Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Showing posts with label Acid Folic. Show all posts
Showing posts with label Acid Folic. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Apa kaitan Asid Folic dengan Kesuburan..


Pernah dengar pasal asid folik? Ia mungkin tidak asing lagi untuk bakal ibu kerana doktor sering kali menasihatkan bakal ibu untuk mengambil asid folik semasa hamil kerana kebaikkannya. Asid folik yang diambil semasa mengandung dipercayai boleh mengurangkan risiko bayi dari kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect.

Tahukah anda asid folik juga digalakkan diambil sebelum ibu mengandung lagi? Terutama jika pasangan sudah merancang menimang cahaya mata. Kebaikkan asid folik dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan. Kesuburan? Bagaimana?



Asid Folik dan Kesuburan

Asid folik berguna untuk kaum Adam. Jadi bakal bapa juga patut mengamalkannya. Bagaimana asid folik boleh membantu? Folik asid dipercayai dapat membantu merawat kesuburan pada lelaki. Ia akanmengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Jika tidak, kesuburan mungkin terjejas. Sperma yang mengalami kecacatan kromoson apabila disenyawakan dengan ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.  

Wednesday, August 29, 2012

Kepentingan Memakan Vitamin Semasa Mengandung.. Berikan yang terbaik utk kandungan anda




Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.

Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.

Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Wednesday, May 30, 2012

Kepentingan Acid Folic utk ibu hamil..

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).


Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis

Thursday, March 15, 2012

Mengapa asid folik diperlukan?? Penting ke mengambil asid folik semasa hamil??

 



 

Penting ke wanita hamil mengambil asid folik? Malah wanita yang ingin membuat persediaan untuk hamil pun sangat-sangat digalakkan untuk mengambil asid folik. Penting sangat ke? Betul ke kemungkinan bayi cacat dapat dicegah dengan pengambilan asid folik?

Jom baca tentang asid folik dan kepentingannya. Saya petik di sini

Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. 


JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE