Perancangan Bijak Untuk Kehamilan Dan Kelahiran
Setelah 40 minggu di dalam kandungan, tibalah masanya untuk cahaya mata anda melihat dunia. Ketika itu, pastinya sudah terbayang-bayang wajah si comel anda di depan mata. Jadi, untuk merealisasikan impian tersebut, anda perlulah menjaga kandungan sebaik mungkin. Rutin pemeriksaan antenatal mesti dipatuhi dan sentiasa menjaga kesihatan.
Hakikatnya, dalam kehamilan, ada banyak perkara di luar jangkaan. Antaranya ialah kelahiran pramatang dan komplikasi-komplikasi lain yang boleh membahayakan nyawa ibu mengandung serta anak di dalam kandungan. Supaya ibu-ibu hamil lebih bersedia, fakta-fakta di bawah boleh dijadikan panduan.
Fakta 1
Menurut jurnal perubatan The Lancet, (isu 2010), daripada 7.6 juta kanak-kanak bawah lima tahun yang meninggal dunia, 1.078 juta daripadanya disebabkan oleh komplikasi kelahiran pramatang.
Menurut jurnal perubatan The Lancet, (isu 2010), daripada 7.6 juta kanak-kanak bawah lima tahun yang meninggal dunia, 1.078 juta daripadanya disebabkan oleh komplikasi kelahiran pramatang.
Fakta 2
Masalah kesihatan yang dialami oleh ibu hamil seperti penyakit kencing manis boleh menyebabkan komplikasi pada bayi di dalam kandungan. Menurut baby center.com (semakan terakhir: Februari 2012), bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula di dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Sehubungan itu, tahap gula di dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Fakta 3
Menurut myhealth.gov.my (semakan 26 April 2012), di Malaysia lebih kurang 8 peratus bayi dilahirkan pramatang. Bayi pramatang berkemungkinan mengalami masalah pernafasan, kulit kebiruan dan suhu badan tidak stabil. Keperluan penjagaannya bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan pramatang seseorang bayi itu. Lazimnya, untuk mengawal suhu badan bayi pramatang, mereka akan dimasukkan ke dalam inkubator atau di bawah pemanas radian.

Perancangan Rapi
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kehamilan, rancanglah kehamilan dari awal agar tubuh anda cukup bersedia untuk berhadapan dengan saat itu nanti.
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang kehamilan, rancanglah kehamilan dari awal agar tubuh anda cukup bersedia untuk berhadapan dengan saat itu nanti.
Langkah 1: Merancang Kehamilan (Tips Kesuburan bagi yang belum berjaya HAMIL)
- Pastikan anda sudah mendapat suntikan rubela sebelum hamil. Tiga bulan sebelum hamil pula, wanita disarankan agar mengambil asid folik secukupnya untuk mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida.
- Masalah yang berpunca daripada genetik pula boleh dihindarkan jika wanita-wanita yang ingin hamil menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengandung.
- Lebih baik jika kedua-dua suami isteri menjalani pemeriksaan untuk mengetahui jika mereka adalah pembawa penyakit genetik seperti hemofilia, Huntington’s, dan talasemia.
Langkah 2: Penjagaan Ketika Hamil
- Untuk pengetahuan, lazimnya, kecacatan yang melibatkan organ tubuh bayi berlaku ketika trimester pertama kehamilan. Inilah sebabnya penjagaan diri dan kandungan amat penting terutamanya pada peringkat permulaan kehamilan. Makanlah pelbagai jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat bertindak memberikan tenaga kepada anda dan bayi yang semakin membesar. Protein pula penting untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu-tisu tubuh ibu dan bayi. Manakala vitamin dan zat galian diperlukan untuk mencegah ibu daripada jangkitan penyakit dan untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
- Pada masa yang sama, ibu hamil yang ada masalah kesihatan dinasihatkan agar sentiasa memastikan penyakit yang dialaminya dalam keadaan terkawal. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan sendiri kerana ini boleh memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan. Dapatkan kebenaran daripada doktor O&G anda sebelum mengambil sebarang ubat.
- Sebenarnya, untuk memastikan ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan selamat, penjagaan kesihatan amat penting. Paling penting, amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok dan menjaga kebersihan diri sejak sebelum hamil lagi.
Langkah 3: Persediaan Bersalin (Keperluaan TIME PANTANG)
- Ujian darah bagi ibu hamil perlu dilakukan bagi mengenal pasti adakah bayi di dalam kandungan berisiko mengalami penyakit tertentu seperti sindrom Down dan kecacatan tiub neural.
- Selain itu, ibu hamil haruslah bersiap sedia untuk berhadapan proses kelahiran dengan mengikuti kelas antenatal dan berbincang bersama pakar perbidanan dan sakit puan tentang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku semasa kelahiran. Dengan cara ini komplikasi semasa proses kelahiran dapat dielakkan.
Sumber - http://pama.karangkraf.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Untuk Jawapan Segera -->> ISI FORM INI
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu