sharing info ni dr blog tips jualan -->> http://tipsjualan.blogspot.com/
Semoga bermanfaat dalam menjalankan bisnes dengan lebih berkat..insyaallah
Semoga bermanfaat dalam menjalankan bisnes dengan lebih berkat..insyaallah
Baru-baru ini saya telah menerima hasrat seseorang yang di kenali sebagai Alief, memohon kepada saya agar dapat membahaskan serba sedikit tentang konsep sedekah dalam perniagaan.
Terima kasih kepada saudara Alief yang bertanya di mana saya amat menghargainya, di harapkan agar maklum balas saya ini telah memenuhi apa yang saudara kehendaki dan mahukan. Terima kasih sekali lagi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah SWT berfirman bermaksud "Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendaki Nya dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Baqarah Ayat 261).
Janji Allah SWT kepada sesiapapun juga yang sanggup melakukan sedekah sama ada mengeluarkan sebahagian atau kesemua dari hartanya melakukan pemberian kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya. Bagi kita yang melakukan jualan dan menceburi bidang perniagaan ini lah asasnya kepada tugasan kehidupan kita. Dalam pencarian mendapat dan mencari keuntungan yang di kehendaki sebanyak yang termampu amalan memberi sedekah dan membantu kepada orang yang memerlukan sebagai satu kebajikan dan amalan membantu orang lain akan dapat membantu menaikkan lagi keuntungan perniagaan dan tugasan jualan yang dilakukan.
Apa yang perlu dilakukan adalah
i. Berniat dengan betul dan telus
Apa yang hendak kita lakukan mesti di mulakan dengan niat. Tanpa niat sememangnya apa yang kita lakukan tidak akan ada apa-apa pun yang boleh kita dapati. Selain dari niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza antara adat dan ibadat. Nabi Muhammad SAW telah bersabda mafhumnya "Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi dian setiap orang apa yang dia niat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan seperti bersedekah kepada sesiapapun yang memerlukannya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya "Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya" (Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi'). Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya.
ii. Tawakal sepenuh kepercayaan
Perlunya pengabdian diri kepada Allah SWT. Apa yang dilakukan dan diusahakan penyerahan diri hanya kepada Allah perlu diwujudkan tanpa ada sebarang keraguan dan syak wasangka. Firman Allah SWT bermaksud “Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (Surah at-Thalaq Ayat 3).
Apa yang penting untuk kita lakukan adalah terus berusaha dan terus berusaha secara konsisten dan bersungguh-sungguh melakukan jualan demi memastikan produk yang ditawarkan sentiasa mendapat sambutan seperti mana yang dikehendaki. Setelah itu kita berusaha barulah kita menyerahkan diri terhadap Allah SWT dan bukannya tawakal dahulu baru nak berusaha.
iii. Perniagaan mengikut syariah
Nak dapat keberkatan dari Allah kena pastikan apa juga perbuatan dan produk yang kita tawarkan kena ikut apa yang telah syariah tetapkan. Jangan ada yang meragukan dan yang tidak halal mengikut syariah kita lakukan jualannya. Selagi kita bersubahat selagi itulah rezeki tidak akan ke mana walaupun perolehan dan pendapatan kita memang diakui terlalu banyak di mata masyarakat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhah, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barang siapa hati-hati dari perkara syubhah, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya” (Hadis Riwayat Muslim)
iv. Yakin rezeki itu datangnya dari Allah
Firman Allah SWT bermaksud “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)” (Surah at-Thalaq ayat 3)
Firman Allah SWT bermaksud “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambah nikmat Ku kepada mu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)
Yakin dengan sepenuh hati dan jiwa raga, setiap apa yang kita usaha itu dan perolehan yang kita nikmati semuanya datang dari Allah SWT. Apa yang kita dapati adalah hadiah dari Allah atas segala usaha dan kerja keras yang telah kita usahakan. Jangan mendabik dada kerana segala usaha itu adalah datangnya dari usaha kita sendiri sahaja. Kalau tanpa adanya bantuan Allah rasanya lagi sukar untuk kita memperoleh dan mendapat rezeki seperti mana yang kita inginkan.
v. Allah akan memakbulkan hajatnya serta diselamatkan dari segala kesusahan.
Berdoalah sepuas-puasnya. Mohon pada Allah. Jangan berlagak sombong yang kita tidak perlukan segala bantuan dan pertolongan dari Allah SWT. Kita orang Islam mengakui yang kita ini adalah hamba kepada Nya jadi jangan mudah merasakan kita tidak perlu meminta-minta segala bantuan dan pertolongan dari Allah. Kufur nikmat namanya itu.
Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya “Barang siapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain” (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
vi. Banyak kelebihannya yang bakal diperoleh
Hanya dengan bersedekah Allah SWT akan mengurniakan kepada kita akan amal kebajikan yang kita lakukan. Hanya dengan amalan bersedekah tersebut akan memberikan kepada kita dengan memanjangkan umur, meninggal dunia dalam keadaan khusnul khatimah serta dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah. Ketahuilah sentiasa dengan bersedekah sahaja segala sikap dan sifat takbur, berlagak,sombong, bangga diri dan ego boleh dielakkan sama sekali. Orang yang melakukan jualan dan perniagaan perlu memastikan bahawa sikap negatif yang sebegini tidak sama sekali wujud di dalam hati dan perasaan serta tingkah laku yang boleh membuatkan prospek/pelanggan akan membenci dan mencemuh diri kita yang bukan-bukan.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu dapat memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk (menjelikkan) dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Sahih Bukhari)
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ketika seorang hamba berada pada waktu pagi, dua malaikat akan turun kepadanya, lalu salah satu berkata, ‘Ya Allah, berilah pahala kepada orang yang menginfakkan hartanya’ Kemudian malaikat yang satu berkata, ‘Ya Allah, binasakanlah orang-orang yang bakhil.”
Lagi banyak kita bersedekah dan melakukan pengeluaran zakat jika cukup nisabnya pasti Allah akan membalasnya dengan apa yang telah kita lakukan. Biarpun ia nya di luar dari pemikiran logik akal kita tapi kalau kita yakin dan fahami akan apa yang telah Allah janjikan, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Firman Allah bermaksud “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah Al-Baqarah 274). Begitulah orang mukmin orang yang ikhlas menyumbangkan hartanya ke jalan Allah melambangkan kesempurnaan iman mereka. Lagi banyak yang diberikan lagi banyak yang bakal diterima. Asalkan kita yakin dan percaya itu sudah cukup memadai.
kredit - http://tipsjualan.blogspot.com/
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu