Walaupun herba atau jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi ia tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan serupa dengan ubat-ubat tertentu melalui susu ibu. Ia berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusukan.
 
Contohnya, asid nikotin dan sebatian coumarin yang ditemui dalam halba (fenugreek) boleh memberi kesan kuat kepada degup jantung, tekanan darah, gula dalam darah dan fungsi tubuh yang lain.

 
Jika ibu mengambil halba secara teratur dalam jumlah yang besar, bayi juga boleh mengalami gejala sama. Ini kerana pengaruh dan kosentrasi bahan yang berbeza ditemui dalam teh, cecair, pil, dan suplemen makanan dapat berubah-ubah.
 
Oleh itu ibu yang menyusukan anak harus berhati-hati dan selektif dalam penggunaan ubat herba atau  jamu. Ibu menyusu boleh mengamalkan pengambilan teh herba yang tidak mengandungi farmakologis yang kuat.
 
Teh kulit kayu manis berperisa oren, teh serai, teh rasberi dan moringa adalah pilihan yang baik. Pilihan teh lain yang baik adalah teh yang diperbuat daripada rosehips yang mengandungi banyak vitamin C.
 
Tahukah anda
 
Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.
 
Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya menghadapi masalah yang sama adalah besar.

Dengan Shaklee, kami mencadangkan beberapa vitamin yang selamat diambil seawal sehari bersalin. Untuk basic Set Berpantang terdapat 4 Vitamin iaitu Vitalea, Vitamin C, B Complex, Zinc Complex.