Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

**Terima Kasih Yee.. Dapatkan Pelbagai Diskaun Menarik di JOM SINGGAH

^^FANPAGE - JOM SINGGAH- TIP KESIHATAN PERCUMA^^

JOM SINGGAH on Facebook
ads ads ads ads ads ads ads ads ads

Untuk Sebarang Pertanyaan - ISI FORM NIE





Thursday, August 30, 2012

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Ikhlas


·         Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
·         Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
·         Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).


Stretch Mark?? Ketahui apa Stretch Mark dan Cara Penyelesaiannya







Apa itu Stretch mark?

Ia adalah garis-garis putih yang terdapat pada beberapa tempat seperti perut, payudara, paha, lengan.Ia muncul akibat kulit meregang dalam waktu singkat sehingga kulit kehilangan elastisinya. Stretch mark kerap muncul pada wanita saat hamil atau saat badan mengalami kegemukan yang awalnya kurus.

"Hampir 90% wanita hamil terkena stretch mark," kata dr. Nanden S. Prabu, SpKK dari Obagi Dermatologi Medical Clinics.

Kulit terdiri dari tiga lapisan, lapisan paling dalam disebut subcutaneous, lapisan tengah dermis dan yang paling luar epidermis.

Terjadinya stretch mark adalah pada lapisan dermis. Lapisan ini dipenuhi dengan pembuluh darah, sebenarnya lapisan ini terbuat dari jaringan elastis, namun bila tubuh membesar dalam waktu singkat, saraf ini akan melemah dan akhirnya pecah akibat kulit yang menipis.

Stretch mark banyak terdapat pada wanita berkulit gelap karena mereka lebih banyak menghasilkan melamin. Stretch mark tak boleh dihilangkan tapi mampu utk dikurangkan dgn pengambilan makanan (sayur-sayuran dan buah-buahan,), pengambilan air yg byk dan boleh juga sapu pelembab utk menjaga elastik/kekenyalan kulit.

Iklaneka - kek gula hangus, kek coklat , kek Keladi dan apam polkadot dibuka untuk tempahan utk area Kota Bharu

Ni iklan sampingan jap..

Pas raya ni my sis duk lama kt kampung, berbisnes kek2 lak sementara teman mak kt kampung.
Bagi orang2 kawasan kota bharu yang sedang mencari kek gula hangus, kek coklat , kek Keladi dan apam polkadot dengan harga berpatutan, sila contact Mazni Haznira 016-9504232 or my mum 019-9164684.


Jom cuci mata ye.. jgn melelh air liur dah la..tq Mr. Google for all the pic









Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Prevention is better than cure.. Vitamin C VS Perokok Tegar



Aduhai Perokok...


Testimoni normal yang biasa saya dapat dari perokok setelah mencuba vitamin C Shaklee...
"kahak aku kuar jadi hitam pekat,lega skit rasa paru2..kalo selsema mkn 2 biji C,okay skit flu"...
Tu la testemoni dari seorg yg heavy smokers... Tak cayo anda boleh cuba buat experiment ni!
"masukkan sebiji Vit C Shaklee ni kedlm air yg berisi air putih + beberapa titik iodin(kalo dlm paru2, yg hitam ni nikotin).... lepas tu kacau air dlm gelas tu... jadi jernih air dlm gelas tu... amazing.. "
Info lanjut tentang vit C...klik Vitamin C

Carotomax :Vitamin utk mata dan Kanser."Sel2 diserang berjuta radikal bebas. Apakah yg dapat membantu?"



Hari ini kita baca tentang Vitamin untuk mata dan mencegah kanser ye.. JOm baca

_____________________________________________________
Perlindungan Sel-Sel dari Dalam* 

Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel. 

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan

Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Wednesday, August 29, 2012

Kepentingan Memakan Vitamin Semasa Mengandung.. Berikan yang terbaik utk kandungan anda




Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.

Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.

Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Cinch & Lecithin- kurus dan sihat cara mudah.. Nak lawas lagi, tambah herblax.. kesan nya lg mengujakan



Yes..Kepada sesiapa yang nak cari makanan pengganti yang boleh mengenyangkan, cubalah Cinch shake mix ni. Lepas bancuh dan minum, rasa kenyang dah bolehlah berdiet secara sihat. Ada 3 perasa yang yummy 
Coklat,Vanilla dan Caffe Latte. Untuk membantu proses pembuangan pulak(opss), tambah   lecitin. Lecitin ni bantu pecah lemak kerana ia bersifat larut lemak. Bagus untuk otak juga. Jom baca testimonial Nani selepas sebulan mencuba.


Selamat utk ibu2 menyusu..

Credit


LECITHIN RM52.50
CINCH RM173 


SEIMBAS LALU PASAL PRODUK


Cinch™ Shake Mix


Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


5 RAHSIA PENTING KULIT CANTIK


Wajah sempurna tanpa setitik noda sentiasa menjadi impian setiap wanita. Mengimpikan wajah mulus bersih namun terus mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat tentunya amat su kar untuk merealisasikan segala keinginan itu. Lihatlah apa yang anda sedang lakukan kepada diri sendiri. Hindari segala yang negatif dan katakan segar dan sihat buat kulitmu.


1. Katakan tidak kepada rokok
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

Kenapa Perlu Ambil Suplemen???


Saya nak tanya... Perlu tak ambil suplemen??? Mesti ada yang jawab PERLU, ada yang jawab TAK PERLU... Ok, cuba baca kat bawah ni sebab2 kenapa perlu ambil suplemen....




Sering terdedah terhadap PENCEMARAN ALAM SEKITAR




Mengamalkan GAYA HIDUP TIDAK SIHAT




makanan seimbang


Badan kita memerlukan DOS YANG LEBIH TINGGI bagi sesetengah NUTRIEN






PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Saturday, August 18, 2012

10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa



SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

·         1. Memberi bantuan keewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

·         2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


Friday, August 17, 2012

Info Vitamin C..


Tahukah Anda??
Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, serti arnab mampu menghasilkan 18000mg Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang secara berterusab dr tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap
 hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksid.

Kajian Dr James Scala telah menunjukkan adalah selamat untuk mengambil 5000mg hingga 10000mg Vitamin C setiap hari. Dr Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18,000mg sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun

Vitamin C yang memadai dr buah??

Setaiap hidangan buah2an membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah2an akan menghasilkan Vitamin yang lengkap dalam masa 10 Hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian buah yang tidak ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah pada kepanansan.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Amalan Sunnah Rasulullah di Hari Raya Aidilfitri



Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN buat semua Guru-guru,sahabat-sahabat,teman-teman seperjuangan serta para pengunjung yang mengunjungi hikmah sejati jazakallah di atas sokongan serta silaturahim. 

Hari Raya Aidilfitri merupakan kemenangan bagi umat Islam yang melepasi godaan nafsu dengan berpuasa dan menahan diri dari lapar dan dahaga sebagaimana Rasulullah bersabda 

"Kami pulang daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar,sesungguhnya jihad melawan nafsu itu lebih besar"

Sempena dengan hari kemenangan ini sepatutnya umat Islam mengisinya dengan aktiviti yang terus mengekalkan dirinya dalam keadaan fitrah yang suci setelah dosanya diampunkan Allah sebagai mana Rasulullah bersabda :

Kelebihan BerZIKIR..



1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.

Cantik Dengan Vitamin C ..Kenapa Vitamin C??




TAHUKAH ANDA??
------------------

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah.
Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah..


KEBAIKAN VITAMIN C YANG PILIH
--------------------------
-----------
-Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh.
-Ia adalah vitamin serap air maka ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi.
-Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan mudah rosak.
-Ditambah badan akan mula kekeringan disebabkan cuaca yang panas tadi. Ini boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit.

11 Tanda-tanda mereka yang mendapat kebahagiaan dalam hidup



1- Menjauhkan diri dari urusan yang mementingkan keduniaan semata-mata dan suka kepada semua urusan yang berkaitan dengan urusan Akhirat.

2- Berkeinginan kuat untuk beribadat dan membaca Al-Quran.

3- Tidak bercakap perkara yang tidak mendatangkan pahala.

4- Memelihara solat lima waktu.

5- Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6- Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

7- Merendahkan diri dan tidak takabbur.

8- Bersifat dermawan dan mulia.

9- Mempunyai sifat belas kasihan terhadap sesama makhluk.

10- Bermanfaat untuk orang lain.

11- Sentiasa ingat akan mati.

Rujukan : Kitab Figh Nasihah. M/S : 14-15.

Thursday, August 16, 2012

Lagi pasal Testimoni Set Berpantang Shaklee - Badan pun cergas & luka jahitan cepat sembuh..



Intai2 blog group euphoria biz nie, terjumpa psal testimoni ibu2 yang telah berjaya & gembira berpantang dengan set berpantang shaklee.. tq rahsiavitamin.com utk perkongsian nie.. Anda bila lg??

Malam tadi saya terima berita gembira dari Puan Nor yang berada di Seremban.
Beliau sudah selamat melahirkan bayi keduanya, seorang bayi perempuan pada 25hb April 2012 yang lalu. Tahniah Nor!! Dah dapat sepasang ek. Kini Puan Nor sedang berpantang dengan SET BERPANTANG (SET C). Set ini boleh diambil oleh ibu-ibu lepas bersalin samada bersalin secara normal mahupun ceaserean.

Jadi hari ini saya ingin kongsikan pengalaman Puan Nor yang baru 2 minggu berpantang dengan Set C, setelah mendapat keizinan beliau. Mungkin ada di antara pembaca RV.Com yang sedang tercari-cari set bersalin, Set Berpantang kami adalah pilihan terbaik untuk anda!
AsSalam..kak yati, sy tlh selamat bersalin 25/4..dapat bby girl..alhamdulillah sejak hr kedua amik set berpantang shaklee badan saya rase cepat sgt recover..xde pon rs pnt walaupun kena jg si abg dan bby skali..

Si abg tgh lasak pulak..hehe..sy perasan luka jahitan ms melahirkan cepat sembuh, air susu byk dan sy x mengantuk walaupun kurang tido mlm..berpantang kali ni dgn shaklee jauh berbeza dgn berpntg ank pertama tnpa shaklee..buang air bsr pn lawas..xde pon sembelit mcm pntg dulu..cume perlukan ms utk turunkan brt bdn..hehe..brt naik byk sbb ms mengandung selera je mkn mcm2...
Ini adalah antara vitamin yang menjadi pilihan Puan Nor sebagai pelengkap berpantang beliau:-

10 Kelebihan Insan yang Bergelar Ibu..!!


Kelebihan seorang ibu.. Kalau nak ikutkan kelebihannya bukan 10 aja..mungkin tidak terhitung dibuatnya...tapi kalini kita nak selongkar antara beberapa kelebihan seorang ibu itu...


Ibu...Syurga Dibawah telapak kakinya..

1. 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil

2. Wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.

4. Satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala

Panduan Memilih Vitamin..



Salam buat pembaca budiman. alhamdulillah sejak makan supplement rasanya keadaan kesihatan makin baik dan makin bersemangat nak bangun pagi. dulu pernah juga makan supplement tapi tak boleh nak maintain sebab terlalu mahal. Runsing dengan keadaan kesihatan yang mudah jatuh sakit dan sering pening nak tumbang, saya cuba mencari jalan penyelesaiannya. banyak perkara yang saya pertimbangkan... sakit rohani? sakit jasmani? nanti saya cerita lebih lanjut.

credit to Hadhatina

Dewasa ini, pengambilan suplemen (makanan tambahan) bukanlah satu perkara asing bagi kita. Suplemen bertindak untuk membantu mereka yang ada kekangan dalam mengendalikan pembahagian nutrisi yang sihat dan lengkap kepada tubuh. Bukanlah maksudnya mereka ini malas, namun lifestyle masakini yang hectic, ditambah dengan pencemaran di sana sini, cara masak yang kurang betul, menyukarkan kita untuk mendapat nutrisi lengkap tersebut .. bukan kepada kita, malah kepada ahli keluarga kita!

Justeru, suplemen menjadi pilihan. Namun, tahukah anda bagaimana mahu memilih suplemen terbaik buat anda dan keluarga anda? Yelah .. semua brand pun claim diri masing-masing bagus kan? Nah! Jom baca dan fahamkan panduan-panduan berikut :-

1. Vitamin yang diambil hendaklah full-spektrum


Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.

Wednesday, August 15, 2012

Supplement seisi keluarga dan tips pengambilan.



Sekarang ramai yang menghantar email bertanya apakah vitamin yang boleh diamal seisi keluarga. Bukan hanya untuk diri sendiri tetapi memikirkan kasih saya terhadap suami tercinta dan anak yang dikasihi, kesihatan kini menjadi keutamaan ditambah hari ini penyakit datang tanpa di duga.

Apakah set yang paling sesuai untuk sesisi keluarga?



Saya memperkenalkan Family Wellness Set yang terdiri daripada Energizing soy protien [ESP], B complex, Vitamin C dan Vitalea.

ESP adalah protien. Sel kita terbina dari protien, dan memang kita boleh dapatkan protien dari ikan, daging, telur dan ayam serta sumber kekacang namun tanpa kita sedari keperluan protien adalah sangat tinggi untuk pembentukan sel dalam tubuh kita dan kekangan yang kita hadapi juga tinggi. Iaitu protien hanya hidup pada suhu lebih kurang 37 darjah celcius yang bersamaan dengan suhu badan kita. Lebih dari itu protien mudah rosak dan kandungan asid amino mudah terjejas. Maka pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protien sebenarnya. Sek yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protien. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.

Tips bagaimana nak bancuh untuk seisi keluarga : Buatkan air milo suam atau jus oren/ manggo dalam satu jug  maka tambahkan 2-3 sudu ESP ke dalam minuman tersebut dan boleh dinikmati seluruh keluarga sewaktu bersarapan.

Kenapa Perlukan Pemakanan Tambahan ?




Makanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :

  1. pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
  2. pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
  3. gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat, seimbang
  4. pemakanan yang tidak seimbang. 
Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan.

Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur ! Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.

Monday, August 13, 2012

20 Amalan Murah Rezeki




Assalamualaikum warahmatullah,

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar 

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Keistimewaan al-Quran, malam lailatulqadar


 

Keistimewaan al-Quran, malam lailatulqadar

Ulama bersetuju al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya. 

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq
, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini. Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat. 

Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran. 

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan). 

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. 

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5) 
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun. 

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka. 

Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

Tips Memilih Kalsium yang Terbaik..





Tahukah Anda??

Kalsium tak di hasi secaral semulajadi dlm badan..so, kita perlu mengambil susu or suplement utk kuatkan tulang dan gigi anda,sblm ia hilang sblm waktunye...


Sumber kalsium tubuh kita dpt melalui 2 cara..

1- dari makanan yang kita makan
2- dari dalam tubuh kita sendiri apabila kita tidak fulfill cara 1

Ramai yg pandang enteng tentang kekurangan calcium dari pengambilan makanan harian, akibatnya badan akan mengambil kalsium yg disimpan di tulang dan gigi utk kegunaan badan..

disebabkan itu, ramai ibu2 yg BF mengadu..mengalami kerosakkan gigi..rasa sakit pinggang..sendi..lenguh2.. BEWARE..anda mungkin sedang menggunakan kalsium simpanan hari tua anda ;(

Dipetik dari Harvard Health Publication


Kenapa Vitamin C Shaklee perlu dipatah dua jika demam dan selsema?




Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg


Perasankah anda di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained releasedbagi mereka yang membeli fullpack bleh g tgk botol vitamin c anda sekarang.. Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Namun apabila kita demam atau selsema, saya akan advise amik sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam.. Selain itu, saya akan advise agar vitamin C itu dipatah dua sebelum ditelan..


Cadangan Vitamin Untuk Pelajar utk lebih fokus



Panjang pula introduction saya. Harini saya nak berkongsi info dengan anda semua tentang suplemen yang sesuai untuk mereka yang masih belajar, tak kira peringkat umur. Cadangan suplemen untuk golongan ini ialah :
  • B Complex DAN
  • Lecithin ATAU
  • Omega Guard
SuplemenKenapa?
bComplexSangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa(mood baik). So, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam
lecithinLecithin mengandungi choline which is essential in the proper functioning of the brain. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholinepenting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,etc. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati adalah lecithin.
shaklee-omegaguardMengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA, dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.. yes pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang. Juga penting untuk kesihatan kardiovaskular (berkaitan imuniti)
credit
Hadha

Jadi, pilihan terletak di tangan anda.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
Your Shaklee Independent Distributor (ID - 854784)

Stabilkan Hormon dan Hilangkan Jeragat di Wajah dengan GLA Complex



Namun, tahukah kalian bahawa selain daripada Vitamin E itu sendiri, di Shaklee, ada satu lagi vitamin yang boleh membantu kalian mendapatkan kulit yang halus, bebas minyak, bebas jeragat dan licin?

Ini dia vitaminnya - GLA Complex.

Takmo cerita panjang. jom baca entry ini (credit)

Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya....salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.
Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu.

Kepada kalian yang berminat mahu mendapatkan GLA Complex ini (sebotol 60 biji softgel RM93.00), boleh hubungi saya untuk dapatkan special price dan konsultasi cara mendapatkan kulit cantik dengan set kecantikan kulit bersama GLA Complex.

Fakta Menarik Tentang Kebaikan Vitamin C




FAKTA MENARIK TENTANG KEBAIKAN VITAMIN C

Asas yang perlu kita tahu tentang Vitamin C ialah ianya tergolong dalam kumpulan vitamin larut air
Bermakna ia perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam 
tempoh masa 1 - 3 hari. Sumber vitamin C adalah daripada buah-buah sitrus, beri dan sayur-sayuran.

Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh

  • ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu,                  meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat                                          (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN – kolagen tubuh memerlukan vitamin C
  • IMUNITI – meningkatkan imuniti
  • SERAP ZAT BESI
  • SINGKIR TOKSIN – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat                                         dan membuangnya dari tubuh

Monday, August 6, 2012

Vitamin Shaklee boleh hilangkan parut jerawat dan kuatkan antibodi badan

Testimonial dari Wani yang telah setia menggunakan B Complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa dan Vitamin E. Untuk pengetahuan umum, vitamin yang senonim dengan kecantikan adalah A, C dan E. Wani telah mengambil sebahagian darinya dan supplemen untuk kesihatan yang asas lain juga. Jom baca!

Buat pengetahuan korang semua aku dah consume  supplement ni sejak zara berumur 6 bulan until now

Tapi baru-bari nih dekat 2 bulan aku tak consume sbb budget ciput huhu.. aku suka beli set besar sbb lagi jimat Semalam baru aku consume balik


Tips Kulit Cantik Berseri.. Cara lama vs cara moden

Tips Muka Berseri Cara 1 :

Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut

Tips Muka Berseri Cara 2 :

Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas


Nak Muka Berseri-seri, kena rajin amalkan Tips Muka berseri kat atas nie.. Anda ada 2 cara Tips Muka Berseri.. moga mendapat manfaat..

Kalau nk cepat  dan cara moden untuk wajah berseri @ kulit cantik berseri, jom try Set Kecantikan



Set Kecantikan mengandungi vitamin-vitamin hebat untuk mendapatkan kulit cantik iaitu B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

JAWAPAN SEGERA

Name:
Email Address:
Pertanyaan mengenai produk @ harga

Form provided by Freedback.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM SINGGAH E-STORE