Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Saturday, May 19, 2012

9 Tips Motivasi Penyusuan Susuibu



Bagi seorang individu itu berjaya dalam apa yang diusahakan beliau perlukan motivasi. Apa dia motivasi itu? Ia hakikatnya adalah sesuatu yang membakar semangat kita untuk terus berusaha dan jangan putus asa.

Bagi ibu menyusu juga kita perlu motivasi untuk teruskan penyusuan sehingga dua tahun.

Antara perkara yang membantu ibu itu bermotivasi adalah

1. Kata- kata semangat.
Tidak dinafikan kita memerlukan kata-kata semangat seperti 'saya boleh' , 'moga berjaya', ' selamat mencuba' namun adakala kita menerima kata-kata seperti ' Boleh ke berjaya?', ' Susu sikit pun nak pam ke?' atau ' Pam susu kerana tak mampu beli fm ke?' juga sebenarnya membantu kita meransang untuk terus berjaya jika kita lihat dari sudut positif dan menganggap ia satu CABARAN.


2. Pelaburan untuk penyusuan
Duit sebenarnya bernilai apabila digunakan. Tak salah kita keluarkan sedikit duit untuk beli pam yang selesa, gadget penyusuan yang memberi kita rasa selesa untuk terus menjayakan penyusuan. Tidak salah keluarkan duit beli vitamin untuk badan terus sihat. Vitamin itu turut disalurkan pada si manja kita melalui susuibu. So tak rugi pun sebenarnya untuk berbelanja jika memberi kebaikan pada diri dan bergerak ke arah impian.

3. Idola.
Bila kita ada seseorang yang kita jadikan idola, kita akan terus usaha nak berjaya seperti idola kita walau idola itu hanyalah mak atau kakak atau kawan baik kita yang berjaya dalam perjuangan penyusuan susuibu.

4. Hasil yang diidamkan.
Banyak gambar hasil susuibu yang ada dalam internet atau magazine. Simpan gambar itu dalam handphone, letak di pintu fridge, di meja workstation supaya ia membantu kita terus bermotivasi untuk terus pam untuk stok si manja.

5. Gambar si manja.
Apabila melihat wajah si manja kita akan merasa tenang dan gembira. Perasaan ini yang membantu hormon oksitosin itu dirembeskan dengan baik. Apabila hormon oksitosin dan prolaktin seimbang, penghasilan susu juga lancar.

6. Berkawan dengan mereka yang juga menyusukan anak.
Pentingnya berkawan dengan ibu yang menyusukan anak mereka kerana kita akan saling memberi motivasi sesama kita. Bilamana kelompok kita adalah ibu yang menyusukan anak mereka dengan susuibu, kita mudah untuk berkongsi pendapat dan mencari jalan penyelesaian kepada cabaran yang kita lalui.

7. Sediakan jadual pam.
Bila kita ada jadual kita akan lebih konsisten untuk meneruskan penyusuan. Andai terskip mana2 jadual pam cuba counter back dengan power pumping pada malam hari.

8. Rekodkan pencapaian anda.
Pentingnya rekod hasil pam kerana kita dapat melihat hasil setiap hari. Bila ada penambahan, catatkan dalam diari kerana penulisan kita dikala itu penuh dengan aura positif. So bilamana kita ada sedikit tekanan atau cabaran susu berkurang baca balik diari catatan dikala susu sedang banyak kerana ini membantu kita dapat tenaga positif semula dengan mudah.

8. Simpan impian dalam minda bawah sedar.
Cuba jadikan kebiasaan sebelum tidur kita berkata pada diri, 'saya suka susu saya banyak 'dan ulang ayat ini sehingga kita lena. Apabila kita masuk tidur kita akan masuk dalam gelombang alfa dan ia mudah menjadi kenyataan.

9. Sentiasa bersyukur
Jangan banding-bandingkan hasil kita dengan hasil susu orang lain. Namun jadikan ia satu cara untuk kita terus bersyukur dengan hasil yang kita perolehi. Walau dapat satu oz, tetap bersyukur kerana apabila kita bersyukur, jiwa kita mudah tenang dan akan terus berusaha untuk
menyediakan susuibu buat si manja.


Andai anda rasa tips ini membantu anda, saya doakan anda berjaya. Saya telah berjaya menyusukan dua anak saya dengan lengkap selama dua tahun malah lebih dan saya yakin anda juga boleh. Sila sharekan tips ini agar lebih ramai ibu yang mampu beri yang terbaik buat si manja mereka.

credit


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:


Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09


Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   


No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE