Assalamualaikum...
Siapa taknak kulit cantik kan? Mesti semua perempuan mengidamkan kulit yang mulus, licin dan berseri. Kulit berjerawat, warna kulit tak sekata, gelap dan bermacam-macam lagi akan buat kita kaum perempuan jadi tak yakin nak keluar berhadapan dengan orang ramai. Masalah kulit jugak buat kita rasa malu dan rendah diri sangat.
Jom baca tips kulit cantik nie.. moga bermanfaat ye.. nie pun share dr blog --> http://www.nisakay.com
Aku letak gambar SONG JI HYO sebab ada satu episod Running Man tu, dia baru bangun tidur dan kulit dia memang cantik sangat, flawless dan putih berseri tanpa mekap! |
- Asid salisilik yang ditemui di dalam buah strawberi dikenali untuk mengurangkan jerawat dan mengeluarkan toksin kulit sel-sel mati agar kulit segar, dan diperbaharui.
- Vitamin C membantu dalam anti-penuaan, dan juga mengurangkan garis-garis halus, kedut dan parut jerawat.
- Sentiasa gunakan tuala muka yang bersih. Tuala yang kotor menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kuman yang membuat jerawat lebih teruk.
Lisa Surihani ni tak mekap pun lawa, kulit gebu je. Jelesss makkk... Credit to : fanpage Lisa Surihani. |
- Makan lebih banyak bijirin berbanding karbohidrat yang diproses boleh membantu untuk memperbaiki kulit anda.
- Badam, pistachios dan walnut membekalkan asid lemak omega-3 yang baik untuk kulit.
- Elakkan produk penjagaan kulit yang mengandungi alkohol sebagai bahan utama. Ini akan membuatkan kulit anda lebih kering, menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan jerawat.
- Pisang mengandungi lemak semula jadi dan protein kompleks untuk meratakan dan melembutkan kulit anda.
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu