Tips kesihatan rambut
Rambut dan wanita memang sukar dipisahkan. Sebab itu jugalah ramai yang menyatakan rambut itu umpama mahkota bagi seorang wanita. Ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit dan masa semata-mata untuk membelai dan memanjakan rambut mereka.
Jika kita seorang wanita adakah kita sanggup membiarkan rambut rosak dan tidak terurus? Pasti kita akan beras amat kecewa jika ia benar-benar terjadi bukan? Rambut amat penting bagi seseorang wanita kerana ia mampu mempengaruhi penampilan seseorang.
Menurut Olivia Lee, Pengurus Produk kecantikan L’oreal Paris, setiap individu mempunyai rambut yang berlainan jenis. Antaranya, rambut kering, berminyak, kusut dan mengerbang. Setiap wanita haruslah mengenali jenis rambut yang mereka miliki.
Secara asasnya, untuk mendapatkan rambut sihat seperti yang kebanyakan wanita idamkan, pengambilan makanan tambahan adalah amat disarankan oleh kebanyakkan pakar. Dengan kata lain,rambut juga memerlukan makanan untuk tumbuh dengan sihat. Untuk mendapatkan rambut sihat ia memerlukan: