Pernahkah anda membeli barangan secara online? Mungkin ada yang pernah dan ada yang tidak pernah langsung menggunakan kemudahan tersebut. Bagi yang pernah pasti mempunyai pengalaman samada yang positif atau yang negatif. Walaubagaimanapun pembelian barang secara online mempunyai banyak kelebihan.
kelebihan membeli barangan secara online:-
1. Dapat menjimatkan masa dari pergi ke kedai baju atau kompleks membeli belah. Ye lah nak pergi ke kedai bukan dekat. Kalau dekat pun nak naik kereta, cari parking. Berapa banyak masa habis kat situ. Itu belum kira lagi nak pilih sana sini. Sampai berjam-jam tapi satu baju pun tak dibeli. Memang berapa banyak masa berkualiti yang terbuang tu.
Berbeza dengan membeli barangan secara online, anda hanya perlu memilih baju yang cantik pada pandangan, pilih saiz dan bayar. Barangan akan sampai dalam tempoh 1-5 hari (bergantung pada perkhidmatan kourier).
2. Dapat jimatkan kos. Ok biasanya kalau beli online ni harga caj tambahan adalah pos. Tapi bagi pembelian kat kedai selain kos produk, kena tambah kos minyak, kos parking, kos makan, kos pergi tandas dan lain-lain kos yang lebih tinggi dari kos pos. Walaupun mungkin kadang-kadang produk online mahal sikit dari kedai(sebab biasanya penjual online ni modal beli barang kecil) tapi tak banyak kos-kos tambahan seperti dinyatakan diatas. Kalau beli barang dalam kuantiti yang banyak pasti dapat diskaun sekaligus menjimatkan kos.
3. Ada yang mengatakan barang online tidak terjamin dan tidak selamat. Ini adalah tanggapan yang salah. Bukan semua barang online tidak berkualiti. Banyak yang memberikan barangan yang berkualiti untuk pembeli. Bukan itu sahaja, ada yang menawarkan pulangan semula dalam tempoh ditetapkan untuk gantian. Kalau barang yang tidak kualiti dan selamat pastinya laman web lelong tidak mampu mencatatkan transaksi berjuta ringgit sebulan dan tentulah mudah.my tidak akan mampu beriklan di televisyen.
4. Anda boleh mengelakkan dari anasir-anasir yang menghasut untuk membuat pilihan. Anda duduk je kat bilik dan pilih je sendiri. Tak payah ada rakan cadangan yang kadangkala belum tentu elok pilihannya.Okay cukuplah setakat ini. Mungkin ada yang boleh diterima dan ada yang tidak. Anda nilailah sendiri sebelum membeli barang secara online.
Sekian.
p/s : – Kepada sesiapa yang yakin dengan pembelian barangan secara online bolehlah jengok barang2 di JOM SINGGAH nie.. Insyallah dijamin MURAH & SELAMAT
Selain itu boleh la juga blog2 lain ye.. HEPI SHOPPING
Shaklee Independent Distributor, ID 854784, feel free to share.
Info Kesihatan --> http://mcna-health.blogspot.com/
Pelbagai--> http://mazlina85.blogspot.com/
Prepaid Murah --> http://mcna-topupbisness.blogspot.com/
Layan Cerita --> http://sharecrite.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Sila komen ye..jangan malu-malu