ASAM KEPING/ASAM GELUGUR YG SUDAH DIKERINGKAN |
Kandungan Khasiat Buah Asam Gelugur/Keping
Buahnya berwarna kekuningan berbentuk seperti buah labu. Selalu digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti laksa masakan asam pedas, dsb. Ianya juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.
BUAH ASAM KEPING/ASAM GELUGUR |
Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) daripada asam gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak bertoksik (beracun), tanpa perasa, serbuknya tidak berbau dijadikan sebagai herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukan dan kolestrol. HCA bertindak mengekang, menghalang dan menghadkan pengumpulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan asam gelugor terdiri daripada unsur aktif 50% dan 70% HCA.
Kandungan lain buah ini adalah Asid Citric seperti , tartaric, malic dan asid ascorbic , acid hydroxy citric , dan flavonoids. Bila dipotong nipis dan dikeringkan dibawah matahari dipanggil sebagai “Asam Keping” ia dugunakan dalam penyediaan beberapa jenis masakan dan rasanya amat masam.
Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur
Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu di kawasan Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan.
Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;
1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar
2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan
3. Mereka yang terlalu gemuk
Buah Asam Gelugur bukan jenis makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan.
ASAM GELUGUR KEPING YANG DIKERINGKAN
Berapa banyakkah yang perlu dimakan?
Asam gelugur yang kini semakin digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah. Jumlah yang baik bagi pengambilah HCA tidak diketahui, walau bagaimanapun pengamal pengawal berat badan mencadangkan 500 mg HCA diambil 3 kali sehari sebelum makan, jumlah yang terlalu rendah dibandingkan dengan yang digunakan dalam uji kaji keatas binatang (berdasarkan per kilo berat badan asas).
Kesan HCA lebih memberangsangkan jika diambil dengan pemakanan rendah lemak kerana HCA tidak melakukan apa apa untuk mengurangkan kesan kalori pada pemakanan lemak. Tindak balas mekanisma HCA adalah hanya sebahagian sahaja menghalang penukaran gula asas (simple sugars) kepada lemak, tapi ia amat sesuai dan berkesan apabila diambil dengan gula asas yang tinggi. Pemakanan yang tinggi serat menyebabkan kerosakan Peyerapan HCA seperti dinyatakan sebelumnya.
Unsur utama dalam Asam Gelugur ialah ‘Acid Hydroxyl Citric’ (HCA). Dalam kiraan asas harian, HCA terbentuk dari 20-30% buah-buah kecil (berry). HCA yang terkandung di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan.
Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas :
1. Menyekat selera
Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.
2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)
HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.
Mekanisma terkini berdasarkan dari fahaman penolakan lemak oleh pembentukan orgarnisma semulajadi atau mekanisma gangguan pembentukkan lemak metabolisma yang menghasil dan mengekalkan kegemukan.
Buah Gelugur dan fisiologinya :
Bahan aktif, asid hydroxycitric (HCA) diekstrak dari kulit buah gelugur sebagai bahan menggalak pengurangan berat badan. Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk seketika melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.
Kegunaan Dan Khasiat Buah/Asam Gelugur :
1. Mengecutkan Rahim & Menurunkan Berat Badan
Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.
2. Mengubati Masalah Penghadaman
Amalan Perubatan India kuno (Ayurveda) bagi ianya digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.
3. Merawat Masalah Perut
Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut.
4. Menurunkan Tekanan Darah
Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.
5. Merawat Sakit Telinga
Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.
6. Melegakan Sakit Gusi
Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.
kredit ilyasharis.blogspot.my
Stevia Bukan Ubat tapi Penganti Gula Putih Terbaik.
Harga Sebotol RM50 Sahaja Exclude Postage..
Beli 3Botol RM140 Free Membership dan harga lepas join ahli lagi murah tau.
Cod sekitar bandar Kota Bharu ye hingga koklanas.. tapi dari tunjung hingga koklanas ikut kelapangan sahaja.. kota bharu insyallah setiap hari ye..
**************************************************************************
withlove
Mcna
sms/wassap 0199517292
withlove
Mcna
sms/wassap 0199517292
Msg thru FB- https://www.facebook.com/messages/JomSinggah
Ig @sneklazatsedap
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu