Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Membeli Sambil Beramal. Show all posts
Showing posts with label Membeli Sambil Beramal. Show all posts

Friday, July 12, 2013

Ramadhan : Kelebihan Bersahur

Alhamdullillah, dah 3 hari kita berpuasa ye. Bagi yang biasa bersahur, alhamdullillah memang bagus la ye, sebab ada juga yang jenis tak suka bersahurkan?? Betul tak??. Saya pun baru lepas bersahur je, alhamdulillah kenyang, mula menu dengan minuman ESP, Mealshake dan PD untuk tenaga yang sepanjang berpuasa plus sekarang kan sangat panas untuk elak terhidrat. Sebenar nak cerita tentang kelebihan bersahur.




Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.
Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Wednesday, March 6, 2013

Sumbangan untuk keluarga polis yang terkorban di Sabah




Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan tabung kebajikan kepada keluarga anggota polis yang terkorban atau cedera dalam serangan penceroboh bersenjata di Sabah.

Dalam satu kenyataan, tabung itu diwujudkan selepas menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada balu dan anak mangsa yang terkorban dan cedera.

"PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban," kata kenyataan itu.

Kenyataan yang disiarkan laman sosial facebook PDRM menyebut, segala bentuk bantuan boleh disalurkan kepada Tabung Kebajikan PDRM melalui akaun Maybank bernombor 564100004646.

Manakala sumbangan cek dan slip bank boleh dihantar terus kepada Pegawai kebajikan Pasukan Bukit Aman di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur.

Alamat emel ialah kebajikan_ba@rmp.gov.my atau nombor faks 03-26912501. Sementara sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.

Friday, November 30, 2012

Hulur Tangan Ringankan Beban ..Insyaallah

Pelbagai usaha yang dilakukan untuk mengumpul dana untuk memberi sumbangan kepada GAZA..
























Bagi yang ingin menderma, boleh berbuat demikian ke akaun AMAN PALESTIN BERHAD

Derma ke

Bank Islam:12029010047880

Maybank:562263010787

CIMB Islamic:12150001242107

Bank Muamalat:12070005133717

RHB Islamic Bank:21245760004907

Bank Rakyat: 220806195922

Tel:+60389267019

JOM SINGGAH pun mengambil bahagian ye.. setiap 10% dari sale JOM SINGGAH akan disalurkan ker AMAN PALESTIN BERHAD..insyaallah usaha murni kita akan diberkati dan mendapat keredhaan dr NYA..








Monday, November 26, 2012

Segmen : Gila-Gila Follow by Liyana Jasmin


SEGMEN GILA-GILA FOLLOW! 


Satu lagi segmen untuk disertai hari ini, dari Liyana Jasmi. Pada yang berminat untuk menyertai, hit banner di atas ya. 

So far FOLLOWER pun tak ramai kan.. ==>> 344

TAG --
http://kedaiserbanekakelantan.blogspot.com/


Thursday, November 15, 2012

Kelebihan Awal Muharam & Amalan-amalan yang dilakukan sempena Awal Muharam

 Kredit pic - tanco.com & http://nj-behindtheveil.blogspot.com
 
Sumber: http://ceria.my/proquransunnah


Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;


1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.


Monday, November 5, 2012

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah



Di kisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Friday, November 2, 2012

Kelebihan Bersedekah : Sucikan Harta, Sucikan Hati..







Allah Ta’ala berfirman: "Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allahsebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267) 

Nabi saw. bersabda, “Tidaklah berkurang harta yang disedekahkan.” (HR Muslim)

Allah Ta’ala berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261) 

Saturday, October 20, 2012

KELEBIHAN BERSEDEKAH DALAM MELAKUKAN JUALAN


sharing info ni dr blog tips jualan -->> http://tipsjualan.blogspot.com/
Semoga bermanfaat dalam menjalankan bisnes dengan lebih berkat..insyaallah

Baru-baru ini saya telah menerima hasrat seseorang yang di kenali sebagai Alief, memohon kepada saya agar dapat membahaskan serba sedikit tentang konsep sedekah dalam perniagaan.

Terima kasih kepada saudara Alief yang bertanya di mana saya amat menghargainya, di harapkan agar maklum balas saya ini telah memenuhi apa yang saudara kehendaki dan mahukan. Terima kasih sekali lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah SWT berfirman bermaksud "Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendaki Nya dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Baqarah Ayat 261).

Janji Allah SWT kepada sesiapapun juga yang sanggup melakukan sedekah sama ada mengeluarkan sebahagian atau kesemua dari hartanya melakukan pemberian kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya. Bagi kita yang melakukan jualan dan menceburi bidang perniagaan ini lah asasnya kepada tugasan kehidupan kita. Dalam pencarian mendapat dan mencari keuntungan yang di kehendaki sebanyak yang termampu amalan memberi sedekah dan membantu kepada orang yang memerlukan sebagai satu kebajikan dan amalan membantu orang lain akan dapat membantu menaikkan lagi keuntungan perniagaan dan tugasan jualan yang dilakukan. 

Apa yang perlu dilakukan adalah

i.                    Berniat dengan betul dan telus

Apa yang hendak kita lakukan mesti di mulakan dengan niat. Tanpa niat sememangnya apa yang kita lakukan tidak akan ada apa-apa pun yang boleh kita dapati. Selain dari niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza  antara adat dan ibadat. Nabi Muhammad SAW telah bersabda mafhumnya "Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi dian setiap orang apa yang dia niat"   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan seperti bersedekah kepada sesiapapun yang memerlukannya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya "Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya" (Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi')Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. 

Sunday, October 7, 2012

GIVEAWAY :: Topup Percuma dari JOM SINGGAH




Nak topup percuma?? Kalu nak sila2 la join GA dr JOM SINGGAH nie ye.
Nak share rezeki dengan sume orang yang berminat..





Syarat utk join sgt simple ::-

  1. Terbuka bagi sesiapa yang ada FB & Blog dengan tajuk " GA: Topup Percuma dari JOM SINGGAH"
  2. SILA 'LIKE' fanpage JOM SINGGAH & TOPUP MURAH 
  3. Pastu sila follow blog JOM SINGGAH , TOPUP BIZ & GAYA HIDUP SIHAT
  4. Penyertaan tak terhad kepada 1 penyertaan sahaja , melalui share info di fb atau blog.
  5. Sila PM di FB :  http://www.facebook.com/pokoksena85 atau email pokoksena85@yahoo.com
  6. Pemilihan penerima hadiah adalah melalui cabutan bertuah
  7. Bagi yang nak join, sila tinggalkan link GA ti kotak komen dibawah ye..

Saturday, September 29, 2012

AMAL JARIAH : Peluang Utk Bagi Sesiapa nak Bersedekah..Insyallah, Ganjaran Lebih Banyak Menanti Anda


(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Friday, September 28, 2012

Kelebihan Zakat

poster credit to : Master Iffah Anuar

Firman Allah:

"Bandingan (derma/infak) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 261).


Firman Allah:
"... dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung". (Al-Quran Surah An-Nur 24 : Ayat 38)


Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Al-Quran Surah As-Saba 34 : Ayat 39).

Kalau rasa rezeki berat nak masuk.. apa kata amalkan sedekah... wakaf... zakat tu of courselah wajib ye tak.. cer buat lebih dari biasa.... MIRACLE HAPPEN.. percayalah..

poster credit to : Master Iffah Anuar





KELEBIHAN SOLAT DHUHA


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Khasiat dan Fadilat

























Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Thursday, September 27, 2012

AMAL JARIAH :: Mohon SUMBANGAN bagi pihak Pusat Pendidikan An-Nuur


Saya menyeru kepada dermawan-dermawan di seluruh Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya, untuk sama-sama menyumbang kepada Pusat Pendidikan islam An-Nuur. Bagi menampung kos penyelengaraan sekolah tersebut. Gaji tenaga pengajar mereka hampir dua bulan tidak dapat dibagi. Dan terbaru, pihak sekolah Cuma mampu menyediakan nasi goreng untuk pelajar-pelajar mereka.
Pihak sekolah menghadapi kesukaran dari sudut kewangan. Tonggakan yuran bulanan pelajar yang ditidak dijelaskan hampir mencecah RM40 ribu .
Dua hari lepas saya secara peribadi telah bertemu dengan Bendahari Pusat Pendidikan An-Nuur, dan bertanyakan hal ini. Menurut beliau,
Bendahari Ustaz Ramdhi : “Benar pihak sekolah terpaksa menghantar pulang lebih kurang 30 orang pelajar untuk mereka mengambil duit dari Penjaga mereka bagi menyelesaikan tonggakan yuran bulanan mereka. Dan apabila pulang semula kesekolah kebanyakan daripada mereka masih tidak dapat membayar yuran tersebut. Sebenarnya, situasi pelajar mempunyai tonggakan yuran ini biasa terjadi tetapi tidaklah segenting ini.”

Saturday, September 1, 2012

Setiap Klik Anda Amat Bermakna utk org yang memerlukan..



Anda tak mampu membantu dari sudut kewangan? Ini ada cara yang lebih mudah, di bawah terdapat banner yang anda perlu klik, kerana setiap klik dari anda mampu menyumbang sesuatu kepada tabung ini. Tak susah kan? Sambil menggunakan internet sambil beramal.Anda ada facebook, twitter dan g+ , jangan lupa untuk menyebarkan tentang tabung ini, setiap klik dari anda dan kawan anda sangat membantu. Semoga sedikit bantuan dari semua pihak dapat meringankan beban bro Jai dan juga keluarganya.Jasa kalian didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 Banner

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Tuesday, July 31, 2012

Senarai rumah anak yatim di Malaysia


Bagi mencari untuk memberi sumbangan, bawah ni ada list rumah2 anak yatim diseluruh Malaysia.
Semoga bermanfaat untuk semua. Semoga amal jariah kita akan diterima oleh ALLAH..amin

Rumah Anak Yatim Negeri Sabah -> Rumah anak yatim Sabah

 Rumah Anak Yatim Tambunan 
 Rumah AnakYatim Al-Aman Beaufort 
 Rumah Putera Harapan Ranau Ranau Sabah  

Rumah Anak Yatim Negeri Sarawak -> Rumah anak yatim Sarawak 

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak, PetraJaya 

Rumah Anak Yatim Pulau Pinang -> Rumah anak yatim Pulau Pinang 

 Rumah Anak Kesayangan Taman Desa Ria, Pulau Pinang  
 Persatuan Kebajikan Anak Yatim pulau pinang, Wisma Yatim 
 Rumah kanak-kanak Taman Bakti Kepala Batas 
 Rumah Jagaan Permata Kasih Permatang Pauh 
 Rumah Sinaran Kasih Sungai Dua 

Rumah Anak Yatim Negeri Sembilan -> Rumah anak yatim Negeri Sembilan 

 Rumah Anak yatim Ulu Gadong 
 Rumah Anak Yatim Darul Aminan 
 Badan Amal Negeri Sembilan 

Rumah Anak Yatim Kuala Lumpur -> Rumah anak yatim Kuala Lumpur 

 Pusat Perlindungan Pernim -rumah anak yatim aids Kg Cheras Baru 
 Rumah Anak Yatim Asdaf 
 ASDAF Perkim Website | Sukarelawan ASDAF Bukit Persekutuan 
 Rumah Anak Yatim TTDI Taman Tun Dr Ismail 
 Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah Jalan Ipoh 
 Rumah Anak-Anak Yatim Shifa Setapak 
 Rumah kanak-kanak Nur Salam Chow Kit 
 Rumah Titian Kaseh Taman Titiwangsa 
 Rumah Anak Yatim Bakawali Keramat 
 Rumah Anak Yatim Baitul Ummah Asrama Baitul Ummah Taman Setapak Indah  
 Rumah anak yatim kampung medan 
 Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana, AmpangRumah Amal Limpahan Kasih (main page) 

Thursday, July 19, 2012

Bantu Anak Kecil Setakat Mampu!


Sebarang sumbangan elok didahulukan dengan pertanyaan kepada pihak terbabit.

Bapa - KLIK SINI 

19.07.2012 - KLIK SINI

 18.07.2012 - KLIK SINI

10.07.2012 - KLIK SINI

Tuesday, July 3, 2012

Pondok Aur China: Majlis Tilawah Al-Quran, Bacaan Surah Al-Ikhlas Dan Zikir Tahlil

Assalamu'alaikum wrt,

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga ibadat puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas.

Program tilawah Al-Quran, bacaan Al-Ikhlas dan zikir tahlil untuk Ramadhan tahun ini akan dilaksanakan di Pondok Aur China (Pasir Mas, Kelantan). Program akan di pimpin oleh Tok Guru Hj Abdul Rahman @ Abdul Rahim Omar (Baba Rahim) bersama pelajar-pelajar pondok, seperti detail berikut:-

Tempat:  Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan
Tarikh:   2 - 27 Ramadhan 1433H (22 Julai – 27  Ogos 2011)
Masa:     (1)  8:15 pagi - 11:15 pagi
           (2)  2:15 ptg - 4:15 ptg

Untuk tujuan ini, kepada muslimin dan muslimat yang ingin mengambil bahagian dan peluang untuk berbakti kepada arwah ahli keluarga yang telah tiada (terutamanya ibu dan ayah yang telah meninggal dunia) dengan menghadiahkan pahala tilawah al-Quran (20 kali khatam), surah al-Ikhlas (lebih 70,000 kali) dan zikir tahlil (lebih 70,000 kali), bolehlah membuat pendaftaran melalui borang yang dilampirkan. Sumbangan boleh dimasukkan melalui:-

1.   Akaun Pondok
Akaun Bank Rakyat:  22-088-107928-3
Nama Akaun: Pembinaan Masjid Pondok Aur China
Atau
2.  Akaun Tok Guru Abdul Rahim (Baba Rahim)
Akaun Bank Islam:  0302 7020 3961 03
Nama Akaun: Abdul Rahman Bin Omar

 Nota:-
- RM20 bagi setiap seorang arwah
- pendaftaran seberapa ramai arwah diterima
- sila emailkan senarai nama arwah kepada yusoff.talib@gmail.com
- sumbangan tuan/puan akan disalurkan untuk majlis berbuka puasa di pondok,   
  pengurusan & kebajikan pondok, pembiayaan pelajar miskin & anak yatim dan
  kos pengurusan bagi menjayakan program ini.

Sebarang pertayaan sila hubungi Ustaz Mohamed Khairudi Mohamed Alwi (013-6393219) atau Yusoff Talib (013-3684294).

Team SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata Kembali Lagi Untuk 2012.. JOM!! TOLONG KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA

PENGENALAN

SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.

Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BARU untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.
Program ini adalah aktiviti kebajikan dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan. Team ini bermula pada tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki tahun ke tiga (2012).


Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

TUJUAN DAN MATLAMAT

Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan daripada sasaran yang akan diputuskan nanti.

Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama beramal jariah menjelang Ramadan dan Aidilfitri akan datang bagi membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat sepersalinan baju raya (BARU) menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE