Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Kepentingan Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Vitamin C. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Vitamin C untuk kecantikan dan kesihatan..


Vitamin C, vitamin paling popular dan hot dari vitamin lain. Sebab ramai yang repack dan rebrand vitamin c shaklee nie. Hebatkan penangan pengemar setia vitamin c. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalammerawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen,struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesandengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal.Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasitekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C bolehmelindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantupenghasilan dopamine dalam sistem sarafserta membantu fungsi adrenal dalammeningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi bolehmengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.

15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebasyang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.Vitamin C mengurangkan kesan sun burndisebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulituntuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline danhydroxylysine, 2 elemen untuk mengikatmolekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagenmelembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untukmenggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.19. Memperbaiki tekstur kulit.Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin Cmemperbaiki rupa dan tekstur kulit.Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

.20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut. Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikalbebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia danmasalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.sumber: 

http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/

Kredit tipsihatselalu.blogspot.com

Vitamin C Shaklee Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Jadi pengemar setia natural supplemen sangat2 digalakkan untuk mengambil air masak dalam kuantiti yang banyak ye.

Sunday, June 1, 2014

Vitamin C untuk kulit putih dan gebu..

Assalamulaikum dan selamat pagi semua. Sejak konsisten amalkan Vitamin C ramai lak yang tegur kulit makin putih.. Suka sangat la bila dipujikan. C untuk cantik. Semua orang nak cantikkan tak kira perempuan atau lelaki,

Antara supplemen yang terbaik untuk masalah kulit dan nak cerahkan kulit boleh cuba Sustained Release Vitamin C. Memang superhot Vitamin C shaklee untuk kecantikan kulit.

 
MANFAAT UTAMA :

Vitamin C Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Wednesday, November 13, 2013

Deman Vitamin C 500mg dah kembali

Lama betul tak post pasal vitamin kesukaan ramai iaitu vitamin c500mg. Batch pertama haritu tak sempat nak borong tapi kali ini stok dah kembali. Tak sabar nak dapat stok vitamin c. Tak sabar nak makan vitamin c. Nak cantik... teruja betulkan. Tapi itulah kenyataannya. Suka sangat vitamin c sebabnya elok kulit, jerawat, cepatkan pemulihan luka, bentukan kolagen (cantik juga), cepat sembuhkan selsema, resdung waktu pagi dan pelbagai kelebihan lain la ye. Memang best sangat vitamin c 500mg (sustained release lak tu, xda terbeban badan sekali terima 500mg)

Apapun pagi nak share pasal vitamin C 500mg..

MANFAAT UTAMA :

Membentuk Kolagen

- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki Simptom Pendarahan

-Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun

- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser

- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit

- Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia

- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat

- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Antara simptom kekurangan Vitamin C adalah :

-Mudah tertekan / Stress

- sering letih dan lemah

-Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar Luka yang lambat sembuh

-Mudah selsema / bersin Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)

-Mudah dapat ulser

-Mudah demam / antibodi tak kuat

-Gusi berdarah

- Salur darah mengecil

-Sakit sendi

-Tanda lebam pada badan weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)

- Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.

- Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

- Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.

- Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)

- Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah

- Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Siapa perlukan vitamin C?

- perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan,

- org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan,

- org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit,

- semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.

Antara pengalaman saya dan rakan-rakan dengan Vitamin C sustained release 500mg (Testimonial)

Pengalaman diri sendiri

Biasa kalau pagi2 mesti selalu bersin (resdung), hidung pun biasa ala selsema juga la kan. Tapi dengan mengamalkan vitamin c secara berterusan, simpton tu semua dah takda lagi. Walaupun dekat setahun shaklee takda stok, simpton mmg tak kembali. Tu yang teruja sangat nak telan vitamin c. Penangan nak kulit cantik juga.. sebab jerawat2 cepat kecut.

Beeha :

Resdung dan alahan saya Alhamdulillah dapat di control dengan sangat baik, selsema, demam yang semakin berkurangan yang menunjukan peningkatan yang bagus utk antibodi saya lebih2 lagi saya ade asthma, resdung dan mengambil pil perancang keluarga.

pengalaman siti sharina

: Masa baby saya (2 bulan) dapat jangkitan demam campak besar. Sehari saya makan 2 biji (masa tu rasa nak makan 10 biji jerr so that demam dia cepat baik) alhamdullilah demam cepat surut infact dia tak high fever pun. Bekas campak cepat kering dan parut yang lubang2 tu pun Nampak dah beransur hilang.. dan satu lagi bila anak nak pergi cucuk 1st thing mama telan vitamin C 2 bij dulu.

pengalaman Noor syuhada :

Masalah utama sejak dari kecil ialah penghadaman tak lancer, gusi berdarah setiap kali gosok gigi, sekarang dah takda lagi. Bila breastfeeding anak, dan anak terkena selesema, dengan pengambilan vitamin c, selesema anak sangat cepat kering dah pulih.

AMARAN!

- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c!

- Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin c

- Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin c yang banyak

- Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit

TAHUKAH ANDA?

- haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusi tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu utk kita mengambil vitamin c setiap hari kerana vitamin c tidak memberi kesan toksik.

- Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. tetapi kandungan vitamin c tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

kesimpulannya, pilihan saya tentulah Sustained Release Vita C 500mg dari Shaklee..it's 100% safe, natural and works wonderful to everyone..insyaAllah.. :)

Kredit beeandyou.blogspot.com

Wednesday, March 20, 2013

Shaklee MAHAL?? X lah.. JOm kita buat kira-kira


SHAKLEE MAHAL KE??Ada yang teragak-agak nak beli Vitamin Shaklee.. Kononnya mahal sangat.
Betul ke mahal sangat tu?? Bagi saya, x la... MURAH sebenarnya.  Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang harga.

Energizing Soy Protein (ESP)

1 tin ESP tahan 2 bulan (average).. Biasa 2-3 bulan
kalau diminum 3x sehari.. 2 bulan = 180 kali minum.
(1 sudu sekali bancuh)
Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average)
Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya
Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan.
Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?
Rendah gula? Non GMO?


Tuesday, March 19, 2013

Kehamilan : Vitamin yang dicadangkan untuk Ibu hamil...

Ramai yang ternanti nak dapat zuriat bila mendirikan rumah tangga kan?? itu la tujuan utama sebuah perkahwinan sebab nak tambah keturunan. Mengandung adalah antara detik-detik indah, bayi tendang-tendang.. kalu yang aktif kat dalam womb tu, sian mummy tak dapat nak tidur kan.. Tapi bila teringat saat mengandung, memang indah.

Apa yang penting semasa hamil..salah satu yang penting nak kena jaga pemakanan. Betul tak? Apa yang ibu makan, itu la yang akan dibekalkan bayi dalam kandungan. Kalau ibu sihat, bayi dalam kandungan pun sihat.

Ni antara vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil - Vitalea, b com, vitamin C, Omega, ESP & Ostematrik (Harga runtuh untuk bulan March)

Jom baca yang menarik tentang setiap vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil:


Fungsi Vitamin 


1 ) OsteMatrix(calcium magnesium) 


-Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. 


- Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. 

-Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. 

-Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 

-Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. 

-Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

-Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. 

-Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Tuesday, December 25, 2012

Peranan Suplement untuk Kulit Cantik Berseri




Supplement memainkan peranan untuk kulit cantik, antara supplement untuk kulit cantik adalah protein, vitamin A, B, C dan E. 

Jom baca selanjut kenapa perlunya setiap supplement untuk kulit cantik berseri






PERANAN SUPPLEMEN KEPEDA KECANTIKAN KULIT

- Pemakanana yang baik adalah musatahak untuk menghasilkan kulita yang sihat & awet muda

- Ianya adalah sel “ Bahan Mentah” yang mengandungi zat

Vitamin A – Keperluan Asas Kulit

-  Perlu utk kulit cantik & rambut yang sihat

- Jika kekurangan Vitamin A akan menyebabkan kesan yang tidak baik pada kulit
o   Kulit akan cepat mengecut dan kering dari keadaan cuaca atau factor umur
o   Kulit muka akan ditumbuhi jerawat dan terjadi whiteheads dan blackhead jika liang roma tersumbat
o   Kulit dibahagian siku , lutut & punggung menjadi kasar, kering dan warna kulit akan kehitaman

-  5000mg (3bj) vitamin A sehari cukup untuk membantu kulit agar segar & sihat

Protein – Ketegangan KULIT

- Protein adalah elastic fiber yang boleh member ketegangan kepada kulit

- Diperlukan bagi membina sel-sel dalam badan untuk menegangkan kulit
o   Wanita /lelaki yang kehilangan berat badan, kulit akan mengecut dan mengelebeh


Wednesday, November 28, 2012

Vitamin Untuk Kulit Cantik Berseri – gabungan A B C D E K



Kulit cantik, mulus, gebu & berseri -seri memang menjadi  idaman semua orang terutama wanita. Siapa taknak kulit mulus macam kulit bayi kan, kalau yang ada suami..suami pun suka sentuh kulit lembut macam gitu. Tak gitu ke Encik Suami?? Yang belum kawen, jangan cuba-cuba nak sentuh kulit girlfrens ye.. Tak hairanlah pasaran untuk produk penjagaan kulit amat luas, dari penjagaan dalaman (makan) hinggalah kepada yang luaran (sapu).
Macam2 produk dan revolusi produk kecantikan dari dulu sampai sekarang. Termasuklah produk2 yang mendatangkan mudarat… banyak kali kita dengar wanita2 yang teruja nak cantik, tiba2 menjadi semakin ‘hodoh’ akibat pemakaian produk2 yang bukan je tak sesuai, tapi bahaya! Berhati-hati dengan setiap produk yang anda guna..
Hati2 bila pilih produk kecantikan, banyak yang menggunakan bahan kimia yang beri kesan cepat.. tapi kesan sampingan yang banyak…
Jom kita ketahui apa sebenarnya ‘makanan’ untuk kulit kita, dan apakah yang betul2 sihat untuk kulit?
Itulah gabungan adik-beradik A, B, E, D, E & K!

Thursday, November 22, 2012

Peranan VITAMIN untuk Kulit Cantik Berseri..




Siapa yang taknak cantik, bukan? Semua orang nak kelihatan cantik. Salah satu faktor yang menampakkan kecantikan seseorang ialah dari kulitnya yang gebu, mulus, licin.. Kulit yang kusam, kerepot.. pastinya akan nampak tak berseri walaupun seseorang tu memiliki paras yang menarik.
Untuk menjaga kulit, dari segi luaran tu kita boleh bersihkan, guna pencuci muka, masker dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan menyerikan kulit dari dalam? Kata orang seri dari dalam lebih berkekalan…kalau cantik luar dan dalam lagi la bagus kan..
American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Monday, November 19, 2012

Shaklee MAHAL ker???? JOM wat kira2 dulu, baru tahu vitamin shaklee nie mahal ke tak?? Sebenar tak pun..




SHAKLEE MAHAL KE??Ada yang teragak-agak nak beli Vitamin Shaklee.. Kononnya mahal sangat.
Betul ke mahal sangat tu?? Bagi saya, x la... MURAH sebenarnya.  Kalau tak percaya, jom kita sama-sama kira. Terutamanya bagi anda yang sangat concern tentang harga.

Energizing Soy Protein (ESP)

1 tin ESP tahan 2 bulan (average).. Biasa 2-3 bulan
kalau diminum 3x sehari.. 2 bulan = 180 kali minum.
(1 sudu sekali bancuh)
Harga untuk 1 bulan RM75* sahaja (average)
Harga sekali minum = RM0.83 sahaja

Bandingan air kotak soya
Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 3x minum setiap hari selama 1 bulan = RM135

Anda jimat RM60 setiap bulan.
Cuba bandingkan khasiatnya pula.. yang mana lebih baik untuk kesihatan?
Rendah gula? Non GMO?


Monday, October 15, 2012

NEW SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS, NOW WITH CITRUS BIOFLAVANOIDS! PROVIDE 525.35MG VITAMIN C!




Apa Citrus Bioflavanoid ni? 

Buah-buahan sitrus seperti lemon, limau, grapefruits, oren dan tangerin mengandungi banyak nutrien lain yang meningkatkan kesan vitamin C serta antioksida. 

Nutrien yg paling bermanfaat dalam buah-buahan sitrus ini adalah kumpulan flavonoid bioaktif yang juga dikenali sebagai vitamin P. Ia termasuk diosmetin, diosmin, hesperidin, narirutin, neohesperidin, nobiletin, quercetin, rutin dan flavone tangeritin.

Ia adalah penting untuk penyerapan Vitamin C dan kajian telah menunjukkan bahawa ia meningkatkan dan memanjangkan tindakan vitamin C.

Sunday, October 7, 2012

Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat – Vitamin C!


Umum mengetahui vitamin C bagus untuk kulit, namun adakah anda tahu vitamin C memainkan peranan dalam menurunkan berat badan? Sharing dr Mommy Lyna
Vitamin C adalah vitamin larut air yang mudah rosak. Malah, proses memerah limau untuk dijadikan jus dan memasak sayur mengurangkan vitamin C sehingga 100%!
Jadi, apakah kaitan vitamin C dengan berat badan?
Kekurangan vitamin C menurunkan keupayaan tubuh untuk men-sintesis L-cartinine, yakni sejenis asid amino yang diperlukan oleh mitokondria untuk membakar asid lemak.

Wednesday, October 3, 2012

Resdung - Atasi dengan suplemen tambahan





Jika anda mengalami masalah-masalah seperti dibawah, berkemungkinan besar anda adalah penghidap resdung
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


dan..pelbagai faktor boleh menjadi punca berlakunya resdung. antaranya:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Resdung?? Ketahu punca resdung dan cara untuk mengatasi

kredit pic - Mr Google

Vitamin C dan Resdung
Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.
Dengan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten, ia mampu merawat penyakit resdung yang kronik tanpa perlu membuat rawatan resdung. Hanya perlu mengambil 1 kapsul sehari sudah mampu merawat masalah resdung yang anda hidapi, di awal pengambilan disarankan mengambil 2 kapsul sehari iaitu pada waktu pagi dan malam, setelah sebulan pengambilan Vitamin C, anda boleh mengurangkan pengambilan dari 2 kapsul kepada 1 kapsul setiap hari.


Monday, October 1, 2012

GA dari JOM SINGGAH dengan rasmi telah tamat semalam ye



Alhamdullillah, dengan rasminya GA dari JOM singgah telah tamat ye untuk bulan SEPTEMBER ni.. kalau ada reziki, GA akan dianjur utk setiap bulan..Insyaallah.. Rezeki untuk dikongsikan dengan orang ramai..

Walaupun tak ramai penyertaan nya, tapi xper la, atleast anda berpeluang untuk mendapat hadiah percuma.. hadiahnya adalah sebotol VITAMIN C ..dan ada saguhati ye..bagi yang nak cantik, ada masalah resdung, deman, selsema, gusi berdarah, ibu mengandung, menyusu & pelbagai la..sila dapatkan VITAMIN C anda ye..

Nie adalah antara peserta nya



  1. Latifah Nazri -- http://www.facebook.com/latifah.nazri
  2. Nor Asiah Ismail -- http://www.facebook.com/norasiah.ismail.94
  3. Cat Buu--> http://www.facebook.com/boo.buu.735
  4. Cat Buu--> http://www.facebook.com/boo.buu.735
  5. Nor Aida Amira -- http://www.facebook.com/mieszeyeda
  6. Tang Tang -- http://www.facebook.com/christ.kelly.3
  7. Loalo Bay -- http://www.facebook.com/loalobay
  8. Karen --> http://www.facebook.com/karen.nisa.96
  9. Karen --> http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2012/09/4th-jom-singgah-anniversary-giveaway.html
9 penyertaan sahaja, terima kasih kerana menyertainya.. kalau ada rezeki lebih, insyallah bagi semua je..lain sila join lagi ye..

Sambil-sambil jom la baca kelebihan Vitamin C nie, 


Friday, September 14, 2012

Produk TERLARIS DIPASARAN - Sustained Release Vita-C™ 500 mg



Jom kita baca apa kelebihan vitamin C nie..



TERLARIS DIPASARAN - Sustained Release Vita-C™ 500 mg

√ Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam
√ Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. 
√ Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. 
√ Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. 
√ Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, August 17, 2012

Info Vitamin C..


Tahukah Anda??
Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, serti arnab mampu menghasilkan 18000mg Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang secara berterusab dr tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap
 hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksid.

Kajian Dr James Scala telah menunjukkan adalah selamat untuk mengambil 5000mg hingga 10000mg Vitamin C setiap hari. Dr Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18,000mg sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun

Vitamin C yang memadai dr buah??

Setaiap hidangan buah2an membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah2an akan menghasilkan Vitamin yang lengkap dalam masa 10 Hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian buah yang tidak ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah pada kepanansan.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Cantik Dengan Vitamin C ..Kenapa Vitamin C??




TAHUKAH ANDA??
------------------

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah.
Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah..


KEBAIKAN VITAMIN C YANG PILIH
--------------------------
-----------
-Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh.
-Ia adalah vitamin serap air maka ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi.
-Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan mudah rosak.
-Ditambah badan akan mula kekeringan disebabkan cuaca yang panas tadi. Ini boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit.

Monday, August 13, 2012

Kenapa Vitamin C Shaklee perlu dipatah dua jika demam dan selsema?




Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg


Perasankah anda di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained released? bagi mereka yang membeli fullpack bleh g tgk botol vitamin c anda sekarang.. Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Namun apabila kita demam atau selsema, saya akan advise amik sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam.. Selain itu, saya akan advise agar vitamin C itu dipatah dua sebelum ditelan..


Saturday, August 4, 2012

Kelebihan Sustained Release Vitamin C Shaklee


Sustained Release Vitamin C Shaklee


Sustained Release Vitamin C Shaklee

Sustained release adalah teknologi yang sangat2 membantu Vitamin C untuk kekal lama di dalam badan. Setiap sejam, hanya 100mg vitamin C dilepaskan di dalam badan, jadi, ia akan bertahan selama 5jam di dalam badan. Mengapa perlu teknologi ini? Kerana vitamin C bersifat larut air dan mudah termusnah oleh suhu yang tinggi, stress dan sebagainya.
Satu tablet Vitamin C ini mengandungi 500mg, bersamaan dengan memakan 7.5 buah oren! Bolehkah kita makan sebanyak itu utnuk mendapatkan dis yang diperlukan badan setiap hari? Fikir-fikirkan :D

Vitamin C Antioksida Terbaik!

  1. Membantu meningkatkan sistem keimunan badan
  2. Membina kolagen untuk kulit yang sihat dan berseri
  3. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am badan yang lain
  4. Menbantu dalam proses penyembuhan luka dan juga kudis
  5. Antioksida yang bertindak melindungi sel dari serangan radikal-radikal bebas yang lain
  6. Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

Wednesday, July 25, 2012

Bahaya Vitamin C Sintetik – Merosakkan DNA

 Tahukah anda pengambilan vitamin C sintetatik boleh meyebabkan kerosakan pada DNA kita.
vitamin c sintetik










Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).

Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?
Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.

Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja.
Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE