Tidak
dinafikan, bila bercakap tentang suplemen dan vitamin, ramai yang
mencebik bibir. Malah ramai yang takut overdose dan sebagainya. Di sini
saya cuba kongsikan kesilapan2 menilai suplemen vitamin, dan tips-tips
agar kita semua dapat membuat pilihan terbaik dan sewajarnya.
1. Membandingkan suplemen vitamin dengan makanan
Makanan adalah makanan, suplemen
adalah suplemen. Pengambilan suplemen tidak bermakna anda tak perlu
makan, atau boleh makan makanan rapu. Suplemen adalah MAKANAN TAMBAHAN
untuk menambah baik pemakanan sihat anda.
Walau anda mengambil vitamin dari A sampai Z pun, anda harus makanan makanan sihat.
2. Tidak mengetahui hakikat suplemen yang sebenar
Suplemen, makanan tambahan, merujuk
kepada semua makanan kesihatan yang bukan makanan utama. Suplemen
bukan tertakluk kepada vitamin dalam bentuk pil sahaja, malah semua
sekali termasuk jamu, minuman tenaga dan sebagainya.
Suplemen yang berbahaya boleh jadi suplemen dari bahan sintetik, atau 'suplemen' dari bahan2 yang tidak diketahui sumbernya.
3. Keperluan suplemen bukan pilihan
Kita boleh makan sayur dan buah
berkilo-kilo setiap hari. Tapi tahukah anda khasiat buat hari ini tidak
sama dengan 30 tahun lepas, di mana tanah pertanian mengalami
kekurangan sumber galian. Tambahan pula proses pemetikan yang
mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayur itu sendiri.
Tahukah anda buah-buah dipetik
semasa belum masak? Tahukah anda bahawa buah yang belum masak tidak
mempunyai nilai nutrien yang optimum?
Seperti seorang bayi pramatang, dia
perlukan pelbagai support kerana tubuhnya masih belum mampu untuk
bekerja dengan sendiri. Begitu juga dengan buah-buahan yang kita makan.
4. Semua penyakit bermula dari perut
Hakikatnya, kita bukan saja makan
makanan kurang berkhasiat (makan rapu, fastfood) tapi kurang nutrisi
dibandingkan zaman datuk nenek kita dulu. Makanan kita sudah tidak
mampu untuk 'cover' radikal bebas yang terhasil dalam setiap
tindakbalas sel, ditambah pula ia semakin rancak dengan pencemaran yang
kita sedut setiap hari.
Jadi kita perlu makan antioksidan bagi mengurangkan gejala ini.
5. Suplemen vitamin bukan ubat
Ubat kita makan semasa sakit,
vitamin kita makan semasa sihat. Suplemen vitamin adalah pencegahan
untuk pelbagai penyakit. Bila dah sakit, makanlah vitamin apa pun, anda
takkan sembuh dengan cepat, sebab vitamin tindakannya perlahan..
6. Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi
Adakah semua vitamin sama? Tidak.
Badan kita memerlukan sumber makanan untuk ia bertindakbalas dan
mengambil kebaikan darinya. Pengambilan vitamin sintetik ( bukan dari
sumber makanan) memberi kesan tidak elok kepada tubuh dalam jangkamasa
yang lama.
Oleh itu pilihlah vitamin
semulajadi, yang dibuat dari bahan-bahan makanan agar tubuh kita dapat
menggunakannya dengan optimum dan tidak mendatangkan mudarat di masa
depan.
Tanya diri anda, adakah anda sudah bijak menilai suplemen vitamin?
Dapatkan maklumat tentang vitamin
dan sebarang suplemen di tempat yang betul. Hakikatnya ramai orang yang
anti-vitamin dan keliru antara kesan sampingan dan krisis penyembuhan.
Jadi, tujukan soalan anda kepada sumber yang tepat ^__^
Credit - vitaminsemulajadi.net
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Bg yang kekangan kewangan, sila contact utk mendapat harga istimewa:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
Fanpage - JOM SINGGAH
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu