Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Thursday, January 3, 2013

Tips untuk ibu menyusu plus ketika hamil (tandem nursing)


::Penting bagi ibu2 yg ingin menyusu ketika hamil tahu bahawa::
=========================================


1. Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. 

2. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Anda Mungkin akan berasa letih dan tidak bermaya..jadi rehat yg secukupnya amat2 diperlukan.

3. Kita juga akan mengalami rasa sakit pada puting kerana puting menjadi lebih sensitif ketika hamil. cuba tukar posisi anak ketika menyusu, pastikan lekapan bayi adalah betul dan cuba berfikir perkara lain dan bernafas dalam2 bagi mengurangkan rasa sakit tadi.

4. Amat penting bagi ibu2 mengambil makanan atau menepati diet mengikut keperluan piramid makanan yg betul. makan makanan yg berzat dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan. 



INFO KEHAMILAN /JOM BACA ::Perlukah saya mengambil Vitamin untuk kehamilan? Ya, memang perlu utk memastikan anda & kandungan mendapat nutrien yang secukupnya


5. Sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

6. Perlu diingat, setelah anak berumur satu tahun, susu bukanlah lagi diet utama anak-anak. Anak sudah harus diberi makanan lain utk memenuhi keperluan zat mereka. Penyusuan pada waktu ini lebih kepada pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya. Jika pada masa ini ibu memilih untuk memberhentikan penyusuan, ibu harus pandai membahagi masa yang lebih utk memujuk anak yang baru bercerai susu ibu.

7. Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak"

8. Ada sesetengah doktor yg kurang support BF apatah lagi Penyusuan ketika hamil ini, so cuba la dapatkan pendapat kedua atau ketiga dari gynea yg berbeza, juga dapatkan pandangan dari pakar laktasi berkaitan isu ini.

9. Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau hamil dan menyusukan anak, boleh mengakibatkan bayi di dalam perut tak mendapat zat yg secukupnya. setakat ni tiada kajian yg menyokong pendapat ni, Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.disini uniknya ciptaan allah S.W.T ni, dimana badan ibu itu sendiri akan menyalurkan zat yg secukupnya mengikut keperluan kandungan, susu untuk si anak dan keperluan badan ibu itu sendiri, dengan syarat ibu itu mengambil makanan yg seimbang, menjaga kesihatan dengan baik dan mendapat rehat yg secukupnya...dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya untuk kita

10. Jika ada yg mengatakan penyusuan boleh mengakibatkan keguguran, mungkin ade betulnya jika anda tergolong dalam golongan yg berisiko tetapi jika sebaliknya dan doktor gynea mengesahkan yg anda selamat untuk meneruskan tandem nursing, InsyaAllah dengan izin Allah semuanya akan selamat...banyakkan berdoa dan Tawakkal...


****Sekiranya betul Penyusuan itu sudah termaktub boleh memudaratkan janin didalam rahim, pasti para ilmuan dan ulamak islam dah membahaskan kejelasan hukum berkaitan hal ini ..setakat yg saya tahu, ade hadis berkaitan hal ini, seperti dibawah:-

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)


kredit - http://www.facebook.com/pages/MamaHazeeq/289337387833757



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.









Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE