Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Wednesday, October 31, 2012

TIPS kulit cantik berseri.. Vitamin pun memainkan peranan utk kulit cantik berseri..


Assalamualaikum...

Siapa taknak kulit cantik kan? Mesti semua perempuan mengidamkan kulit yang mulus, licin dan berseri. Kulit berjerawat, warna kulit tak sekata, gelap dan bermacam-macam lagi akan buat kita kaum perempuan jadi tak yakin nak keluar berhadapan dengan orang ramai. Masalah kulit jugak buat kita rasa malu dan rendah diri sangat.


Jom baca tips kulit cantik nie.. moga bermanfaat ye.. nie pun share dr blog --> http://www.nisakay.com

Aku letak gambar SONG JI HYO sebab ada satu episod Running Man tu, dia baru bangun tidur dan kulit dia memang cantik sangat, flawless dan putih berseri tanpa mekap!
  • Asid salisilik yang ditemui di dalam buah strawberi dikenali untuk mengurangkan jerawat dan mengeluarkan toksin kulit sel-sel mati agar kulit segar, dan diperbaharui.
  • Vitamin C membantu dalam anti-penuaan, dan juga mengurangkan garis-garis halus, kedut dan parut jerawat.
  • Sentiasa gunakan tuala muka yang bersih. Tuala yang kotor menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kuman yang membuat jerawat lebih teruk.

6 Tips Kulit Cantik & Sihat

Bila cakap pasal cantik, semua wanita nak cantikkan??? Tiada siapa pun yang taknak cantik..tambahan yang dah kahwenm, lagi la nak sentiasa cantik berseri didepan suami..

Jom baca 6 tips untuk kulit cantik berseri dan sihat.. semoga bermanfaat ye.. sharing dr http://puspanita.motour.gov.my


Mood untuk update kulit cantik je sekarang nie ..huhuh..
                          
                               

1. Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran. 

Walaupun kita makan makanan yang berkhasiat tetapi nutrien masih tak mencukupi utk keperluan harian, dapat supplemen yang terbaik utk kesihatan kulit.. KLIK SINI info supplemen utk kulit 

2. Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.



Tuesday, October 30, 2012

Kenapa Vitamin Shaklee berkesan dan mendapat sambutan hebat?



Assalamualaikum dan Selamat Petang semua :)  Vitamin ni persepsi awal bertujuan pelengkap apa yang kurang so ramai yang tak ambil peduli namun ia sangat berkesan dan hasilnya sangat hebat sebab itu semakin hari semakin ramai yang mencari dan mendapat sambutan hebat. Mengapa vitamin Shaklee sangat diperlukan? Ini kerana memang banyak sebenarnya yang kurang dari pemakanan harian kita. Walaupun kita dah makan at least 3x-5x sehari namun penyerapannya tidak optimum kerana vitamin yang tinggal dari apa yang kita makan sangat minumun dari keperluan sebenar badan. Jom baca pengalaman pengguna Shaklee, Nadiah selama 2 tahun. Semakin mantap, sihat dan cun orangnya. Alhamduillah..


How Shaklee changed Nadiah's life


Saya mula menggunakan Shaklee sejak October 2010 sewaktu anak saya, Zahin berusia sebulan. Bulan ini marks my 2-year anniversary consuming Shaklee :)

Asalnya sebab rasa mcm susu tak cukup untuk baby, bila dah cari2 milk booster with good reviews, maka terjumpalah dengan Shaklee. Mula-mula rasa mahal sebab sekali keluar sedebuk. Almaklumlah masa tu hubby je yang kerja. Saya suri rumah sahaja.

Penangan ESP.. Payudara Makin Anjal, Baju Lencun & Kulit Anak Sihat dan Cantik


ESP
Salam semua.. bulan nie asyik post pasal ESP je kan..huhuh
Maklumlah bulan harga OFFER ESP. Buat yang baru nak mengenali blog saya, ESP ni memang kegemaran ramai dan merupakan ‘HOT PRODUK’ dari Shaklee. Bayangkanlah di awal puasa hari tu stok ESP seluruh Malaysia hampir habis. Nasib baik saya simpan stok banyak-banyak..hehe

ESP ni memang tersangat banyak khaisatnya. Untuk ketahui khasiat-khasiat ESP 
klik sini.



Mencari Etasbih @ Tasbih Digital utk kegunaan harian, berniaga, sebagai hadiah & pelbagai kegunaan lain | JOM SINGGAH..

Mencari Etasbih @ Tasbih Digital utk kegunaan harian, berniaga, sebagai hadiah & pelbagai kegunaan lain | JOM SINGGAH..: Mencari Etasbih @ Tasbih Digital utk kegunaan harian, berniaga, sebagai hadiah & pelbagai kegunaan lain

Pengguna tegar ESP sejak zaman anak dara sampai skrang.. JATUH CINTA terus dah..




Testimoni ESP lagi, pengakuan dari seorang pengguna tegar ESP nie.. jom baca..

Seorang customer saya bercerita dgn saya dia telah ambil esp sejak dr zaman anak dara lagi…(zaman student) ….

“ saya kenal esp masa zaman student lagi..masa tu tgok kak ipar minum masa dlm pantang,saya tanya apa akak minum dan dia terus bg saya cuba….sedap juga rasanya..kak ipar saya bgtau susu badannye sikit so dia amik esp untuk tambahkan susu badan..tp xsangka pula bukan susu badannye saja bertambah,berat badan pun menyusut,jerawat kat muka pun dah xde,strect marsk masa mengandung pun makin pudar dan yg penting katanya dah xletih sgat..kalu x mmg letih la nak urus rumahtangga dgn anak2 lagi masa dlm pantang ni……..saya tanya kakak kalo saya minum nanti susu keluar ke sbb saya xkawen lg..kakak terus gelak kat saya..hihi..katanya esp ni sesuai untuk semua…rupanya abg saya pun minum esp j
uga…eh lelaki pun boleh minum!....

Wednesday, October 24, 2012

Dengan Set 3M, Susu Bertambah 2x Ganda, Kulit Cantik, Keputihan Tiada Lagi..




you-can-breastfeed-your-baby-web










Hari ini saya nak berkongsi lagi tentang Set 3M. Ya, set 3M ini lah set penyusuan terbaik kami, set yang paling lengkap, paling cepat dan paling hebat kesannya pada penyusuan.

Kenapa? Kerana ia mengandungi kesemua vitamin asas yang diperlukan oleh badan ibu untukmenghasilkan susu dengan lebih banyak, lebih pekat dan lebih berkhasiat.

Dan set ini juga lengkap dengan ketiga-tiga milk-booster yang diperlukan oleh badan ibu untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Jadi tidak hairanlah ibu-ibu yang amalkan set 3M ni rata-ratanya mampu mengumpulkan stok susu yang lumayan dan Alhamdulillah baby juga cepat kenyang, tidak mudah sakit, dan semangat badannya.

Ramai ibu2 yang berpuas hati dengan ESP nie.. jom tgk testimoni dulu

Alhamdullillah, sempena bulan OFFER ESP nie, ramai ibu2 yang membeli sampai 2-3tin..maklumlah susah nak jumpa offer murah gini, pastu EXPIRED June 2014, lama tu..kalau nk jumpa offer beli 6 percuma 1, susah gak..setahun sekali belum tentu.. selamat ber ESP la ye untuk bulan nie..
Semoga bermanfaat untuk kesihatan anda .. KESIHATAN ITU MAHAL

Tengahai ni rasa nak layan testimoni ibu2 kat luar sana yang dah berjaya dalam penyusuan.. malahan dapat simpan stok sampai penih frigde lak tu.. ibu mana yang tak gembira bila berjaya mengumpul stok untuk si manja..Semoga memberi inspirasi utk ibu2 kat luar sana:


Info ESP-->> KLIK SINI 
TESTIMONI IBU2 -->> KLIK SINI


Kebaikan Penyusuan Susu Ibu




Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan usaha murni sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.
Faedah untuk Bayi
1) Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam
- sentisa sedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyussu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

Tuesday, October 23, 2012

Dengan Set 3M Stok Penuh Fridge & Baby Tidur Lena Di Malam Hari..




pic3m 
Ramai ibu yang bertanya tentang set penyusuan yang paling bagus & terbaik.  Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua set penyusuan terbaik kami dan yang paling popular di kalangan ibu-ibu menyusukan lebih-lebih lagi ibu bekerjaya. Set apa tu ya? Mestilah Set 3M kami Red heart





Bagi yang masih baru mengikuti blog saya ini, Set 3M terdiri daripada kombinasi

  • Vita-lea (multivitamin)
  • Vitamin C
  • B-complex
  • Alfalfa
  • Ostematrix
  • ESP (Soy Protein Isolate Power)
Nampak banyak kan tapi jangan risau kerana setiap pembelian akan disertakan dengan Panduan Pengambilan yang betul dan Tips Eksklusif. Panduan pengambilan yang betul? Kenapa ya? Makan ikut suka je tak boleh ke?

Monday, October 22, 2012

Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) kepada semua golongan




ESP ni memang menjadi antara killer product Shaklee, bukan sahaja di kalangan ibu menyusu. Walaupun blog saya lebih terarah kepada audiens di kalangan ibu menyusu, tapi sebenarnya, kebaikan Shaklee ini adalah untuk semua. Untuk wanita  berkerjaya yang perlukan tenaga untuk uruskan rumah tangga, untuk wanita yang ingin menjaga keremajaan kulit, untuk pembesaran janin yang lebih baik, dan macam-macam lagi lah.. So, apa sebenarnya kepentingan Protein kepada kita?



KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.



Selamat Tinggal Kulit Kusam. Selamat datang kulit Cantik berseri





Wajah yang cantik, mulus dan berseri sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Pun begitu dalam keghairahan mencuba pelbagai produk, masih ramai yang tidak melihat dan mengenal jenis kulit sendiri. jadi jangan terikut-ikut atau mudah terpengaruh. Tips di bawah ini mungkin mampu membantu anda. Selamat Mencuba...

 
Kenali Kulit Wajah

Basahkan wajah dan biarkan selama satu jam tanpa mengoleskan produk kecantikan apa pun. Setelah itu, dengan menggunakan tisu, tekan bahagian hidung, pipi, dagu dan kening.

 
Awas Dehidrasi Kulit
 
Kandungan air dalam kulit merupakan faktor penting dalam menjaga produksi kolagen dan elastin. Berkurangnya jumlah komponen kulit tersebut membuat kulit mengalami dehidrasi, kulit tampak kering, kusam, kendur, bahkan bernoda gelap. Pilihan tiga jenis pelembap kulit berikut ini, boleh anda terapkan setiap hari agar kulit terawat dan selalu sihat.


Saturday, October 20, 2012

KELEBIHAN BERSEDEKAH DALAM MELAKUKAN JUALAN


sharing info ni dr blog tips jualan -->> http://tipsjualan.blogspot.com/
Semoga bermanfaat dalam menjalankan bisnes dengan lebih berkat..insyaallah

Baru-baru ini saya telah menerima hasrat seseorang yang di kenali sebagai Alief, memohon kepada saya agar dapat membahaskan serba sedikit tentang konsep sedekah dalam perniagaan.

Terima kasih kepada saudara Alief yang bertanya di mana saya amat menghargainya, di harapkan agar maklum balas saya ini telah memenuhi apa yang saudara kehendaki dan mahukan. Terima kasih sekali lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah SWT berfirman bermaksud "Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendaki Nya dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui" (Surah Al-Baqarah Ayat 261).

Janji Allah SWT kepada sesiapapun juga yang sanggup melakukan sedekah sama ada mengeluarkan sebahagian atau kesemua dari hartanya melakukan pemberian kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya. Bagi kita yang melakukan jualan dan menceburi bidang perniagaan ini lah asasnya kepada tugasan kehidupan kita. Dalam pencarian mendapat dan mencari keuntungan yang di kehendaki sebanyak yang termampu amalan memberi sedekah dan membantu kepada orang yang memerlukan sebagai satu kebajikan dan amalan membantu orang lain akan dapat membantu menaikkan lagi keuntungan perniagaan dan tugasan jualan yang dilakukan. 

Apa yang perlu dilakukan adalah

i.                    Berniat dengan betul dan telus

Apa yang hendak kita lakukan mesti di mulakan dengan niat. Tanpa niat sememangnya apa yang kita lakukan tidak akan ada apa-apa pun yang boleh kita dapati. Selain dari niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza  antara adat dan ibadat. Nabi Muhammad SAW telah bersabda mafhumnya "Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi dian setiap orang apa yang dia niat"   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan seperti bersedekah kepada sesiapapun yang memerlukannya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya "Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya" (Riwayat Al Baihaqi dan Ar Rabi')Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. 

Sukar Hamil? Tips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri



anak-itu-suci





















Tak dinafikan ramai yang bertanya dengan lebih lanjut berkaitan dengan kesuburan. Saya akui saya bukan doktor pakar tetapi saya pernah berada di situasi yang sama. Jadi saya hanya membantu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.

Kesuburan bukanlah masalah wanita sahaja kerana walaupun tidak ramai yang sanggup akui, lelaki juga berdepan dengan masalah kesuburan. Kesuburan wanita dikaitkan dengan keupayaan wanita menghasilan sel ovum matang yang sempurna, kekuatan tisu rahim untuk menampung kandungan dan kestabilan hormon. Kesuburan lelaki pula berkait rapat dengan keupayaan lelaki untuk menghasilkan sel sperma yang sihat, sempurna dan kuat serta kestabilan hormon lelaki.
Tidak ramai yang sedar bahawa selain ketentuan Allah, faktor nutrisi juga memainkan peranan penting dalam aspek kesuburan. Saya juga pernah berkongsi tentang vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita untuk memastikan kesuburan di tahap optimum (KLIK SINI) - sharing dr LIFEFIT.my.. semoga bermanfaat  utk anda semua ye


Thursday, October 18, 2012

Anak Susah Nak Makan? Sering Sakit? Berat Badan Susah Naik?




MealshakeKesihatan anak sentiasa menjadi fokus utama ibu bapa. Mana tidaknya kalau anak selesema sikit pun ibu dah sibuk cari ubat kan. Apatah lagi kalau anak-anak jenis susah nak makan atau ‘picky eater’. Asyik nak makan makanan ringan je. Nasi, sayur buah semua tolak tepi. Sebagai ibu, mesti risau kalau anak tidak mendapat zat dan nutrisi penting yang diperlukan utk tembesarannya kan.

Tambahan pula bagi ibu yang bekerja, anak sering demam atau selesema itu memang perkara biasa kan. Kadang-kadang kita pun naik hairan. Baru je baik dah demam/selesema balik. Tapi mana tidaknya, bila ke sekolah atau taska, memang mudah berjangkit dengan rakan-rakan lain.


Jadi hari ini saya ingin berkongsi satu lagi produk kegemaran ramai iaitu Mealshake. Dengan mealshake insyaAllah anak anda akan lebih berselera makan dan tidak mudah sakit.

Apa kelebihan Mealshake?

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan oleh badan untuk membesar
  • Sumber terbaik bagi protein, kalsium dan fiber yang amat diperlukan oleh badan
  • Berperisa vanilla. Sedap diminum dan boleh dibancuh dengan apa jua air kegemaran anak.
Tapi jangan tidak tahu, mealshake ni walaupun digemari kanak-kanak, sebenarnya sesiapa sahaja boleh amalkan mealshake ni.


Siapa yang sesuai ambil mealshake?

  • Kanak-kanak yang kurang selera makan, sering sembelitkurang aktif danmudah sakit.
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti
  • Ibu menyusu yang mahu kurus dan lancarkan penyusuan
  • Ibu mengandung yang mengalami alahan
  • Mereka yang sukar menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Orang tua yang mahu kekal aktif

 

Tingkatkan Penyerapan Kalsium dengan OsteMatrix™







Bagaimana memilih supplemen kalsium yang betul?



  1. Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium - Kenapa ek? Kerana Magnesium membantu penggabungan kalsium dengan tulang dan Vitamin D meransang penyerapan kalsium
  2. Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite. Kenapa ek..? Untuk mengelakkan keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chilated. Kenapa ek..? Kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin ketika dlm proses menyerap mineral.

Wednesday, October 17, 2012

1001 Khasiat ESP Yang Anda Belum Tahu..


Salam semua, bagi yang biasa singgah kat JOM SINGGAH ni, mesti perasaan asyik pasal protein je post.. tentu la, bila sudah JATUH CINTA dengan ESP maka ESP je jadi favorite utk bercerita titun.. yang pasti ESP nie banyak kelebihan, lagipun bulan ni ada oFFER GEMPAK nya.. setahun sekali pun susah nak jumpa offer HARGA RUNTUH ni..plus lak ESP tahan sampai JUNE 2014..bagi pencinta2 ESP, sila dapatkan ESP anda sekarang ye..nti bulan depan jangan menyesal lak bila tak dapat grab ESP banyak2.. 

Jadi kenapa ESP ni hot produk kami? Buat pembaca setia blog saya pasti anda sudah arif dengan pelbagai khasiat dan kelebihan ESP ni kan. Tapi buat mereka yang baru mengikuti blog saya dan nak ketahui khasiat dan kelebihan ESP ni, KLIK SINI

ESP Special Offer copy










Eczema, masalah kulit gatal, bersisik, menebal, pasti ada penawarnya, GLA & ESP!



Salam Sejahtera,

Minggu lalu ada beberapa customer bertanya tentang supplement terbaik untuk Eczema. Untuk penerangan lebih lanjut, hari ni el nak kongsikan sedikit info tentang eczema & cadangan supplement untuk masalah kesihatan eczema ni. Lazimnya kalau ke klinik, doktor akan beri krim steroid / injection bila keadaan kronik yang mana ianya boleh memberi kesan yang tidak baik jangkamasa panjang. Sampai sekarang kita tak tahu punca sebenar/sepenuhnya yang menyebabkan eczema. Namun antara faktor yang dikenalpasti adalah:

Faktor dalaman :

i. Genetik - sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah eczema, allergik, athma.

ii. Diet harian - makanan yang menyebabkan allergik- produk tenusu, telor, makanan laut, alkohol, pengawet dll

iii. Stress / Tekanan!

Faktor persekitaran :

i. Cuaca yang berubah tidak menentu, terlalu panas, lembab, bahan-bahan kimia, persekitaran tercemar seperti asap

ii. Alahan - binatang peliharaan, habuk, sabun, shampu, dll.



Eczema - Gatalnyaaaaa... tengok pun rasa tak selesa

Ya, eczema bukan penyakit berjangkit, tetapi ianya selalu mengundang ketidakselesaan pada pesakit. Biasanya kulit akan berasa panas, gatal, tompok-tompok merah, kulit kering bersisik atau berair, kulit kasar, menebal atau berkedut.

Mencari Etasbih @ Tasbih Digital utk kegunaan harian, berniaga, sebagai hadiah & pelbagai kegunaan lain

Tengah mencari zikir digital counter bagi memudahkan untuk berzikir, lidah sentiasa mengingati yang MAHA ESA..Dibawah nie terdapat pelbagai pilihan yang menarik iaitu biru, putih, hitam, kelabu, kuning, merah & purple.. Yang pasti senang dibawa ke mana sahaja & kecil malahan orang pun tak perasaan..Sambil drive pun boleh berzikir..hanya nk dengan tak je..



Packaging utk Etasbih @ tasbih digital



Di antara ciri-cirinya ialah: 

1.  Skop kaunter: 0- 99999

Tuesday, October 16, 2012

Panduan Memilih Vitamin dan Mineral Yang Baik





Dewasa ini, pengambilan suplemen (makanan tambahan) bukanlah satu perkara asing bagi kita. Suplemen bertindak untuk membantu mereka yang ada kekangan dalam mengendalikan pembahagian nutrisi yang sihat dan lengkap kepada tubuh. Bukanlah maksudnya mereka ini malas, namun lifestyle masakini yang hectic, ditambah dengan pencemaran di sana sini, cara masak yang kurang betul, menyukarkan kita untuk mendapat nutrisi lengkap tersebut .. bukan kepada kita, malah kepada ahli keluarga kita!

Justeru, suplemen menjadi pilihan. Namun, tahukah anda bagaimana mahu memilih suplemen terbaik buat anda dan keluarga anda? Yelah .. semua brand pun claim diri masing-masing bagus kan? Nah! Jom baca dan fahamkan panduan-panduan berikut :-

1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrum

Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.




2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (semulajadi)

Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan.

Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk berinteraksi dengan tubuh kita. Bagaimana mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam vitamin natural.

Anak cerewet nak makan, memilih, susah makan & dll.. Mealshake adalah penyelesaian



MEALSHAKE...

Bagi ibu-ibu yang risaukan anak mereka kurang makan, selalu selsema, selalu batuk-batuk, tak salah anda mencuba produk ini....produk ini memang sesuai untuk anak-anak anda..



ini antara testimoni seorang pengguna mealshake...beliau risaukan anaknya yang tak nak makan dan susah nak makan..

Tips Turunkan Berat Badan | Kurus Dengan Cara Yang Betul


Nak kurus, turunkan berat badan… simple saja sebenarnya. Bukan roket sains. 
Konsepnya –> bakar kalori setimpal dengan yang diambil. Tapi.. bagaimana caranya?
Look.. biasa tak kita dengar, atau alami sendiri situasi semacam ni:
Eton cuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan ‘diet’. Dia mengawal semua jumlah kalori yang diambil, melakukan senaman untuk mengurangkan berat badan. Akan tetapi, musim kenduri amat menakutkan Eton, kerana dia boleh naik berat badan dengan begitu drastik selepas makan kenduri.
Penat kan macam tu. Makan banyak sikit, berat naik.

Hmm.. mari kita tengok kenapa kebanyakan cara nak kurus dengan ‘diet’ tak berjaya.
  • Kebanyakan orang yang mengamalkan diet mengalami kekurangan nutrisi. Bila kita ‘cut’ makanan kita, kita akan mengalami kekurangan nutrien dan kalori. Memang betul bila kita kurang kalori, badan secara semulajadi akan menggunakan lemak. Tapi sebenarnya ia melibatkan kitaran hormon semulajadi tubuh sebab kita kekurangan nutrien juga. Jadinya, tak elok pun kecuali kalau memang tak ada makanan.
  • Diet kadangkala boleh mengganggu kehidupan sosial kita. Misalnya, serba salah nak join majlis kawan-kawan sebab takut ganggu program diet.
  • Berdiet sehingga memperlahankan metabolisma boleh mendatangkan “kesan yo-yo”
Apakah kesan Yo-Yo?

Kesan Yo-Yo atau Yo-Yo effect terjadi bila kita mengamalkan diet ketat, kerana bila badan kita kurang kalori, ia akan menggunakan lemak dan tisu otot sebagai bahan api. Nitrogen dibebaskan bila berlaku tindakbalas dari tisu otot, dan ia dibersihkan dan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing. Makin banyak penggunaan tisu otot, makin banyak nitrogen terhasil dan makin banyaklah air perlu dikeluarkan.  Keadaan ini boleh menyebbkan berat badan kita menurun oleh sebab pengeluaran air tadi.

Monday, October 15, 2012

Sunburn - Kulit terbakar dek panahan matahari?


SUNBURN..
Mesti biasa dengar perkataan ni kan? maksudnya mudah, kulit terbakar kalau terlalu lama berjemur bawah panahan sang mentari!... memang muka sunburn la jawab nya.. 

Penembusan cahaya-cahaya UV ke dalam lapisan dalam kulit akan meyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Keadaan ini dikenali sebagai suntan. Suntan bukanlah satu petanda bahawa anda sihat. Ini kerana suntan adalah respon kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit anda.

(gambo anak kecil comel sikit...ihsan gugel)


Resepi Bancuh ESP Shaklee SEDAP!

Dah try minum ESP? sedap tak? bagaimana rasa ESP ni? rasa soya lah! tapi sedap. Tapi bosan gak kalau asik bancuh ngan air kosong jer. untuk variasi dan nak lagi sedap kaw-kaw, ada resepi yang sedap untuk bancuh ESP Shaklee ni

  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + SusuAnmum
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana ESP
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung

NEW SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS, NOW WITH CITRUS BIOFLAVANOIDS! PROVIDE 525.35MG VITAMIN C!




Apa Citrus Bioflavanoid ni? 

Buah-buahan sitrus seperti lemon, limau, grapefruits, oren dan tangerin mengandungi banyak nutrien lain yang meningkatkan kesan vitamin C serta antioksida. 

Nutrien yg paling bermanfaat dalam buah-buahan sitrus ini adalah kumpulan flavonoid bioaktif yang juga dikenali sebagai vitamin P. Ia termasuk diosmetin, diosmin, hesperidin, narirutin, neohesperidin, nobiletin, quercetin, rutin dan flavone tangeritin.

Ia adalah penting untuk penyerapan Vitamin C dan kajian telah menunjukkan bahawa ia meningkatkan dan memanjangkan tindakan vitamin C.

Saturday, October 13, 2012

Hilangnya kasih seorang ABAH


ALLAHYARHAM MOHD NAZIR BIN ZAKARIA
(01.09.1951 - 13.10.2011)

Harini genap la setahun arwah abah meningalkan kami sekeluarga. YA ALLAH tempatkan arwah abah dikalangan orang yang beramal soleh..AMIN..

Sayu & sedih menyelubungi harini, hanya doa saja yang mengiringi setiap kali lepas solat.. Semoga segala amalan anak2 arwah Mohd Nazir Zakaria sampai disana.. Segalan nya aku mohon dari mu, pada Mu jua la kami beserah segala hidup mati kami..

Telah ditakdirkan arwah abah pergi dahulu setelah 4 tahun menderita sakit yang tidak tahu punca, hanya ALLAH sahaja yang tahu menderita arwah.. Semoga arwah tenang di sana..AMIN

Kami yang masih hidup perlu diteruskan hidup, bagi yang masih mempunyai ibu bapa berbakti kepada mereke selagi mereka masih hidup, bila ibu bapa dah pergi meninggalkan kita, kita tak boleh nak buat apa dah.. 



10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa




SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

·         1. Memberi bantuan keewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

·         2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE