Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Saturday, April 28, 2012

Mengatasi masalah kulit berminyak, jerawat dan jeragat. Petua dan moden.



Zaman remaja, proses peningkatan individu ke alam dewasa menjadi lumrah alam bila hormon kita dikatakan tidak stabil dan menyebabkan kulit mudah berminyak dan paling teruk apabila mempunyai masalah kulit seperti jerawat. Ibu pernah melalui kulit yang sangat berminyak, sehingga menyebabkan kelahiran jerawat halus seterusnya jerawat batu....

credit to kak N for sharing


Ibu masih ingat lagi seorang kawan kolej zaman belajar di Universiti dulu....dia akan cuba elakkan untuk makan sebarang jenis kekacang demi mengelakkan jerawatnya keluar. Tapi selepas ibu mengenali Shaklee dan membanyakkan bacaan mengenai kepentingan makanan, kekacang merupakan salah satu sumber protien yang lebih mudah dihadamkan berbanding sumber haiwan seperti daging dan ayam.

Melalui pembacaan, ibu mendapati kulit berminyak mempunyai kaitan dengan banyak aspek...luar dan dalaman seseorang iaitu dari segi pemakananan. Masih ibu ingat lagi, sejak Asasi UM lagi ibu sendiri yang cari di Farmasi untuk beli sejenis entah la nak kategori vitamin pun mungkin ye jugak....Anti Acne. Ibu akan makan ini supaya jerawat tak keluar. Tapi masalahnya bila tak makan, jerawat yang keluar pula ialah jerawat batu....sampai selalu di usik kekawan...ha, ni mesti kuat berangan. Boring betul.


Bila cuti semester, terutama bila balik rumah atok (kami memang menetap dengan arwah atok lepas abah meninggal dunia)...mak suruh cuci muka dengan daun jambu batu. Mak kata banyak khasiat daun jambu batu untuk bersihkan muka dari jerawat dan boleh menghaluskan kulit. Bila kita dalam keadaan desperate, for sure apa yang orang kata bagus kita akan cuba. So ibu akan rajin petik daun jambu batu untuk dibuat scrub di muka.

Selain itu ibu suka basuh muka dengan limau nipis...kononnya nak buang minyak-minyak dalam liang kulit....ibu akan stim kan muka untuk membuka liang-liang kulit muka, then ibu akan gosokkan limau di kulit muka.....pedih? Tak usah cakap...memang sangat pedih. Ibu tak buat selalu...adalah dalam sebulan mungkin sekali. Namun scrub muka dengan daun jambu batu boleh kata setiap hari sebab rumah atok ada banyak pokok jambu batu.

Tapi itu dulu, namun sejak kahwin dan menetap di Miri, susah nak cari daun jambu batu ...takkan nak asyik minta kat jiran kan...so ibu hanya amalkan makan vitamin. Sebab melalui banyak bahan bacaan ibu dapati pemakanan juga menyumbangkan ke arah kecantikan luaran seseorang. Elakkan makanan berminyak seperti kulit ayam goreng terutamanya.


Pengambilan vitamin yang membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik ialah :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Vitamin B complex
 
ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C
 
ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E 
 
terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien 

sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.



Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan tompokan hitam bekas jerawat, boleh cuba amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin yang dinyatakan atau selain itu boleh amalkan pengambilan supplement jika mampu. Tidak salah kita peruntukan sedikit kewangan untuk kecantikan diri sendiri.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH 

No comments:

Post a Comment

Sila komen ye..jangan malu-malu

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE