Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Saturday, December 22, 2012

Imbas Kembali Zaman Pantang.. Apa cerita anda??

Pagi2 rasa nak share pasal resipi time berpantang..(15 Resipi untuk orang berpantang---> KLIK SINI)
bagi yang pernah melahirkan anak pasti akan merasa saat pantang selama 44 hari kan?? Huhuh.. Apa perasaan korang time pantang, duk terperuk kat rumah je.. tambah-tambah duk rumah mak yang memang mengamalkan pantang larang orang lama.. pantang habis la katakan.. Tapi bila imbas semula zaman pantang, memang seronok sebab time tu je nak cuti lama..ada yang bercuti sampai 3 bulan.. (gomen je la)..swasta pun boleh tapi unpaid leave la sebulan..hohoh

Mengimbau masa lalu memang seronok.. teringat zaman pantang 2 tahun lepas..anak baru sorang je tp tiba2 teringatkan.. sebab teringat kat arwah abah jugak sebenarnya.. Masa itu arwah memang dah sakit 4 tahun, terlantar kat atas katil je.. ALLAH je yang tahu penderitaan nya.. kesian aku tengok ma yang tak tidur malam berjaga arwah masa tu.. semua keperluan aku pun kadang-kadang dijaga juga, tapi kalu aku mampu buat, buat sendiri je..takda lah nak menyusah ma yang memang penat menjaga arwah masa itu.. tapi time tu je buloh duk kat kampung selama 2 bulan..

Inilah arwah abah..Mohd Nazir Zakaria.
Semoga beliau ditempatkan bersama golongan yang beramal SOLEH..AMIN..

Kalau time pantang, nak habis 44 hari tu rasa macam setahun kan.. betapa lama dan seksanya nak berpantang.. makan dan minum limited sket la.. tapi bila dah nak habis, hoooreyy nak habis pantang.. sebab dah tak payah makan nasi kosong dengan ikan bakar je la.. kadang2 dapat kan wat sup sayur yang tak bertumis & nak sedap tambah lada hitam -- lagipun lada hitam ni elok untuk dalam kita..

Masa zaman pantang, aku nie takda byk menu sangat pun.. semua masak air biasa tiada tumis - tumis nie..memang gtu la rupanya orang pantang.. minggu pertama, ikan bakar je memanjang.. minggu kedua dan ketiga bolehlah makan ayam bakar lak tapi bukan tiap-tiap hari la..

Selain pasal resipi makan-makan nie, orang lama memang pentingkan ambik JAMU kan untuk kesihatan dalam?? Aku pun salah seorang daripadanya.. Memang makan JAMU tapi macam tak serasi je..gatal-gatal je badan nie.. tu makan jamu pun selang seli je..hahahha.. taktau la kenapa..Masa itu tak kenal dan tak CINTA lagi dengan SHAKLEE nie.. tapi bila dah JATU CINTA, memang rasa nak mengandung dan pantang dengan vitamin shaklee je.. Insyaallah ada rezeki nanti memang berpantang dengan Vitamin lak la ye.. memang serai habis la..tak sabar rasa nya..sebab dah 1tahun7bulan guna vitamin shaklee untuk BREASTFEEDING, alhamdulillah rezeki memang murah untuk Syuhada..

Ingat pas balik dari berpantang, macam MILK BOOSTER kat pasaran nie di try nya.. cuma serasi ngan tak je tapi alhmadulillah SET penyusuan shaklee the best untuk ku.. bukan sahaja tambah susu, susu pun makin berkualiti,  kulit anak pun makin cantik, kesihatan pun terjaga.. insyallah selagi hayat dikandung badan, shaklee adalah vitamin pilihan utk aku dan keluarga..

 Hi.. nama saya MAZARINA AM SYUHADA.. tapi orang pangil HADA je..
nie gambar latest masa gi jalan2 kat ZOO NEGARA.. nampak tak unta kat belakang hada nie..

Bagi ibu kat luar sana yang teringin berpantang dengan vitamin, dapatkan info pasal mengenai vitamin ::
Set Berpantang -- KLIK SINI
Set Penyusuan -- KLIK SINI



15 RESIPI IBU BERPANTANG -->> KLIK SINI



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.









Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:

Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI   

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE