Tips untuk ibu yang bakal menimang cahaya mata.
TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN
1. Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
Anda mungkin terasa:
- Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
- Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
- Sakit perut & memulas
- Kerap buang air besar
- Kerap terkentut
2. Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
3. Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
4. Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
5. Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
6. Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.
kredit - http://www.facebook.com/vitaminasli
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu