Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Saturday, December 8, 2012

GOUT?? Ketahui Info penyakit GOUT..Apa yang perlu dimakan dan dihindari


Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.


Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk.
Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid uric dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.


kredit - jiwang.com


Gout sering melanda individu yang menghadapi berat badan berlebihan jadi amat penting untuk kita mengawal berat badan untuk mengelakan risiko gout. Cecair tambahan boleh membantu mengepam keluar kristal asid urik, tetapi alkohol harus dielakkan. Penting untuk pesakitmengikuti diet rendah purin dan mengelakkan makanan yang tinggi purin dan makan makanan rendah purin secara sederhana. 



Makanan tinggi purin - Makanan Perlu Dielakkan Beer/alkohol, ikan bilis, daging/organ dalaman (otak, buah pinggang, hati),yis, ekstrak daging, sardin, herring, mackerel.


Makanan purin sederhana - Makan dalam Kesederhanaan Kerang, belut, daging, ayam, sup daging, asparagus, cendawan, bayam, kekacang, oat, roti gandum dan bijirin, telur. 


Makanan rendah purin - Boleh makanRoti dan bijirin (rendah serat, tepung putih, atau jenis bijirin halus), kacang, mentega kacang. Sayur-sayuran tidak tinggi purines, sup - krim atau sayur tanpa ekstrak daging, kopi, teh, jus buah-buahan, minuman ringan, gelatin, gula, keju rendah lemak. 


Gout Diet - Makanan Yang boleh Membantu Sesetengah orang mendapati jus ceri atau strawberi membantu. Sesetengah bahan kimia yang terkandung di beri gelap boleh membantu mengurangkan keradangan dan menurunkan asid urik. Ikan berminyak seperti salmon, atau asid lemak dalam minyak zaitun atau kacang boleh mengurangkan keradangan juga. Tauhu (daripada soya) dan bukannya daging juga boleh membantu. 
Diet yang seimbang untuk penghidap gout adalah 

-makanan yang tinggi karbohidrat kompleks, 
-rendah protein dan 
-rendah lemak. 

Credit 
http://www.mysupervitamins.com

Antara vitamin yang dicadangkan untuk penderita sakit gout, semoga bermanfaat ye




Jadi, amat penting untuk pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout menjaga diet harian. Jika anda mahukan altenatif selain ubat penahan sakit dari doktor anda, jawapannya adalah supplement berikut:





1. Alfalfa - merupakan detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.


2. Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.


3. Omega-mengelakkan inflamation atau rasa kepanasan pada sendi-sendi pesakit.

TESTIMONI GOUT -->> KLIK SINI



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.









Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE