Ada seorang ibu
bertanyakan samada tidak mengapakah sekiranya dia tidak minum susu
sepanjang kehamilan kerana dia tidak suka minum susu (atau mungkin
alahan). Jawapannya ialah TIDAK MENGAPA @ BOLEH. Namun demikian, adalah
wajib bagi ibu tersebut untuk menggantikan sumber kalsium yang dia
tidak mampu perolehi daripada susu dengan cara lain. Samada dia kerap
mengambil makanan yang kaya dengan kalsium atau melalui pengambilan pil
kalsium (yang seharusnya perlu lengkap magnesium dan vitamin D untuk
penyerapan optimum).
Apapun, ibu-ibu
sekelian, kehamilan bukanlah tentang diri anda seorang, tetapi juga
bayi yang anda kandungkan. Fikirkan tentang si kecil. Kemungkinan sikap
‘tidak mahu’ kita kini akan membawa kesan negatif kepada si kecil
dewasa kelak.
*~ sumber asal artikel : Kosmo Online – Kurangkan Komplikasi Semasa Meneran
Kurangkan komplikasi semasa meneran
APABILA
bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering
kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran
tulang.
Bagi
orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang
sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat
mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain
diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium
adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan
kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium
sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat
melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia
tua.
“Saya
terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil
kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan.
Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi,
folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan
Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah
Ahmad.
Beliau
yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga
berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan
pasangannya.
Apabila
berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar
jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet
tinggi zat kalsium.
“Sebanyak
75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang
mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka
khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat
melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas
Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram
kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang
diperlukan orang dewasa.
Ia
bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak
satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang
mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula
yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika
ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat
banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju,
dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi
menggantikan susu.
“Selain
produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi
zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah
satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata
Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka
tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium
yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi
ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi
secara fizikal.
Selain
itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan
transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya
kontraksi.
“Banyak
penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang
disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium
yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala
tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan
itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan
masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi
ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara
amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa
dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling
ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar
khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan
menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu
itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya.
Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka
yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat
kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap
osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk
mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di
hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar
pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan
tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan
kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu
sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang
kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun
sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus?
Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap
kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya,
ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan
pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk
mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun
sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan
zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada
bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu
selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada
komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh
yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang
hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil
kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula
jadi.
Sekiranya anda adalah daripada kalangan mereka yang alah dengan susu, saya sarankan pengambilan Ostematrix daripada SHAKLEE, gabungan lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D, serta mudah larut. SMS 0199517292 utk Harga diskaun
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu