Biasanya
soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan,
terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar
pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi
memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan
vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah
menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K)
: Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.
Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium)
: Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum
tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita
tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.