Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Friday, December 21, 2012

Talasemia & Vitamin Yang dicadangkan & patut di elakkan




Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
 
Rawatan penyakit Talasemia
 

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. 

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia


Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex.

Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. 

Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. 

Ostematrix(lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.Selain dari ini.

Energizing Soy Protein juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga. 


credit
http://babyqaireen.blogspot.com

Nak Cantik??? Dapatkan Vitamin untuk kulit cantik berseri dengan harga runtuh 
-->> TIPS KULIT CANTIK


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.








Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE