Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Tuesday, May 22, 2012

Petua banyakkan susu badan , hilangkan parut dan kempiskan perut

Baru baca majalah mingguan wanita, jadi saya kongsikan info yang ada. Ada yang saya dah amalkan sendiri juga.

credit

Untuk banyakkan susu ibu, apa yang boleh saya syorkan adalah

1. Kerapkan penyusuan. Jika anda bekerja. Rutin mengepam perlulah konsisten setiap 3jam atau 4 jam. Setiap sesi mengambil masa 15-30minit sehingga payudara anda kosong. Ini bagi menghantar signal pada otak banyak mana stok susu yang anda perlukan.

Jika hasilnya tidak memberangkan, anda perlukan meneruskan atau melamakan proses mengepam, bagi menghantar signal bahawa kuantiti tidak mencukupi. Walaupun hasilnya kini hanya setitik dua, dengan kerajinan dan signal yang berterusan, lama kelamaan hasilnya akan nampak perubahan.

2. Disebabkan air susu terbentuk dari nutrient yang kita makan, jadi kita perlu amalkan makanan yang tinggi sumber protein, kalsium dan seimbang. Janganlah minum minuman yang terlampau manis seperti air buah dalam tin terlampau banyak keranan dikhuatiri walaupun hasil susuan bertambah, kelak kita pula dapat penyakit kencing manis.


Antara petua pemakanan yang boleh membantu adalah:

-Ambil 2-3 potong lobak putih dan kukus. Makan dengan nasi panas dan lada hitam.
-Kurma kerana tinggi protein dan memberi tenanga
-Vitamin dan herba penggalak susu
-Minum air dengan banyak kerana susu ibu sendiri terdiri dari air. Selain itu, badan ibu sendiri perlukan air yang banyak untuk gantikan air yang keluar dan proses normal badan.
-Minuman yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu pula adalah kopi, teh, nescafe dan minuman berkarbonat/gas.

Alfalfa pnggalak susu (gambar Ehsan MySuperVitamin)


3. Berzikir ya Maatin, dekatkan diri dengan pencipta dan sentiasa yakin dengan pertolongan yang bakal diberikan. Semasa mengepam, sentiasa positif dan bayangkan saat gembira dan wajah anak. Ini akan memberi ketenangan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Semoga, ibu di luar sana Berjaya!

Petua nak hilangkan parut pula. Ini belum try. Kalau berjaya,fuh seronok ni.

1. Ambil beberapa biji asam jawa, goreng tanpa minyak selama 5 mnit.
Goreskan biji tadi dipermukaan yang kasar untuk mengeluarkan serbuknya.
Titiskan air ke serbuk dan gosok dibahagian parut. Lakukan berulang kali sehingga parut tidak kelihatan.

2. Antara kaedah lain bagi orang yang kurang masa, makan sumber atau supplement vitamin E dan protein. Vitamin E bertindak mengurangkan kesan parut dan protein membantu badan membina sel baru yang cantik. Selain itu, dari segi luaran boleh sapu dengan gel aloe vera, krim vitamin e atau losyen cocoa butter.


Protein untuk kulit yang cantik

Vitamin E untuk menghilangkan parut



Kempiskan perut selepas bersalin

1. Ambil 2-3 biji limau nipis. Perah jus dam campur dengan satu sudu the kapur. Kacau dan sapukan pasa perut.
2. Kalau yang nak pakai barut, boleh litit barut sekali. Kalau yang tak pakai barut pun boleh sapu macam tu sahaja.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE