Pagi nak share tips senang bangun untuk mengerjakan amalan sunat seperti solat sunat tahhajjud cinta dan solat sunat taubat. Peringatan untuk diri sendiri gak. Masih untuk mencari keredhaan nya.. Semoga dipermudahkan. Yang penting niat dan usaha untuk bangun pagi. Tetapi jika kita tak sedar langsung pagi yang kita niat nak bertahajjud, insyaallah kita akan mendapat satu pahala.. (tapi jangan lak dah sedar tak sambung tidur balik ye)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
1. Melakukan Qailulah Sebelum Zohor
Qailulah ini bukanlah sejenis makanan
mahupun minuman, sebaliknya ia adalah sejenis perbuatan yg dinamakan
tido sebentar (quick nap) sebelum Zohor. Contohnya waktu Zohor masuk
pada pukul 1.15 pm, maka rehat untuk makan tengahari lebih kurang pukul
1.00 pm itu boleh digunakan untuk qailulah. Kalau nak makan, maka makan
la lepas Zohor.. takyah berebut2 lelaki pompuan nak beli makan kat kafe.
Kelebihan qailulah ini dapat memberi sedikit kerehatan kepada badan sbb
dah beberapa jam duduk bekerja / belajar. Bila badan cukup rehat, maka
mudah nak berjaga dan bukan asyik nak terlelap je mata. Bila cukup
rehat, lepak kat katil pun tak terasa nak tido.. tapi kalau badan dah
penat, tengah berdiri dalam bas pun boleh berdengkur.. kihkih
2. Tidur Awal
Konsepnya mudah.. kalau nak bangun awal,
maka tidolah awal.. tapi banyak juga yg menyalahi konsep.. iaitu tido
awal, tapi bangun lewat jugak. Namun, kebiasaannya, kalau kita tido
awal, maka kita akan bangun awal dalam keadaan puas hati. Kalau tido
lewat, biasanya kita akan bangun lewat dalam keadaan badan lesu. Kalau
tido lewat, tapi bangun awal, kejap2 mata nak terpejam (ini biasa
berlaku kat student.. jadi burung hantu malam2 layan FB, lepas tu tido
dalam kuliah.. bila lecturer tanya kenapa mengantuk, boleh plak dia kata
sbb bangun tahajjud.. kihkih).
Tidurlah seawal mungkin iaitu selepas
selesai solat Isyak. Makruh sebenarnya bercakap2 perkara lagha selepas
Isyak.. sbb lepas Isyak itu adalah waktu untuk berehat (dan bukannya
waktu untuk ziarah ke, gi makan kat mamak ke dsb). Bayangkan, kalau kita
tido pukul 9 malam (dah tentu ada orang tegur dah buang tebiat ke..
kihkih), kita biasanya akan terbangun pada pukul 3 pagi (sbb tido yg
cukup paling kurang 6 jam). Jadi, kita pun akan bangun dengan gembira
ria untuk menunaikan solat tahajjud, kemudian beberapa jenis solat sunat
lagi, baca al-Quran, zikir dsb.. kemudian boleh sambung study dalam
sejam dua sementara masuk waktu Subuh. Hidup akan jadi lebih berdisiplin
dan teratur.
3. Niat Nak Bangun Tahajjud
Pengalaman Ustaz Love sendiri, kalau
sebelum tido kita dah niat nak bangun tahajjud pada sekian2 waktu, maka
kita akan terbangun (mcm dikejutkan) pada waktu yg kita nak bangun tu.
Ustaz Love pun tak pasti ada kaitan dengan saka ke tak (kihkih), tapi
bila kita dah berazam, kemudian bertawakkal kepada Allah, insyaAllah,
Allah akan memakbulkan azam kita itu.
4. Kunci Jam Loceng
Kita jangan berharap kosong saja (harap
nak bangun.. tapi takde apa2 ikhtiar). Salah satu ikhtiar adalah dengan
mengunci jam loceng. Bagi mereka2 yg duduk hostel (sebilik dengan kawan)
sebaik2nya dapatkan dulu persetujuan roommate untuk kunci jam.. agar
bunyi jam tu tak mengganggu tido beliau. Jangan pulak kita pandai2 nak
bagi dia terkejut kononnya nak suruh dia bangun tahajjud jugak. Kita
yang nak bangun tahajjud, kenapa kita nak susahkan orang lain pulak?
Kena jaga2 bab ni.. jangan sampai disebabkan perbuatan kita, orang jadi
menyampah nak amal agama. Kalau member tak setuju kunci jam (atau nampak
mcm dia keberatan), maka kunci la henset.. tapi buat mode vibrate
(getar).. simpan dalam poket seluar.. biar kita sorang je yg bergetar
bila dah tiba waktunya..
5. Amalkan Adab Tidur
Antara adab tidur yang patut kita
amalkan adalah tido dalam keadaan berwudhuk. Sebelum tido, luangkan masa
membaca al-Quran sekurang2nya baca surah as-Sajdah dan surah al-Mulk.
Kemudian membaca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar
34x. Kemudian membaca 3 Qul (al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) lalu
ditiupkan ke tapak tangan dan disapukan ke seluruh badan. Kemudian tidur
mengiring rusuk kanan ke bawah. InsyaAllah, mudah je nak bangun
berbanding kalau tido terlentang.. silap2 cicak pun boleh masuk dalam
mulut yang ternganga.. kihkih..
6. Tutup Mata
Memang la kan.. mana ada orang tido
bukak mata.. sang kancil je yg tido mata terbuka ni (sang kancil
bukanlah sejenis orang.. kihkih). Maksud Ustaz Love, boleh guna spek
mata kain yg besar tu (biasa ada dalam kit penerbangan).. supaya mata
kita tak terganggu dengan silau lampu ke (kalau tiba2 member bukak
lampu). Sebab tido yang terganggu (kejap2 terjaga) boleh menyebabkan
keletihan pada badan dan mata akan jadi mengantuk (walaupun dah tido 6
jam). Jadi, sebaiknya elakkan gangguan pada mata dan telinga (elakkan
tido sambil mendengar mp3) dan dapatkan tido yang berkualiti.
7. Pesan Kat Member Suruh Kejut
Yang ni antara kaedah yang paling
berkesan.. nak lagi sadis, boleh pesan kat member, kalau nampak mcm liat
je nak bangun, amik spray air, spray je kat muka.. kihkih..
Bagi yang baru berjinak2 nak solat
tahajjud, buatlah slow2.. seminggu sekali ke dulu, kemudian naik sikit
jadi seminggu dua kali.. sampai la boleh istiqamah tiap2 hari.. kalau
kita tak biasa buat, lepas tu buat kerap2, nanti akan menyebabkan kita
mengalami masalah kesihatan (sbb tubuh manusia perlukan penyesuaian).
Even orang yang nak berhenti hisap rokok pun kena slow2.. kalau tak
nanti akan mendatangkan mudarat kepada tubuhnya lebih cepat sekiranya
dia berhenti merokok serta-merta.
Sebab itu, bagi yang dah istiqamah solat
tahajjud, maka hukumnya makruh jika meninggalkan solat tahajjud itu..
manakala makruh juga bagi yang tidak biasa bangun malam untuk solat
tahajjud, melakukannya secara istiqamah setiap hari.. kerana ia akan
mengganggu kesihatan tubuh badan.
kredit ustazlove.com
kredit ustazlove.com & kedaiserbanekakelantan.blogspot.com
======================================================================
Tips/Info::
♥♥ Tips Lewat?? 25 Risiko bila tidur lewat. ---》》 http://curium-cr.com/my-6223056
♥♥ Tips travel dengan lower cost.. --- http://curium-cr.com/my-6223050 ♥♥
♥♥ Khas peminat burger Bigmac. Sapa Burger FREE?? -- http://curium-cr.com/my-6165530
♥♥
Earth Hour Walk pada 29March2014. Jom check lokasi terlibat, kalu nak join sila isi form ye -- http://curium-cr.com/my-6139732
♥♥
Tips memilih data plans terbaik --- http://curium-cr.com/my-6188354
♥♥ Redeem FREE rawatan pelangsingan --- http://curium-cr.com/my-6206536
=======================================================================
Salam Sayang
Mazlina Mohd Nazir (SID 854784)
KESIHATAN ITU KEKAYAAN yang tak ternilai harganya..
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk dan pelbagai tawaran HEBAT menanti anda::
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Mazlina Mohd Nazir
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS/Wassap/Viber/Wechat - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggah09
Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggah09
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu