Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Monday, November 12, 2012

Tips Kumpul Stok Susu Banyak Dalam Pantang




Kepada semua ibu yang berkerjaya dan berhasrat menyusukan anak sepenuhnya, anda perlu membuat persediaan ketika dalam tempoh kehamilan lagi.  seterusnya memulakan misi mengumpul stok susu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaiknya 2 minggu selepas kelahiran anda boleh mula mengumpul stok susu. Untuk lebih jelas lagi saya sertakan beberapa tips yang anda boleh jadikan panduan macamna nak kumpul stok susu yang banyak semasa dalam pantang..Diharap ianya dapat membantu ibu-ibu sekalian ya..


Saturday, November 10, 2012

10 Tips Mendidik Anak Soleh Dan Solehah

anak soleh, child development, tip anak soleh dan solehan, child, kanak-kanak, kedai barangan bayi secara online, online baby shop, petua, tips














1.Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain – yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

Thursday, November 8, 2012

GIVEAWAY utk October telah pun tamat tapi tak menyempat nak update je..



Alhamdullillah, "GIVEAWAY :: Topup Percuma dari JOM SINGGAH" telah pun tamat sebenar nya tapi tak sempat nk update apa2..huhu

Walaupun tak ramai yang JOIN tapi masih ada yang berminat gak sebenarnya, kira suka-suka je, aman tahu dapat free TOPUP dari JOM SINGGAH..betol tak???

Kalau ikutkan hati je nak bg sume yang JOIN GIVEAWAY nie free topup, cuma besar kecil amount TOPUP tu je yang membezakan..


Keputihan?? Ketahui Punca dan cara-cara mengatasinya..


Punca Masalah Keputihan

Keputihan adalah lelehan lendir yang keluar dari kemaluan wanita. masalah keputihan yang normal adalah berwarna jernih atau putih kelabu dan selagi warnanya kekal ini bermakna tiada jangkitan yang berlaku kepada 'miss V'.

Jika keputihan bertukar menjadi kental, berbau, mengalami radang dan gatal di bahagian 'miss V', ini menunjukkan bahawa terdapat jangkitan yang telah berlaku.


Punca kepada masalah keputihan adalah:

Perubahan hormon
kitaran haid dipengaruhi oleh hormon, ketika ovulasi keputihan akan menjadi lebih cair dan semakin kental bila hampir period.

18Sx : Jangan Abaikan tanggungjawab anda sebagai isteri.. Jom raikan CINTA setiap hari..


18SX: Cara Menambah Keintiman Suami Isteri

Sila pastikan anda telah berkahwin sebelum membaca lebih lanjut... klu yang tak kahwin pun boleh membacanya terutamannya bakal RAJA sehari ye.. info ni pun share dr blog http://welovesusuibu.blogspot.com semoga bermanfaat ye..

Masih teringat di awal perkahwinan? Manis bukan?

Rasanya tidak mahu berenggang, berkepit saje ke mana-mana. Ingin mengembalikan kenangan manis itu? Ada jalannya, bak kata lagu Sheila Majid 

"Perempuan kalau sayangkan suaminya
Pandang sini hai tirulah seperti saya
Jaga bentuk, jaga kulit dan jaga muka
Senyum sayang kau berikan dia"

Ada caranya untuk menambahkan keintiman suami isteri. Antaranya, isteri perlu nampak menarik di mata suami. Bukan sekadar cantik-cantik di luaran, yang lebih penting cantik 'dalaman'. Ibu saya pernah cakap, jika kita tiada masalah 'diatas katil', insyallah masalah lain dapat di atasi. Jadi tawanlah suami masing-masing.

Wednesday, November 7, 2012

Makan Untuk Meningkatkan Metabolisma?



Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan, jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.
Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.

Kenikmatan di Sebalik Kesakitan



Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.
Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE