Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Tuesday, December 17, 2013

Teh owh teh.. Jom kenali teh dan kelebihannya



Ini teh favorite ku sejak sebulan yang lepas. Baru na kosisten ambil cinch energy teh. Nak sihat bertenaga sepanjang hari kenalah ambil minuman yang sihat.

Jom baca pasal teh lain lak ye. Banyak teh ini ye. Maklumlah nak sihat minum teh, nak singkir minum tea dan nak KURUS pun minum teh.

Teh Hitam
*

Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling tinggi kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol.

Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus.


Teh Hijau


Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan.

Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit.

Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

Teh Oolong
*

Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan.

Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak.

Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air.

Teh Putih


Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser.

Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes.

Teh berperisa
*

Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih.

Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan.

Teh Herba


Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya.

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam

Wow..banyak kelebihan teh ini ye. Tapi best juga minum teh sekali skala..

Kredit myeijam.blogspot.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS / Whatsapp - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

2 comments:

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE