Rambut adalah mahkota para wanita. Ini juga berlaku bagi para wanita yang memakai tudung dalam hariannya. Rambut yang tidak sihat, seperti lepek, gugur, berketombe, berminyak atau bahkan kering kerap kali membuat wanita berhijab jengkel. Bagi anda para Hijabers, apakah juga mengalami seperti ini??
Jangan bimbang jika anda para Hijabers mempunyai masalah rambut yang seperti itu, kerana sharing di sini akan memberikan beberapa cara untuk anda agar rambut kekal sihat bila mengenakan tudung.
Nak tahu caranya? Ini saya sharing di sini tips untuk mendapatkan rambut sihat menawan walaupun anda seorang yang bertudung.. Semoga bermanfaat untuk semua ye..:
1. Syampu dan Perapi
Cuci rambut anda sekurang-kurangnya seminggu 3 kali untuk menjaga rambut tetap bersih, harum, terawat. Pakailah syampu dan perapi ketika anda keramas. Perhatikan juga bahawa pemakaian syampu dan perapi harus disesuaikan dengan jenis kulit kepala dan rambut anda yaa.
2. Biarkan rambut kering secara semulajadi
Setelah keramas, sebaiknya mengeringkan rambut secara semulajadi sahaja. Resapkan rambut anda yang masih basah dengan tuala, secara lembut. Jangan menggosok-gosokkan rambut anda secara keras di tuala, hal ini malah akan membuat rambut menjadi rapuh. Elakkan menggunakan alat pengering rambut (hair dryer) atau mencatoknya kerana boleh membuat rambut kering bila perawatannya tidak rutin. Bila menunggu rambut kering secara semulajadi dirasa terlalu lama, maka boleh juga menggunakan kipas angin.
3. Gunakan sikat dengan hujung berbentuk bulat dengan gigi jarang
Tujuan menggunakan sikat yang hujungnya berbentuk bulat dengan gigi yang jarang adalah agar senantiasa kulit kepala berasa lembut ketika disisir (tidak sakit) dan gigi jarang ini membuat rambut agar tidak tertarik-tarik oleh sisir (mengelakkan gugur saat disisir), sehingga rambut mudah rapi. Sikatlah dari pangkal rambut hingga hujung rambut dan pastikan rambut sudah kering dan tidak kusut sebelum mengenakan tudung.
4. Pakai serum rambut
Setelah rambut disisir rapi, anda perlu memakai serum rambut. Tujuannya adalah agar rambut tidak mudah rontok dan rapuh. Perlu diperhatikan, sebaiknya tidak mengikat rambut terlalu kencang bila akan mengenakan tudung. Bila diikat terlalu kuat, maka rambut akan mudah rosak dan kulit kepala anda menjadi sakit.
5. Melakukan creambath atau masker rambut
Walaupun memakai tudung, jangan lupa untuk tetap merawat rambut ke salon untuk melakukan creambath atau masker rambut. Lakukan ini sekurang-kurangnya satu bulan sekali agar rambut anda tetap sihat dan berkilau. Apabila merasa malas dan tidak ada masa untuk pergi ke salon, anda boleh lakukan rawatan rambut (creambath) di rumah. Anda boleh membeli krim creambath di supermarket atau menggunakan bahan-bahan semula jadi dengan meraciknya sendiri pun juga sangat baik dilakukan untuk rambut anda.
Walaupun memakai tudung, anda harus tetap merawat rambut. Sehinga rambut anda terhindar dari bau peluh, kusam, gugur, berketombe, lepek dan lain sebagainya. Dengan rambut indah terawat dan harum, kecantikan dari dalam pun akan terpancar dari penampilan luar hijab anda.
krdit- http://oxaoxa.wordpress.com/
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu