Mengapa belakang badan saya sakit selepas bersalin?
Sakit belakang selepas bersalin ini disebabkan oleh beberapa faktor. Semasa mengandung, rahim yang membesar menyebabkan otot-otot abdominal anda lemah dan mengubah posisi badan, mengakibatkan tekanan kepada belakang badan anda. Ini akan berterusan sehingga otot-otot perut kuat semula
Sakit belakang selepas bersalin boleh juga disebabkan oleh kesan proses bersalin yang lama. Semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda yang biasanya tidak digunakan dan anda akan rasa kesan ini untuk beberapa ketika.
Ramai ibu muda membuatkan sakit belakang semakin teruk menyusu bayi. Ini berlaku kerana anda terlalu fokus memastikan bayi menyusu dengan betul yang akhirnya menyebabkan anda terlebih membongkok ketika duduk, menegangkan leher dan otot-otot bahagian atas belakang anda ketika anda memandang ke bawah.
Kepenatan adan dan tekanan akibat penjagaan bayi anda 24/7 membuatkan sukar untuk pulih dari kesakitan belakang selepas bersalin termasuk sakit belakang. Dan biasanya ibu yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa mengandung akan lebih berisiko untuk mengalami ketika selepas bersalin.
Berapa lamakah ianya akan berakhir?
Adalah biasa mengalami sakit belakang selepas bersalin in untuk beberapa bulan pertama selepas bersalin. Berapa lama kesan ini akan hilang bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah masalah sakit belakang, terlebih berat badan dan berapa cepat anda mula bersenam untuk menguatkan otot-otot abdominal anda.
sumber:http://mamadamia.com/blog/
http://www.facebook.com/zawani.zulkipli
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu