SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.
Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BARU
untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan
Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh
Malaysia.
Program ini adalah aktiviti kebajikan
dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan. Team ini bermula pada
tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan
rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki
tahun ke tiga (2012).

TUJUAN DAN MATLAMAT
Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan daripada sasaran yang akan diputuskan nanti.
URUS SETIA
Team ini dikendali oleh satu urus setia yang komited menjalankan tugas pada luar masa pejabat.
KAEDAH DAN CARA
Melalui pages Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan laman web rasmi www.SehelaiBaju.com kami dari masa ke semasa akan menguar-uarkan keperluan baju-baju tersebut berserta dengan saiz dan ukuran baju-baju yang diperlukan.
Bagi individu yang ingin menyumbang adalah digalakkan merujuk kepada saiz-saiz yang dipaparkan di laman web kami sebelum membeli pakaian berkenaan.
Semua bungkusan pakaian yang walaupun sehelai, hendaklah dipos ke alamat urus setia seperti di bawah:
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah)
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 BATU CAVES SELANGOR
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) atau
- Ahmad Saabun: 016-2151192
- Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/018-2036320
- Norakmal Abdullah: 019-3652834
- Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295
TEMPOH KEMPEN
Bagi tahun ini kempen bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10 Ogos 2012.
Kiriman yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dapat diserahkan kepada penerima memandangkan telah begitu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri
Kami sama sekali tidak menerima kiriman BAJU TERPAKAI dan WANG TUNAI.
Semoga usaha kecil kita ini akan memberi sinar gembira buat insan-inisan yang amat memerlukan pakaian baru untuk Aidilfitri. Bagi kami tiada maknanya kita seisi keluarga bergembira sedangkan pada masa sama masih ada insan lain yang bernasib malang…
Kirimlah walau sehelai pakaian BARU untuk mereka.
Semestinya keperihatinan anda itu akan menambah saham akhirat anda, insyaAllah.
Terimakasih…

Penyerahan Baju Raya (BARU) untuk rumah Rumah Anak Yatim Abu Nur, Pengkalan Hulu, Perak pada Ramadhan 2010.

Ustaz
Daud, Pengetua dan juga ayah kepada anak-anak Yatim & Miskin
Al-Wadi Kupang, Baling Kedah. Antara ayat-ayat terakhir yang menyentuh
hati saya daripada anak-anak yatim tersebut sebelum kami bertolak pulang
adalah "Pak Cik, datanglah lagi walaupun tanpa 'Sehelai Baju' "...
Mereka amat menghargai kedatangan kami..

Majlis
berbuka puasa & serahan sumbangan baju raya dari Team Sehelai Baju
Buat Menyapu Si Air Mata bersama Jabatan Penerangan P.Pinang dan Kelab
Motor Sym P.Pinang untuk anak-anak yatim di Rumah Jagaan Nasyiatul
Aisyiyah, Balik Pulau, P.Pinang.
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu