Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Saturday, December 14, 2013

Terapi Jalan kaki dan kelebihan berjalan kaki

Alhamdulillah sejak pindah kat area batang kali memang suka sangat berjalan kat area perumahan ni. Maklumlah hada suka sangat berjalan-jalan plus cari makan. Ambil angin petang memang bestkan. Asyisk terperuk kat rumah pun tak best juga.

Tapi ada kelebihan tau berjalan kaki malahan elok untuk kesihatan lak tu. Bagi yang nak kurus pun elok sesangatlah berjalan-jalan nie.




Jom la usha apa KEBAIKAN BERJALAN KAKI . Semoga bermanfaat ye.

Dikongsikan di sini hasil kajian yang dijalankan oleh Mayo Foundation for Medical Educational Research (MFMER) berkaitan dengan faedah atau kebaikan berjalan setiap hari, yang begitu banyak sekali, di antaranya:

1. Badan manusia dijadikan atau dicipta oleh Yang Maha Pencipta memang untuk berjalan.

2. Berjalan selama 30 minit setiap hari dapat mengurangkan separuh daripada kadar mendapat diabetes, dan berjalan juga mengurangkan risiko mendapat diabetes di kalangan orang yang berumur lebih daripada 60 tahun sebanyak 70%. 

3. Berjalan mengurangkan risiko mendapat strok lebih daripada 25%.

4. Berjalan mengurangkan penyakit darah tinggi (hipertensi). Badan kita mempunyai sejumlah lebih daripada 100,000 batu (160,934.4 km) salur darah. Salur-salur darah ini menjadi lebih sihat dan berfungsi dengan lancar apabila seseorang itu berjalan.

5. Berjalan mengurangkan risiko mendapat kanser.

6. Wanita yang selalu berjalan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara sebanyak 20% dan kanser kolon sebanyak 31%. 

7. Orang yang selalu berjalan mempunyai badan yang lebih sihat, lebih tahan daripada serangan penyakit dan jika sakit akan cepat sembuh.

8. Sebenarnya, kita tidak perlu berjalan banyak, berjalan 30 minit sehari pun sudah mencukupi dan memberi kesan yang besar terhadap kesihatan kita.

9. Orang lelaki yang berjalan 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat dengan begitu ketara, dan mampu mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 60%.

10. Orang lelaki yang mengidap kanser prostat dan mengamalkan aktiviti berjalan setiap hari didapati dapat mengurangkan kadar kematian disebabkan kanser ini sebanyak 46%.

11. Berjalan juga membantu mencegah depresi (kemurungan), dan bagi mereka yang mengidap penyakit kemurungan ini mampu mengurangkan tahap kemurungan dengan berjalan. Ini disebabkan berjalan akan menggalakkan pengeluaran endorphins yang membantu seseorang itu berasa seronok, riang dan tenang.

12. Berjalan menguatkan jantung dan tulang. 

13. Berjalan memperbaiki sistem peredaran darah. 

14. Berjalan mampu menjana pengeluaran neurokimia positif jika dilakukan dengan seronok dan rela, bukan dipaksa-paksa. Kesannya akan menjadi lebih baik dengan bantuan amalan pemakanan sihat.

15. Kesan berjalan selama 30 minit sehari lebih baik berbanding kesan penurunan berat badan sebanyak 20 pound (9 kg) terhadap kesihatan tubuh.

16. Berjalan mengurangkan risiko darah beku atau tersumbat di kaki. 

17. Orang yang berjalan secara regular mampu mengurangkan risiko mendapat thrombosis salur darah dengan ketara. 

18. Orang yang suka berjalan akan kurang mendapat selesema berbanding dengan orang yang malas berjalan.

19. Berjalan selama 30 minit sehari itu tidak perlu dilakukan sekali gus. Ia boleh dilakukan selama 15 minit pada waktu pagi dan 15 minit lagi pada waktu petang atau malam. Kesannya adalah sama jika dilakukan 30 minit secara terus.

20. Apabila berjalan kita akan berasa sihat di samping membantu menyembuhkan penyakit lebih cepat kerana berjalan mampu memperbaiki tahap kesihatan dari segi biologi, fizikal, psikososial dan emosi.

 Oleh itu, jadikan aktiviti berjalan sebagai amalan harian, sama ada di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat riadah. Berjalanlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari bagi mendapatkan manfaatnya."Mukmin sihat lebih baik dari mukmin lemah"

sumber: sitik'sabu syafie
Kredit abusihat.blogspot.com

Agen dropship sangat dialu2kan untuk menyertai team saya. Apa yang perlu dilakukan add fb.com/pokoksena85 atau Mazlina Mohd Nazir.

Sambil2 bolehlah jenguk blog2 lain gak::

http://www.jomsinggah.com
http://mcna-health.blogspot.com/
http://sharecrite.blogspot.com/
http://www.kedaiserbanekakelantan.blogspot.com

Email - pokoksena85@yahoo.com SMS / Whatsapp - 0199517292

FB - http://www.facebook.com/pokoksena85

FanPage -

http://www.facebook.com/JomSinggah09

https://www.facebook.com/JomSinggahShoppe

https://www.facebook.com/GayaHidupSihat13

Serius buyer boleh msg https://www.facebook.com/messages/JomSinggahShoppe

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE