Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Friday, March 1, 2013

Kita kehilangan kalsium setiap hari.. Jom start ambik Kalsim..bermula dengan hari ini



Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

hmetro.com.my

MENJAGA kesihatan badan dengan bersenam setiap hari dan menjaga diet pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat adalah perkara yang perlu diamalkan.

Namun, ramai antara kita yang mengabaikan penjagaan kesihatan tulang. Ini kerana masyarakat kita bertanggapan bahawa kesihatan tulang hanya perlu dijaga apabila berada pada peringkat usia tertentu saja.


Apabila menyentuh soal kesihatan tubuh, faktor utama yang membuatkan seseorang ingin melakukan perubahan gaya hidup adalah bertujuan mengelak masalah kanser atau penyakit jantung.

Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang yang baik untuk mengelakkan masalah kerapuhan tulang tidak begitu mendapat perhatian.

Kesedaran mengenai pentingnya kesihatan tulang perlu dipupuk kerana tulang adalah daya sokongan utama tubuh kita yang membolehkan kita melakukan aktiviti harian.

Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkat�kan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah.

Sekiranya seseorang individu mengalami masalah ini, dia mungkin akan kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan mudah dan melakukan aktiviti yang digemari.

Ini boleh mengakibatkan diri terasing dan juga kemurungan kerana kurang berinteraksi dengan masyarakat. Tetapi bagaimana untuk menjaga kesihatan tulang?

Kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an dan jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan.

Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang sejak awal lagi adalah penting, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Rawatan tulang yang retak mampu menelan belanja yang cukup tinggi.

Tulang adalah tisu hidup terdiri daripada sel hidup dan mineral seperti kalsium, berserta saluran darah dan saraf. Tulang akan terurai dan membentuk semula melalui proses semula jadi yang dikenali sebagai 
“pembinaan semula tulang” yang berlaku sepanjang hayat.

Oleh itu, tulang memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi dari lingkungan usia kanak-kanak sehingga usia yang lanjut untuk mengekalkan kekuatan tulang bagi menampung kepelbagaian aktiviti harian.

Tambahan pula, kita me�ngalami kehilangan kalsium setiap hari melalui proses perpeluhan, rambut, perkumuhan, kulit dan kuku.

Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian.

Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang.

Dengan memastikan pe�ngambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu.

Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi.

Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Bagaimanapun, diet harian yang biasa saja mungkin tidak mencukupi. Cara yang paling mudah dan cepat untuk memastikan keperluan kalsium dipenuhi setiap hari adalah dengan meminum dua gelas susu berkalsium tinggi setiap hari.

Menurut Mazlina Mahmor, 41, dia banyak mengambil susu dalam diet hariannya bagi memastikan bekalan kalsium untuk kesihatan tulang sentiasa berada pada tahap optimum.

Katanya, dia juga cuba mengamalkan pemakanan yang seimbang berpandukan piramid makanan sebaik yang mungkin.

“Aktiviti senaman ringkas turut diamalkan bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal.

“Memiliki badan dan tulang yang sihat mampu memberikan lebih keceriaan dalam hidup dan ia memberikan lebih banyak kelebihan terutama dalam melakukan aktiviti harian,” katanya.

Oleh itu, pengambilan kalsium perlu menepati cadangan hidangan harian.

Sumber - hmetro.com.my

 Jom baca info pasal kalsium shaklee disini



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   


No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE