Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Wednesday, December 19, 2012

Diet Ibu Menyusu



Search pasal ibu menyusu, tup..tup keluar pasal diet ibu menyusu post yang paling tinggi.. pejam celik dah masuk 1tahun10bulan menyusu anak dara sorang nie.. kira dah boleh dapat PHD la dengan penyusuan ibu.. Bagi suami-suami kat luar sana yang ada isteri menyusu baby, support diorang sepenuh untuk menjayakan penyusuan nie..besar pahalanya
Seorang ibu yang menyusukan anak menghasilkan secara purata 700 hingga 800 mililiter susu setiap hari yang mana mengandungi kira-kira 300 miligram kalsium untuk setiap liter. Penghasilan ini memerlukan pengeluaran tenaga tambahan sekurang-kurang 500 kalori sehari. Pemakanan yang seimbang penting bagi ibu yang menyusukan anak. Jadi secara kesimpulannya, perbezaan antara diet perempuan yang tidak menyusukan anak dan yang menyusukan anak adalah lebihan 500 kalori.
Kualiti susu yang dihasilkan bergantung pada pengambilan jenis makanan manakala jumlah susu bergantung pada diet ibu. Makanan yang diserap bukan hanya untuk kegunaan sendiri tetapi juga untuk penghasilan susu.
Asas Diet
Tingkatkan pengambilan air sehingga mencampai 2.5 hingga 3 liter air sehari. Tetapi jangan berlebihan. Terlalu banyak cecair juga boleh mengurangkan pengeluaran susu. Cara kiraan keperluan kalori menggunakan cara sama tetapi ada penambahan 500 kalori tambahan. Sebagai contoh, jika memerlukan 2000 kalori, maka perlu tambah sehingga 2500 kalori.
Perlu diingatkan, ibu menyusu banyak tergoda dengan benda manis. Tukarkan ke menu sihat. Boleh menggunakan cara mudah, 40 peratus karbohidrat, 40 peratus protein dan 20 peratus lemak yang baik. Seperti diet biasa, bahagikan kepada 6 hingga 8 menu sehari. Untuk penghasilan susu yang teratur, pemakanan pun perlu teratur.
Jauhi tembakau. Nikotin akan terus ke bayi melalui penyusuan. Jangan mengambil ubat tanpa rundingan dengan doktor terlebih dahulu. Kebanyakan antibiotik, ubat sulfa, ubat kimia dan produk yang mengandungi iodin adalah kontraindikasi apabila anda menyusui. Vitamin yang benar-benar kurang dalam perempuan mengandung adalah vitamin B9 dan ada sesetengah mungkin B6. Selain itu, asid folik juga penting. Asid folik boleh ditemui dalam makanan seperti asparagus, kubis, jagung, bayam dan lain-lain.

Vitamin yang dicadangkan untuk ibu menyusu -->> KLIK SINI
Ambil tambahan zink sekurang-kurang 15 hingga 20 miligram sehari. Zink boleh ditemui dalam makanan seperti telur, daging, gandum dan oat. Mengambil sehingga 1200 miligram kalsium sehari. Kalsium boleh didapati daripada produk susu, sayur-sayuran, almond, hazelnut.
Turun Berat Badan
Kajian menunjukkan bahawa ibu menyusu cenderung untuk kehilangan sehingga 1.5 lbs berat badan dalam masa sebulan untuk 4 hingga 6 bulan penyusuan tanpa senaman jika pemakanan betul. Mereka yang bertambah berat disebabkan cenderung mengambil makanan manis berlebihan. Mereka yang merancang menurunkan berat badan dalam tempoh penyusuan tidak digalakkan turun terlalu cepat pada peringkat awal penyusuan, satu hingga tiga bulan pertama.
Senaman
Ibu menyusu boleh bersenam cara biasa. Tetapi tidak drastik selepas bersalin. Aktiviti perlu ditingkat sedikit demi sedikit. Jangan mengharapkan kehilangan lemak dalam jangka masa 2 minggu selepas bersalin.
Mengandung
Bagi mereka yang sedang mengandung, seeloknya program penjagaan badan bermula ketika mengandung. Program-program senaman ibu mengandung berbeza mengikut trimester. Pemakanan juga berbeza mengikut trimester. Dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan program ketika mengandung. 
kredit - http://zakikhan.net/


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.









Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE