yang sah,dapat menjauhi maksiat dan zina apabila sudah berkahwin.
    “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwin muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Monday, March 25, 2013

Tips mengambil hati pasangan


Pasangan Suami Isteri Bahagia
Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami
  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Friday, March 22, 2013

Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak



Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.


1 Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

2 Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

Tuesday, March 19, 2013

AMALAN 5M UNTUK GAYA HIDUP MODEN BERKELUARGA

Amalan 5M untuk gaya hidup moden berkeluarga




1. Mengajak

Suami harus menjadi pembuka aktiviti dengan mengajak anak dan isteri bersama-sama melakukan kerja domestik mengikut pembahagian tugas berdasarkan jantina. Anak perempuan boleh diajak ke dapur bagi membantu ibu memasak atau melipat baju. Anak lelaki boleh melakukan tugas bersama bapa seperti membasuh kereta, membersihkan halaman atau mengutip sampah.

2. Mendorong

Sambil melakukan kerja sertakan bersama kisah masyarakat yang boleh menjadi pendorong kepada anak-anak, misalnya tujuan membasuh pinggan sendiri atau mengemas tempat tidur. Cerita ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.

Saturday, December 22, 2012

Imbas Kembali Zaman Pantang.. Apa cerita anda??

Pagi2 rasa nak share pasal resipi time berpantang..(15 Resipi untuk orang berpantang---> KLIK SINI)
bagi yang pernah melahirkan anak pasti akan merasa saat pantang selama 44 hari kan?? Huhuh.. Apa perasaan korang time pantang, duk terperuk kat rumah je.. tambah-tambah duk rumah mak yang memang mengamalkan pantang larang orang lama.. pantang habis la katakan.. Tapi bila imbas semula zaman pantang, memang seronok sebab time tu je nak cuti lama..ada yang bercuti sampai 3 bulan.. (gomen je la)..swasta pun boleh tapi unpaid leave la sebulan..hohoh

Mengimbau masa lalu memang seronok.. teringat zaman pantang 2 tahun lepas..anak baru sorang je tp tiba2 teringatkan.. sebab teringat kat arwah abah jugak sebenarnya.. Masa itu arwah memang dah sakit 4 tahun, terlantar kat atas katil je.. ALLAH je yang tahu penderitaan nya.. kesian aku tengok ma yang tak tidur malam berjaga arwah masa tu.. semua keperluan aku pun kadang-kadang dijaga juga, tapi kalu aku mampu buat, buat sendiri je..takda lah nak menyusah ma yang memang penat menjaga arwah masa itu.. tapi time tu je buloh duk kat kampung selama 2 bulan..

Inilah arwah abah..Mohd Nazir Zakaria.
Semoga beliau ditempatkan bersama golongan yang beramal SOLEH..AMIN..

Kalau time pantang, nak habis 44 hari tu rasa macam setahun kan.. betapa lama dan seksanya nak berpantang.. makan dan minum limited sket la.. tapi bila dah nak habis, hoooreyy nak habis pantang.. sebab dah tak payah makan nasi kosong dengan ikan bakar je la.. kadang2 dapat kan wat sup sayur yang tak bertumis & nak sedap tambah lada hitam -- lagipun lada hitam ni elok untuk dalam kita..

Monday, December 17, 2012

Jalan - jalan ZOO NEGARA


Nie la aktiviti hujung mgu lepas, tak sempat nk update maklumlah duk lepak kat kampung, internet limited sket.. jom layan, biar gambar yang menceritakan segalanye.. huhuh.. 

Nak tahu rahsia tak, nie la 1st time sampai ZOO NEGARA..huhu, apa lah rakyat Malaysia nie.. bila dah ada anak baru ada keinginan nak gi jalan-jalan tempat macam nie..sabor je


Posing dari hada sambil pegang payung..sampai dalam kul 10pg..memang agak panas gak kat ZOO NEGARA tu..

Tuesday, November 27, 2012

Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia



Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Kekadang-kadang benda itu simple sahaja tetapi kita perlu ingat untuk menjaga kehormanian rumahtangga  yang dibina selama ini
1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.

Saturday, October 13, 2012

Hilangnya kasih seorang ABAH


ALLAHYARHAM MOHD NAZIR BIN ZAKARIA
(01.09.1951 - 13.10.2011)

Harini genap la setahun arwah abah meningalkan kami sekeluarga. YA ALLAH tempatkan arwah abah dikalangan orang yang beramal soleh..AMIN..

Sayu & sedih menyelubungi harini, hanya doa saja yang mengiringi setiap kali lepas solat.. Semoga segala amalan anak2 arwah Mohd Nazir Zakaria sampai disana.. Segalan nya aku mohon dari mu, pada Mu jua la kami beserah segala hidup mati kami..

Telah ditakdirkan arwah abah pergi dahulu setelah 4 tahun menderita sakit yang tidak tahu punca, hanya ALLAH sahaja yang tahu menderita arwah.. Semoga arwah tenang di sana..AMIN

Kami yang masih hidup perlu diteruskan hidup, bagi yang masih mempunyai ibu bapa berbakti kepada mereke selagi mereka masih hidup, bila ibu bapa dah pergi meninggalkan kita, kita tak boleh nak buat apa dah.. 



10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa




SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

·         1. Memberi bantuan keewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

·         2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


Saturday, September 15, 2012

Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman (Khas untuk suami isteri saje)



Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
1.     Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.

2.    Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.

3.    Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.


Friday, September 14, 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah





1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

Thursday, September 13, 2012

10 cara untuk membahagiakan ibu bapa






SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

  • 1. Memberi bantuan kewangan
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
  • 2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

18 Petua Mengasihi Teman Hidup Anda




1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.


2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan  gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.


3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (I LOVE U 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.


Monday, September 3, 2012

Cara Mendidik Anak Menurut Islam


Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"


Saturday, July 7, 2012

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Kekeluargaan


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. 

Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.


2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
 

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
 


JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE