Berpantang?? Bagi yang menimang cahaya mata yang pertama tentu dah biasa berpantang kan?? Bagi yang berpantang cara kampung, tentu mak hanya bagi nasi kosong dan ikan bakar je..Berpantang dari hari 1 bersalin hingga 44 atau 100 hari.
Tahukah anda bahawa pemakanan merupakan benda yang paling penting semasa pantang untuk ibu2 tampil sihat dan cergas ye. Jom baca info lanjut tentang jenis makanan yang perlukan semasa pantang
JENIS MAKANAN BERKHASIAT YANG PERLU DIAMALKAN IBU DALAM PANTANG
JENIS IKAN
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana
makanan tersebut dipercayai akan menyebabkan darah nifas berbau busuk
dan melemahkan daya tahan fizikal dan mental. Ibu berpantang perlu
memakan ikan yang segar dan mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal
hitam, terubuk, pari, sembilang dan parang kerana dipercayai menyebabkan
biasa atau bentan pada pintu rahim.
Selain itu jenis ikan yang boleh menyebabkan kegatalan kulit serta
menyebabkan alahan/alergik seperti ikan kembung, tamban, tongkol,
cencaru dan makanan laut lain seperti udang, sotong, kerang, ketam dan
lain-lain.
Antara ikan yang disyorkan dalam pantang ialah ikan haruan dan ikan yu.
Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan
mengandungi kandungan zink yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Ikan yu
pula dipercayai dapat membanyakkan susu ibu.
JENIS ULAM-ULAMAN
Terdapat pelbagai jenis ulam
tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas,
daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia.
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai
vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain itu, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam
raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun
cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
JENIS SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Ibu berpantang dilarang memakan
sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung,
timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti
(bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk
maman, petai, jering serta terung.
Ibu selepas bersalin juga harus
mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau,
kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian
belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak,
pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu,
ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.
Makanan tersebut dilarang kerana
dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.
Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat
dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
JENIS AYAM DAN BURUNG
Ibu dalam pantang disyorkan memakan
ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua,
garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk
mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk
melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu
malam.
kredit - http://mummysayf.blogspot.com/
Info lain mengenai Pantang bersalin::
Berpantang dengan Vitamin Shaklee : Tampil Sihat dan cergas..
Buntu Pilih Set Bersalin? Pilihan ditangan Anda untuk memilih Set Bersalin terbaik
Tips Berpantang:: Kekal Bertenaga Sepanjang hari dengan Set Berpantang Shaklee
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sila PM utk mendapatkan detail mengenai produk:
Email - pokoksena85@yahoo.com
SMS - 0199517292
FB - http://www.facebook.com/pokoksena85
Fan Page - http://www.facebook.com/JomSinggah09
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu